Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah penting untuk minta naik gaji

    5 langkah penting untuk minta naik gaji

    By Zubaidah IbrahimMarch 16, 2022Updated:June 14, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: yanalya - www.freepik.com

    GAJI merupakan motivasi terbesar kepada para pekerja untuk terus bertungkus-lumus menjayakan sesebuah pekerjaan itu. Jika anda merasakan gaji tersebut tidak setimpal dengan usaha keras itu, cuba berunding dengan majikan agar membuat kenaikan gaji.

    Usah khuatir untuk meminta kenaikan gaji dan tidak salah menyuarakan hasrat tersebut. Relevan kongsikan lima tip yang dicadangkan di laman web money.usnews.com untuk anda cuba.

    1. Tentukan jumlah kenaikan yang ingin diminta

    Sebagai langkah pertama, anda perlu melengkapkan diri dengan data gaji yang kukuh berkaitan industri, jawatan, lokasi dan pengalaman anda untuk meyakinkan majikan bahawa perlu membayar gaji lebih daripada yang diterima sekarang. Mulakan proses dengan mendapatkan data pasaran mengenai purata gaji bagi jawatan yang sedang anda sandang sekarang dan cadangkan jumlah gaji yang anda inginkan.

    2. Susun bukti mengenai prestasi kerja anda

    Anda boleh meminta kenaikan gaji dan permintaan tersebut akan disambut baik oleh majikan jika anda seorang pekerja yang mempunyai prestasi dan pencapaian terbaik. Oleh itu, cara terbaik ialah mengumpulkan sebanyak mungkin prestasi anda sepanjang bertugas di syarikat itu dan kongsikan perkara ini ketika mencadangkan kenaikan gaji.

    3. Tentukan masa terbaik untuk bertanya

    Pilih waktu yang sesuai untuk anda mencadangkan kenaikan gaji kerana ia boleh menjadi faktor kejayaan dan kegagalan kepada permintaan anda. Sebagai contoh, pihak pengurusan baru sahaja mengumumkan pemotongan gaji atau pemberhentian, maka ia bukan masa yang sesuai untuk membincangkan topik kenaikan gaji.

    Begitu juga jika syarikat anda baru sahaja menetapkan bajet untuk suku tahun atau setahun. Oleh itu, penyelia mungkin sukar untuk menunaikan kenaikan gaji anda. Selain itu, jika anda tahu bahawa kenaikan gaji hanya diberikan semasa semakan prestasi tahunan maka, lakukan perbincangan dengan bos beberapa bulan sebelumnya.

    4. Sediakan nota dan buat latihan bercakap

     Persiapkan nota yang berkaitan perkara di atas tadi seperti data gaji dan prestasi sepanjang bekerja. Selepas itu, buat latihan bercakap berdasarkan nota tersebut dengan ahli keluarga atau orang yang anda percayai sehingga benar-benar yakin.

    5. Tetapkan masa untuk berbincang dengan pengurus

    Pilih masa di mana pengurus anda tidak terganggu dan paling berpotensi menerima cadangan kenaikan gaji itu. Contohnya, selepas anda menyelesaikan projek besar atau memasuki kitaran belanjawan baharu.-RELEVAN

    featured gaji naik gaji
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.