Zubaidah Ibrahim

HASIL tinjauan Bamboo HR mendapati, 75 peratus pekerja sanggup mempertimbangkan untuk tukar kerja di tempat baharu sekiranya ditawarkan kenaikan gaji kerana mereka mahukan pekerjaan yang lebih sejajar dengan nilai dan gaya hidup. Tidak salah jika anda mahu perubahan hidup dengan menukar pekerjaan baharu, tetapi keputusan tersebut hendaklah diperhalusi dan bukannya kerana wang semata-mata. Sekiranya anda tertanya-tanya adakah sekarang masa tepat untuk menukar kerja? Berikut usnews.com menyenaraikan tujuh keadaan yang tidak disyorkan anda bertukar kerja. 1. Semasa kemelesetan ekonomi Apabila berlaku kemelesetan, syarikat biasanya tidak mencari kakitangan baharu. Sebaliknya, mereka cuba sehabis baik untuk menjimatkan kos. Ketika ekonomi merosot, pasaran pekerjaan…

Read More

KETIKA menghadapi ‘peperangan’ pandemik Covid-19 ini, kita sering mendengar pelbagai petua pemakanan yang perlu diambil oleh mereka yang dijangkiti wabak tersebut agar segera sembuh. Menurut Pakar Diet dan pengarang buku kesihatan, Toby Amidor, walaupun tiada bukti saintifik yang menunjukkan kaitan makanan tertentu untuk meningkatkan sistem imun, tetapi sesetengah makanan dan lebih khusus lagi nutrien yang terkandung di dalamnya dapat membantu badan melancarkan tindak balas kepada ‘penceroboh’. “Vitamin D secara khusus ialah komponen utama untuk membantu kesehatan imun begitu juga C, B6 dan E. “Makronutrien tertentu seperti serat dan protein telah dikaitkan dengan imuniti yang lebih kuat, juga disokong oleh bukti…

Read More

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin terasa, tarikh 19 November bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila seluruh rakyat Malaysia diberi peluang memilih pemimpin yang akan memerintah negara selama lima tahun. Di bahu-bahu jalan kelihatan kibaran bendera parti-parti yang akan bertanding pada PRU15 ini dan pelbagai janji telah mula ditabur untuk memikat hati rakyat. Setiap parti politik mempunyai perjuangan, matlamat dan sejarah masing-masing, salah satunya ialah Barisan Nasional Malaysia atau lebih dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) yang merupakan gabungan politik paling lama bertahan di negara ini. Sejarah Sebelum ini, gabungan itu dikenali sebagai Parti Perikatan namanya ditukar kepada BN dengan menampilkan…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,621 kes semalam berbanding 4,360 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,923,538 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,577 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,850,474 kes. Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,482 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 36,582 kes dengan 34,907 kes…

Read More

SEBANYAK 4,360 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 4,711 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,918,917 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,429 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,846,897 kes. Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,481 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 35,539 kes dengan 33,874 kes atau…

Read More

KESIHATAN fizikal sememangnya penting, begitu juga kesihatan mental dan emosi tidak boleh diabaikan kerana ia turut menyumbang kepada kesejahteraan seseorang secara menyeluruh. Bersempena dengan bulan kesedaran kesihatan lelaki pada November ini, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menyeru para lelaki untuk mengutamakan kesihatan mereka. Menurut laporan daripada Frontiers in Psychiatry mendedahkan bahawa kadar bunuh diri lelaki telah meningkat secara ketara di antara tahun 2014 dan 2019. Dianggarkan sebanyak 1,841 kes kematian bunuh diri setiap tahun dengan lima kematian setiap hari, menjadikan ia perkara yang membimbangkan dan perlu diambil serius. ARTIKEL BERKAITAN: 4 tanda anda perlukan bantuan pakar kesihatan mental – Relevan…

Read More

PENGHUJUNG tahun semakin hampir, pastinya antara momen yang ditunggu-tunggu pada waktu ini adalah jualan akhir tahun dan perayaan seperti jualan Krismas serta tahun baharu. Oleh itu, banyak jenama dan platfrom dalam talian mengadakan tawaran besar-besaran untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi, ia disokong dengan trend membeli-belah dalam talian yang semakin rancak, terutamanya diskaun eksklusif dan platform e-dagang yang menarik lebih ramai pembeli. Menerusi tinjauan terbaharu Ninja Van Group dan DPDGroup, mereka mendapati, di samping kemudahan membeli-belah dalam talian, pengguna di Malaysia juga mengambil berat tentang kualiti, rangkaian dan ketersediaan produk, kelebihan harga serta jaminan melalui ulasan pelanggan ketika…

Read More

PADA hakikatnya, pelajar dan bakal graduan abad ke-21 perlu menguasai kemahiran yang boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang. Pengalaman pendidikan yang terbaik mampu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi dunia sebenar, melengkapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menyesuaikan diri dalam situasi rumit yang bakal dihadapi kelak. Pelajar bukan sahaja patut diajar berfikir secara kritikal, tetapi juga secara kreatif, malah pereka cipta paling hebat dalam sejarah tidak akan dapat mencapai kejayaan yang mengangkat nama mereka tanpa idea di luar kelaziman. Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) mengisi jurang ini untuk menggalakkan pelajar berfikir di luar kepompong pemikiran biasa, lantas…

Read More

KAJIAN terbaharu mendapati Long Covid secara drastik boleh mengurangkan kapasiti seseorang untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Menerusi perkongsian di Health, para penyelidik mengatakan keadaan tersebut merupakan satu lagi gejala pasca Covid-19. Para penyelidik telah menganalisis 38 kajian berbeza tentang berapa lama Covid-19 boleh menjejaskan aktiviti senaman. Aktiviti fizikal boleh berasa lebih sukar bagi orang yang menghadapi situasi ini, kadangkala menghilangkan keupayaan senaman berbanding dengan mereka yang mempunyai kes akut Covid-19, tetapi pulih. “Secara umumnya, ia diterjemahkan kepada penurunan kapasiti senaman dengan penuaan 10 tahun lebih awal. ARTIKEL BERKAITAN: 5 Pengajaran daripada pandemik Covid-19 – Relevan “Ini mungkin kelihatan seperti…

Read More

SEBANYAK 3,189 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,296 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,896,922 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,541 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,829,756 kes. Sebanyak satu kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,464 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,761 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 30,702 kes dengan 29,330 kes…

Read More