Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penasihat kewangan menjadi ahli terapi kewangan pelanggan

    Penasihat kewangan menjadi ahli terapi kewangan pelanggan

    By Zubaidah IbrahimMarch 29, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: tirachardz - www.freepik.com

    MENJADI penasihat kewangan sama seperti seorang ahli terapi, anda menyelesaikan perkara penting kehidupan pelanggan dan membantu menangani kebimbangan mereka berkaitan kewangan secara peribadi. 

    Ia membuktikan betapa pentingnya kerjaya sebagai penasihat kewangan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Malah, menggalas tugas sebagai penasihat kewangan juga bukan mudah.

    Menurut Perancangan Kewangan Bertauliah dari Columbia dan Pengasas bersama 2050 Wealth Partners, Rianka R. Dorsainvil, bagi mereka yang mahu menceburi bidang ini perlu lulus peperiksaan dan perlu mencapai standard profesional serta mempunyai integriti tertinggi.

    Berikut maklumat berkaitan kerjaya sebagai penasihat kewangan yang dikongsikan oleh laman web  money.usnews.com.

    1. Apakah yang dilakukan oleh Penasihat Kewangan?

    Penasihat kewangan akan membantu pelanggan mereka untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan kewangan. Perkara tersebut boleh merangkumi dalam apa jua perkara seperti cara mula melabur sehingga kepada persaraan dan perancangan harta pusaka.

    2. Tanggungjawab

    “Semua penasihat kewangan mempunyai objektif yang sama iaitu membantu pelanggan mereka memahami ‘teka-teki’ kewangan hidup mereka,” kata Perancang Kewangan Kanan di Charles Schwab di Panama City Beach, Florida,  Adam Breazeale.

    Jelas beliau, penasihat kewangan akan menyediakan perkara berkaitan seperti yang pelanggan mahukan dan kemudian menyediakan alat serta mencipta peta jalan untuk mencari penyelesaian. Penasihat kewangan menggalas tanggungjawab besar kerana mempunyai keupayaan untuk mengubah kehidupan pelanggan mereka setiap hari.

    3. Aktiviti harian penasihat kewangan

    Mereka menghabiskan banyak masa bertemu dengan bakal pelanggan, melaksanakan tugas menyelesai dan menyemak rancangan kewangan sedia ada yang dilakukan oleh pelanggan tersebut.

    Penasihat kewangan akan melalui cabaran berbeza kerana setiap pelanggan mempunyai keperluan tidak sama. Ada yang bertemu secara maya atau berjumpa secara peribadi.

    Jika tidak bertemu pelanggan, penasihat kewangan akan membuat persediaan untuk bermesyuarat bersama pelanggan pada masa akan datang, memasarkan diri kepada bakal pelanggan melalui rangkaian pemasaran dan juga menghadirkan seminar pendidikan berterusan untuk sentiasa ‘segar’ dalam industri perkhidmatan kewangan dan mengekalkan lesen.

    4. Kemahiran penasihat kewangan

    • Kebolehan untuk jualan dan pemasaran
    • Memberi perhatian kepada perkara yang lebih terperinci
    • Mahir membina hubungan yang kukuh bersama pelanggan
    • Selesa dengan nombor dan menganalisa data
    • Berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat
    • Mahir memudahkan idea yang kompleks

    5. Kelayakan sebagai Penasihat kewangan

    Salah satu aspek terbaik untuk laluan kerjaya sebagai penasihat kewangan ialah ia terbuka kepada semua orang termasuklah mempunyai ijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang.

    Perkara yang paling penting ialah mereka hendaklah mempunyai lesen atau pensijilan industri berkaitan kewangan.-RELEVAN

    featured kewangan penasihat kewangan
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.