Zubaidah Ibrahim

‘POKET kering’ itu antara keluhan yang sering didengar walaupun baharu sahaja menerima gaji. Paling menyedihkan apabila terpaksa mengikat perut sementara menunggu hari gaji pada hujung bulan. Terlalu banyak keinginan yang ingin dipenuhi dan ditambah lagi dengan komitmen sedia ada menyebabkan duit gaji yang diterima setiap bulan cepat menyusut atau ‘bocor’. Sebahagian besar masalah ini adalah kerana kegagalan mengurus kewangan dengan baik. Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa Prof. Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, pengurusan kewangan yang berhemah amat penting dalam memastikan kelestarian kehidupan. Kesilapan menguruskan kewangan boleh mengakibatkan kesan yang sangat mendalam seperti stres, tekanan hidup dan berpotensi…

Read More

PETALING JAYA: Kes Covid-19 terus meningkat apabila hari ini mencatatkan 19,090 jangkitan dan menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 2,975,422 kes. Ini sekali gus menjadikan hari ini kali kelima berturut-turut kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes pada Ahad lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes tersebut, 113 atau 0.59 peratus melibatkan pesakit dalam kategori 3,4 dan 5. Pesakit dalam kategori 1 dan 2 pula adalah sebanyak 18,977 kes atau 99.1 peratus. Pesakit dalam kategori 1 dan 2 merupakan kes positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan tanpa melibatkan…

Read More

SEMUA lapisan masyarakat tidak kira usia sangat menggemari mi segera kerana keenakan rasa, mudah disediakan dan harga murah menyebabkan ia cukup popular sepanjang masa. Justeru, tidak hairanlah mi segera sering menjadi menu orang bujang, pelajar serta mereka yang ‘kering poket’ pada hujung bulan. Namun harus diingat, pengambilan secara berlebihan dan kerap boleh mendatangkan masalah kesihatan. Bagi pakar kesihatan, Dr. Zubaidi Ahmad, beliau menyarankan agar pengambilan mi segera dikurangkan kerana ia boleh mengundang penyakit kronik terutamanya disebabkan bahan daripada serbuk perasa. “Jadikan mi segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan lain. Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh…

Read More

HIDUP tidak terasa lengkap tanpa menghirup secawan kopi atau teh pada waktu pagi dan minum petang pula dengan aneka kuih-muih yang kaya dengan kandungan gula. Sudah menjadi budaya makan orang Malaysia yang sangat menggemari makanan manis. Lama-kelamaan keghairahan menikmati makanan manis itu akhirnya menjadi punca kepada penyakit diabetes. Menurut Pakar Pemakanan Pantai Hospital Laguna Merbok, Norhamizah Sohaimi, diabetes merupakan satu masalah kesihatan yang dikenali sebagai pembunuh senyap atau silent killer. Penyelesaian kepada masalah diabetes adalah dengan cara menguruskan masalah penyakit ini dengan serius. “Menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9…

Read More

PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 semakin meningkat dengan mencatatkan angka 13,944 kes pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes. Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu hantaran di laman Twitter. Ini merupakan kali ketiga kes harian Covid-19 melebihi 10,000 selepas mencatatkan 11,034 kes semalam Jumlah tersebut juga merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak 1 Oktober lalu. Menurut Noor Hisham, 73 kes bersamaan 0.52 peratus daripada keseluruhan 13,944  kes yang dicatatkan hari ini adalah dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala baki 13,871 kes atau 99.48 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2.-RELEVAN

Read More

PETALING JAYA : Seramai 401,927 calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 menduduki Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) bermula hari ini sehingga 10 Februari 2022. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak 3,382 buah pusat peperiksaan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan SPM 2021 disediakan di seluruh negara. Calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dengan…

Read More

LEMBAGA Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan pada September 1963 adalah sebuah institusi menabung yang amat penting kepada umat Islam di negara ini. TH juga menjadi saluran bagi melaksanakan Rukun Islam yang kelima iaitu ibadah Haji. Kini, TH sudah berkembang dengan pesat dan mempunyai lebih 8.4 juta pendeposit. Ia telah berjaya menguruskan lebih 1.5 juta umat Islam dari Malaysia untuk menjejakkan kaki di Masjidil Haram bagi menunaikan ibadah Haji. Kejayaan melaksanakan haji kerana sikap umat Islam sendiri yang mahu menabung. Pembukaan akaun simpanan di TH juga sangat mudah dan ringkas. Ini kerana TH telah menyediakan pelbagai platform bagi kemudahan dan keselesaan…

Read More

PANDEMIK Covid-19 telah melonjakkan lagi penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Meskipun kini pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tidak lagi wajib dilaksanakan ibu bapa, tetapi peranan mereka dalam pembelajaran anak-anak masih penting dan perlu diperkasakan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah bukanlah perkara yang mudah. Ia berikutan persepsi bahawa guru di sekolah adalah yang lebih sesuai untuk melakukan aktiviti pembelajaran berbanding di rumah. Hakikatnya, ibu bapalah yang merupakan ‘guru pertama’ bagi anak-anak. Pendekatan, teknik, strategi pengajaran dan pembelajaran di rumah sudah pasti berbeza dengan guru di sekolah. Matlamatnya ialah memberi bimbingan…

Read More

WALAUPUN kita sudah berada di fasa endemik dan institusi pendidikan telah beroperasi secara bersemuka, tetapi ramai orang memilih untuk belajar menggunakan platform online bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan tujuh tip penting untuk menjadikan pembelajaran online lebih efektif seperti berikut: Akses internet Tidak semua orang mempunyai akses internet di rumah dan juga boleh menggunakannya secara konsisten tanpa sebarang gangguan kerana ada yang berkongsi bersama adik-beradik. Selain itu, ada segelintir pelajar yang tidak cekap menggunakan teknologi maka, bantuan daripada para guru dan penjaga adalah sangat penting untuk menyokong pendidikan dalam talian agar mereka dapat menuntut ilmu dengan lancar.…

Read More

BUKAN mudah untuk bergelar pereka fesyen yang berjaya kerana kerjaya tersebut tidak hanya berbekalkan glamor semata-mata. Mereka yang berjaya dalam kerjaya ini terpaksa bekerja keras, sabar, tabah, berpengetahuan luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang bagaimana industri itu berkembang serta bergerak. Trend hari ini mungkin tidak bernilai esok. Berkongsi tip untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Faizal Hamid menitipkan tujuh rahsia penting bagi mencapai matlamat tersebut. Kehendak pasaran Pereka perlu sentiasa bersedia dengan kehendak pasaran kerana trend dan cita rasa pelanggan sentiasa bertukar. Harus…

Read More