Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lindungi orang tersayang dan harta berharga ketika banjir

    Lindungi orang tersayang dan harta berharga ketika banjir

    By December 22, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ORANG ramai perlu membuat persediaan sewajarnya untuk melindungi insan tersayang dan harta berharga ketika banjir.- GAMBAR HIASAN/ZULHANIFA SIDEK/UTUSAN

    MALAYSIA kini sedang berada di tengah-tengah musim Monsun Timur Laut. Banjir telah melanda beberapa tempat di negara ini berikutan hujan lebat yang berterusan dan keadaan itu dijangka berlarutan sehingga Mac.

    Pengalaman tahun lalu dan juga amaran daripada pelbagai pihak diharap dapat membantu mewujudkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

    Namun, tindakan dan persediaan masih diperlukan untuk meminimumkan kerugian serta melindungi nyawa.

    Oleh itu, Zurich Malaysia terus menekankan kepentingan mempunyai perlindungan, bukan sahaja untuk diri sendiri dan orang tersayang, tetapi juga harta benda berharga.

    ARTIKEL BERKAITAN: Nikmati percutian anda di dalam atau luar negara tanpa kerisauan – Relevan

    “Kami ingin membantu rakyat Malaysia mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang insurans dan takaful serta perkara yang perlu diberi perhatian apabila mereka mendapatkan perlindungan untuk rumah dan kenderaan bermotor.

    “Kami amat bimbang tentang keselamatan orang ramai apabila banjir berlaku. Ketika keadaan genting seperti ini, orang ramai haruslah sentiasa berwaspada, terutamanya bagi yang tinggal di kawasan rendah.

    “Paras air boleh naik secara mendadak, maka kita perlu bersiap sedia sebelum air naik ke tahap bahaya.”

    “Baru-baru ini, Zurich Malaysia telah mengadakan webinar dengan kerjasama St John Ambulance Malaysia mengenai tip dan nasihat berguna kepada orang ramai untuk membantu membuat persediaan menghadapi kemungkinan banjir,” kata Zurich Malaysia.

    Orang ramai yang ingin menonton webinar ini boleh layarinya di sini.

    Kaji selidik Impak Pandemik Terhadap Perlindungan yang dijalankan oleh Zurich Malaysia pada September 2021 mendapati bahawa:

    • 50% kediaman tidak dilindungi.
    • 74% pemilik rumah tiada perlindungan banjir.
    • Satu daripada tiga pemilik rumah yang mempunyai perlindungan tidak mempunyai perlindungan isi rumah.
    • 59% rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan banjir untuk kenderaan mereka.
    • 47% pemilik kenderaan menyatakan mereka tidak pasti tentang perlindungan yang diambil.

    Hasil kajian tersebut sangat membimbangkan dan ia menunjukkan tahap kesedaran pengguna masih lagi rendah.

    Jabatan Perangkaan menganggar kerugian akibat banjir pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini kira-kira berjumlah RM6.1billion.

    Pengendali insurans dan takaful itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan melakukan persiapan dan langkah-langkah seperti berikut:

    • Sediakan pek kecemasan yang mengandungi dokumen penting, ubat-ubatan, pakaian kering, baju hujan, air minuman dan makanan kering.
    • Elakkan memandu jika berada dalam kawasan banjir. Air setinggi enam inci sudah boleh menyebabkan kereta pacuan empat roda terkandas atau terhanyut.
    • Jika banjir berlaku ketika tengah memandu, turunkan tingkap supaya dapat keluar apabila perlu.
    • Hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan. Elakkan berjalan dalam air banjir kerana bermungkinan terdapat haiwan liar atau serpihan barangan dan sampah yang berbahaya.

    Zurich Malaysia menerangkan bahawa perlindungan untuk bencana banjir adalah satu bentuk pengurusan risiko yang patut diambil. Ia bukanlah sekadar untuk bencana banjir, tetapi juga kerosakan yang berlaku akibat pokok tumbang, tanah runtuh dan sebagainya.

    Perlindungan yang mencukupi boleh membantu mengurangkan jumlah kerugian yang perlu ditanggung selain mempercepatkan proses membina semula kehidupan dan memberikan ketenangan fikiran.

    “Anda dinasihatkan meneliti dokumen kontrak perlindungan untuk mengetahui jenis perlindungan yang ada untuk rumah anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: Zurich sambut ulang tahun ke-150 – Relevan

    “Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah untuk memastikan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi berdasarkan keperluan anda.

    “Jenis-jenis perlindungan yang ada adalah seperti perlindungan untuk bangunan dan juga untuk isi kandungan rumah,” ujar Zurich Malaysia.

    Disamping itu, seandainya anda melakukan perniagaan kecil dari rumah, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira. Menggunakan pembuat kek dan roti sebagai contoh:

    • Jika anda membuat kek pada masa lapang untuk dijual bagi menjana pendapatan tambahan, peralatan dapur seperti ketuhar dan mesin pengadun boleh disenaraikan di dalam perlindungan isi rumah. Tuntutan boleh dibuat untuk barangan tersebut jika berlaku kerosakan atau hilang akibat banjir.
    • Sekiranya membuat kek secara komersial, tetapi beroperasi di rumah, anda perlu mempunyai perlindungan untuk perniagaan tersebut.

    Selain itu, pemilik kenderaan boleh menambah perlindungan bencana atau special perils pada bila-bila masa.

    Walaupun tidak terkesan akibat banjir dan tidak mempunyai tuntutan, caruman yang anda buat merupakan satu bentuk amal jariah.

    Anda dapat membantu pelanggan lain yang ditimpa musibah (konsep takaful adalah berasaskan derma dan tolong-menolong). – RELEVAN

    banjir featured Malaysia Monsun Zurich
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.