Zubaidah Ibrahim

SETIAP negara di dunia menjalankan pemerintahan yang berbeza dengan berpegang kepada falsafah dan prinsip tersendiri dalam pentadbiran. Misalnya, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memerlukan rakyat memilih tampuk pemerintahan setiap lima tahun. Berikut Relevan menghuraikan 10 jenis pemerintahan di dunia seperti yang dikongsikan oleh TheBestSchools. 1. Demokrasi Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang membolehkan rakyat memilih kepimpinan. Matlamat utama adalah untuk mentadbir melalui perwakilan yang adil dan mencegah penyalahgunaan kuasa. Hasilnya ialah sistem yang memerlukan wacana, perdebatan dan kompromi untuk memenuhi bilangan kepentingan awam seluas mungkin yang membawa kepada pemerintahan majoriti. Demokrasi menyokong pilihan raya yang adil dan bebas, penyertaan sivik,…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,898 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 3,024 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,984,272 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,789 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,920,616 kes. Sebanyak empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) dilaporkan. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,648 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,798 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,008 kes dengan…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,024 kes semalam berbanding 2,877 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,981,374 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,969 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,917,827 kes. Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,644 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,798 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,903…

Read More

PERHATIAN dunia tertumpu kepada seorang pemuda bernama Ghanim Muhammad Al-Muftah atau lebih dikenali sebagai Ghanim Al-Muftah yang tampil dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam Ahad lalu. Duta Piala Dunia 2022 itu tampil membuat persembahan memukau bersama dengan aktor terkenal dari Amerika Syarikat, Morgan Freeman untuk menyampaikan mesej mengenai kedamaian, perpaduan dan keindahan dalam perbezaan. ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf al-Qaradawi: Moderat di Timur, ekstrem di Barat – Relevan Pemuda 20 tahun itu melontarkan kata-kata yang cukup indah bersama alunan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 sehingga persembahan tersebut menjadi tular di media sosial. Ghanim…

Read More

TANGGAPAN masyarakat mengenai kanser payudara yang hanya dihidapi oleh kaum wanita adalah sangat tidak tepat kerana lelaki juga berisiko, bahkan berpotensi menjadi lebih berbahaya. Menurut Pakar Onkologi Klinikal di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Nik Muhd. Aslan, kanser payudara berpotensi untuk tumbuh dan merebak ke mana-mana sahaja tisu payudara yang terdapat pada seseorang individu, tidak kira sama ada mereka lelaki atau perempuan. “Kanser payudara jarang berlaku kepada lelaki, lantas menyebabkan kes yang didiagnosis juga lebih terpencil. “Jenis kanser payudara yang paling lazim berlaku kepada lelaki adalah jenis sama yang terdapat pada wanita iaitu karsinoma duktus invasif, karsinoma lobular invasif…

Read More

SEBAGAIMANA di Semenanjung, Sabah juga mempunyai parti politik yang cukup dekat di hati rakyat dan juga memiliki reputasi sangat baik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sehingga pernah menjadi parti pemerintah di Sabah. Parti politik itu ialah Parti Warisan yang mana tujuan penubuhannya adalah untuk mewujudkan platform perpaduan rakyat Malaysia dengan warisannya yang pelbagai dan dapat berdiri bersama-sama sebagai sebuah negara. Di dalam Bahasa Melayu, perkataan warisan itu membawa maksud sesuatu yang diwarisi, peninggalan atau pusaka. Matlamat utama Warisan adalah untuk memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik. Ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan…

Read More

KULAT boleh ditemui secara semula jadi di persekitaran kita. Jangkitan kulat invasif biasanya akan menyebabkan penyakit yang teruk dan agresif dengan kadar morbiditi dan kematian yang tinggi jika dibiarkan tanpa rawatan. Jangkitan kulat yang invasif ini biasanya disebabkan oleh aspergillus spp, namun ia juga boleh disebabkan oleh kulat lain yang jarang ditemui seperti mucormycetes yang menyebabkan penyakit seperti aspergilosis invasif dan mucormycosis. ARTIKEL BERKAITAN: Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda menjadi sasaran – Relevan Menurut Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Low Lee Lee, kulat ini menghasilkan spora yang kita temui setiap hari tanpa menyebabkan jatuh sakit, namun ia…

Read More

ADA diantara kita yang sangat disukai nyamuk sehingga sering menjadi mangsa gigitannya sedangkan orang yang berada berdekatan individu tersebut tidak pula menarik minat penghisap darah itu. Menurut Sciencedaily, nyamuk akan memburu manusia dengan menjejaki hembusan pernafasan, haba badan dan bau badan, tetapi sesetengah daripada kita adalah ‘magnet’ nyamuk. Antara teori popular yang menjadi sebab seseorang itu menjadi kesukaan nyamuk ialah jenis darah, paras gula dalam darah, makan bawang putih atau pisang, wanita dan kanak-kanak. Sehubungan itu, perkara tersebut telah menarik minat Leslie Vosshall dan dan Maria Elena De Obaldia untuk meneroka teori terkemuka yang menjadi punca tarikan nyamuk iaitu variasi…

Read More

BERTITIK tolak daripada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan kerjasama antara parti komponen akibat langkah Sheraton telah mengilhamkan penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) pada 17 September 2020. MUDA diilhamkan sebagai motor politik yang tegas menjangkaui pergelutan personaliti pemimpin, sebaliknya berteraskan kepada gerakan dan politik gabungan yang prorakyat serta berbasis luas. Sejarah penubuhan MUDA berpacu di atas landasan kepelbagaian ras, kesederhanaan, berpandukan dasar sosial, propembaharuan dan bergerak berakarkan komuniti di ruangan lapangan.  Kesedaran yang membawa kepada asal usul penubuhan MUDA boleh disumberkan kepada sekurang-kurangnya dua arus utama. Walaupun berbeza dan…

Read More

SEBANYAK 2,882 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,245 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,949,464 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,730 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,878,828 kes. Sebanyak sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,546 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,776 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,209 kes…

Read More