Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » EFT tapping legakan tekanan, anxiety dan PTSD

    EFT tapping legakan tekanan, anxiety dan PTSD

    By Zubaidah IbrahimDecember 19, 2022Updated:December 20, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ORANG ramai berkongsi mengenai EFT tapping dan cara melakukannya untuk melegakan tekanan.

    SEBAGAI manusia, kita tidak terlepas daripada ujian emosi sehingga merasakan hidup sangat tertekan dan mengecewakan lantas perkara itu mengganggu perjalanan hidup seseorang.

    Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu mereka yang sedang bergelut dengan masalah emosi dan salah satunya adalah Teknik kebebasan emosi (EFT) tapping (tepukan atau ketukan) kecil.

    Teknik itu dilihat semakin mendapat perhatian apabila ramai yang kongsikan manfaat melakukan kaedah tersebut di platform media sosial bagi tujuan melegakan tekanan emosi.

    Apa itu EFT tapping?

    Menurut Healthline, EFT tapping ialah rawatan alternatif untuk sakit fizikal dan tekanan emosi. Ia juga dirujuk sebagai mengetuk atau acupressure psikologi.

    Orang yang menggunakan teknik ini percaya menepuk badan boleh mewujudkan keseimbangan dalam sistem tenaga dan merawat kesakitan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety – Relevan

    Walaupun masih dalam kajian, teknik EFT tapping telah digunakan untuk merawat orang yang mengalami kebimbangan melampau (anxiety) dan begitu juga bagi mereka yang mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

    Bagaimana EFT tapping berfungsi?

    Kaedah ketukan EFT sama seperti akupunktur. Teknik ini menggunakan jari anda untuk mengetuk sembilan daripada 12 titik meridian utama (titik tekanan) tanpa menggunakan jarum halus.

    Adalah dipercayai bahawa memulihkan keseimbangan tenaga ini boleh melegakan gejala yang mungkin disebabkan oleh pengalaman atau emosi negatif.

    Berdasarkan perubatan Cina, titik meridian dianggap sebagai kawasan tenaga badan yang mengalir.

    Laluan ini membantu mengimbangi aliran tenaga untuk mengekalkan kesihatan anda. Sebarang ketidakseimbangan boleh mempengaruhi penyakit dan kesakitan.

    Akupunktur menggunakan jarum untuk memberikan tekanan pada titik tenaga ini. EFT pula menggunakan ketukan atau tepukan hujung jari untuk memberikan tekanan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip redakan tekanan dan kebimbangan di tempat kerja – Relevan

    Mereka yang mengamalkan teknik ini memberitahu, ia boleh membantu anda mengakses tenaga badan dan menghantar isyarat ke bahagian otak yang mengawal tekanan.

    Ia juga dikatakan dapat merangsang titik meridian bagi mengurangkan tekanan atau emosi negatif, akhirnya memulihkan keseimbangan kepada tenaga anda.

    Lima langkah untuk lakukan EFT tapping

    Jika anda mempunyai lebih daripada satu isu atau ketakutan, anda boleh mengulanginya untuk mengatasi masalah tersebut bagi mengurangkan atau menghapuskan perasaan negatif.

    Pastikan anda mengikuti urutan lima langkah ini untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

    1. Kenal pasti isu

    Supaya teknik ini berkesan, anda mesti mengenal pasti isu atau ketakutan terlebih dahulu. Ia akan menjadi titik fokus semasa anda membuat ketukan EFT.

    Anda perlu memberi tumpuan kepada satu masalah dalam satu masa bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

    2. Buat ujian awal

    Selepas mengenal pasti masalah, anda perlu menetapkan tahap penanda aras. Ia dinilai pada skala 0 hingga 10, dengan 10 adalah yang paling teruk atau paling sukar. Skala itu menilai kesakitan emosi dan ketidakselesaan yang anda rasai.

    Mewujudkan penanda aras membantu anda memantau kemajuan selepas membuat EFT tapping yang lengkap. 

    Jika keputusan awal anda ialah 10 sebelum membuat tepukan dan berakhir pada skala lima, anda telah mencapai tahap peningkatan 50 peratus.

    3. Persediaan

    Sebelum mengetuk, anda perlu mewujudkan frasa yang menerangkan perkara yang cuba diatasi. Ia mesti memberi tumpuan kepada dua matlamat utama:

    •   Mengakui isu atau masalah tersebut
    •   Menerima diri anda seadanya

    Contoh frasa persediaan seperti berikut:

    “Walaupun saya (masukkan isu atau ketakutan anda di sini), saya menerima diri saya dan perasaan saya.”

    4. Buat EFT tapping mengikut urutan

    Anda perlu melakukan tepukan EFT mengikut urutan yang ditetapkan seperti di bawah sambil mengulangi frasa atau kata-kata positif.

    Gunakan dua atau lebih jari untuk menepuk titik berikut sebanyak lima hingga tujuh kali:

    •   Sisi tangan atau karate chop (pilih tangan dominan)
    •   Bahagian atas kepala (ubun-ubun)
    •   Kening
    •   Sisi mata (tulang berdekatan sudut mata
    •   Tulang bawah mata
    •   Hidung (pilih salah satu bahagian)
    •   Dagu
    •   Tulang selangka
    •   Bawah ketiak

    5. Semak keputusan

    Selepas melakukan tepukan EFT mengikut urutan, nilaikan kembali skala stres atau masalah anda.

    Bandingkan keputusan sebelum dan selepas anda membuat EFT. Jika belum mencapai skala 0, ulangi proses ini sebanyak mungkin yang anda boleh.- RELEVAN

    Previous Article10 azam tahun baharu untuk berjaya dalam kerjaya
    Next Article 15,541 kes aktif Covid-19, 14,812 daripadanya menjalani kuarantin di rumah

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.