KENTUT adalah perkara normal apabila terlalu banyak gas dalam usus besar. Otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas berbau busuk. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita. Kentut berlaku sesekali sahaja, tetapi jika kerap kentut mungkin menandakan ada masalah yang lebih serius. Berikut Zubaidi kongsikan 6 punca yang menyebabkan kerap kentut seperti berikut: 1. Perubahan pemakanan “Apabila kita melancong ke sebuah negara yang agak asing dan makanan yang disediakan sangat berbeza dengan makanan yang selalu kita makan, menyebabkan…
Zubaidah Ibrahim
RAMAI yang memperkatakan tentang keburukan gluten kepada kesihatan. Namun, menolaknya adalah mustahil kerana kebanyakan makanan harian kita mengandungi gluten seperti roti, pasta dan juga suplemen nutrisi. Sejauh mana kebenaran yang mendakwa gluten adalah makanan ‘jahat’? Pakar perubatan dalaman dan obesiti dari Johns Hopkins, Selvi Rajagopal mengulas lanjut mengenai kekeliruan ini. Apa itu gluten? “Gluten adalah protein yang terdapat dalam tumbuhan gandum dan beberapa bijirin lain. “Gluten muncul secara semula jadi, tetapi ia boleh diekstrak, pekat dan ditambah kepada makanan dan produk lain untuk menambah protein, tekstur serta rasa. “Ia juga berfungsi sebagai agen pengikat untuk memegang makanan yang diproses bersama-sama…
TIDAK dinafikan, gaji adalah aspek utama yang dipertimbangkan ketika menerima tawaran pekerjaan. Sudah menjadi menjadi impian semua orang untuk mendapat gaji yang lumayan demi masa hadapan lebih baik. Sehubungan itu, merujuk kepada Knowledgehut, Relevan kongsikan sembilan pekerjaan dengan bayaran gaji tertinggi di dunia pada 2023. Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bertanggungjawab menentukan dan mengendalikan hal ehwal korporat syarikat, membuat keputusan korporat yang penting, mengurus sumber dan menyelia semua operasi pengurusan seperti menyelaras, merancang dan mengarahkan aktiviti di peringkat tertinggi. Atas sebab itu mereka dibayar gaji yang tinggi. Skala gaji tahunan boleh meningkat kepada AS$310,000 (RM1,455,140) atau lebih lagi…
TIDAK ada orang yang pernah cukup dengan gaji yang diterima walaupun mencecah puluhan ribu mahupun ratusan ribu sebulan. Bak kata pepatah: besar periuk, besarlah keraknya. Apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barangan naik mencanak sehingga duit terasa cepat menyusut. Gaji yang rendah sudah semestinya terasa sempit untuk menjalani hidup yang semakin ‘keras’ pada ketika ini. Banyak keluhan yang kita dengar bukan sahaja daripada mereka yang berkeluarga, tetapi juga orang bujang. Awal bulan poket sudah kering. ARTIKEL BERKAITAN: Teruskan gaji progresif tetapi jangan tinggalkan gaji minimum Laporan Tahunan 2017 Bank Negara Malaysia (BNM) menyarankan kadar gaji kehidupan…
Antara soalan popular yang ditanyakan ketika temu duga ialah “mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?” Soalan itu kedengaran ringkas tetapi tanpa persediaan boleh membuat anda sukar untuk menjawabnya tepat dan tergagap-gagap tidak yakin. Jika tersilap jawab, akan mendedahkan kelemahan anda dan memberi persepsi negatif penemu duga terhadap anda. Oleh itu, Relevan perincikan 5 jawapan untuk anda menjawab tersebut dengan selamat menurut money.usnews. Saya boleh menyelesaikan masalah Anda perlu menjawab kebimbangan utama majikan. Beritahu yang anda adalah penyelesai masalah. Jika anda melihat sesuatu yang anda boleh membantu syarikat membetulkan sesuatu masalah itu, maka anda benar-benar boleh memberi kesan positif. Tindak…
FARMASI sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Di situlah tempat mendapatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan dan juga barangan penjagaan diri. Dalam kajian pada 2021, rakyat Malaysia dilaporkan pergi ke farmasi komuniti secara purata sebanyak 31 kali setahun. Setelah bertahun lamanya, para pengguna sudah semakin sedar mengenai peranan ahli farmasi. Ini berkemungkinan didorong oleh pandemik Covid-19 apabila orang ramai mendapatkan bantuan ahli farmasi mengenai panduan penggunaan alat untuk melawan virus tersebut. Realitinya, masyarakat kurang sedar kewujudan ahli farmasi. Merekalah hentian pertama yang boleh dipercayai untuk nasihat perubatan dan kesihatan am. Sehubungan itu, bersempena dengan Sambutan Hari Farmasi Sedunia pada 25 September ini,…
MENURUT Yayasan Penyelidikan Migrain, makanan yang mencetuskan migrain hanya boleh terjadi apabila digabungkan dengan pencetus lain dan sesetengah keadaan itu hanya memberi kesan kepada segelintir individu sahaja. Walaupun begitu, terdapat beberapa makanan yang mencetuskan migrain hampir kepada semua orang seperti dikongsikan oleh healthline. Jom sama-sama kita kenal pasti jenis-jenis makanan yang boleh mencetuskan migrain bagi mencegah sakit kepala berulang. Kafein Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala. Tetapi menurut Yayasan Migrain Amerika, kafein sebenarnya boleh membantu menghentikan serangan migrain yang akan datang. Ia juga boleh menawarkan kelegaan sakit kepala dengan pengambilan kafein sekali-sekala. Makanan dan minuman yang mengandungi…
MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) satu daripada lima individu di seluruh dunia mengalami masalah pendengaran dan angka ini dijangka meningkat kepada satu daripada empat individu pada tahun 2050. Bagaimanapun, teknologi perubatan moden membawa berita baik kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang kehilangan pendengaran serius iaitu dengan melakukan implan koklea. Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT), Otologi, Neurotologi, Bedah Kepala & Leher dan Pangkal Tengkorak di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Shailendra Sivalingam berkata, implan koklea terdiri daripada komponen dalaman dengan elektrod yang dimasukkan ke dalam koklea dan komponen luaran yang bertindak menangkap bunyi dan menghantarkannya kepada implan. “Ini melalui koklea yang…
DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada syarikat yang terpaksa mengambil keputusan untuk memberhentikan sebahagian pekerja mereka bagi mengecilkan kos operasi. Berita pemberhentian kerja ini sangat menggerunkan malah ada yang diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam. Tiba-tiba dunia terasa gelap. Pastinya semua orang berasa sedih apabila diberhentikan kerja kerana mereka kehilangan sumber pendapatan namun apakan daya jika rezeki di situ telah ternoktah. Jangan berputus asa mencari untuk pekerjaan baharu. Sehubungan itu, Relevan kongsikan 5 cara untuk anda berdepan dengan masalah pemberhentian kerja agar lebih bersedia seperti disarankan oleh LinkedIn. Luahkan perasaan dan dapatkan sokongan emosi Tarik nafas dan cuba tenangkan…
SEBANYAK 90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data dengan menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan mental mereka. Satu pertiga daripada mereka melakukannya dengan menggunakan aplikasi kesihatan mental. Sembilan daripada 10 menggunakan aplikasi kesihatan mental percuma yang tidak terjamin untuk menyimpan maklumat paling sensitif seperti perasaan, pemikiran, dan tabiat mereka. Syarikat keselamatan siber NordVPN menjalankan kajian terhadap hampir 13,000 individu dari 13 negara untuk menentukan bagaimana individu menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan mental mereka. Mereka mendapati bahawa 90% rakyat Malaysia menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan emosi mereka. Satu pertiga (31%) individu di Malaysia melakukannya dengan menggunakan telefon pintar mereka untuk bersenam (36%), mengesan…