Facebook Twitter
    Trending
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026
    • Kewangan

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026
    • Pendidikan

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 1 daripada 4 rakyat Malaysia menderita strok menjelang 2040

    1 daripada 4 rakyat Malaysia menderita strok menjelang 2040

    By Zubaidah IbrahimDecember 12, 2022Updated:December 12, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FIBRILASI Atrium meningkatkan risiko strok dan ia juga dikaitkan dengan usia lebih tua (40 ke atas), seks lelaki, hipertensi dan penyakit jantung iskemik.- GAMBAR HIASAN/DCSTUDIO/FREEPIK

    BERSEMPENA dengan Hari Jantung Sedunia dan Hari Strok Sedunia 2022 baru-baru ini, Pfizer Malaysia telah melancarkan laman web kesedaran Fibrilasi Atrium (AF) iaitu www.afjourney.com.my.

    Pembangunan laman web itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) dan Majlis Strok Malaysia (MSC) yang bertujuan untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai AF dan kaitannya dengan strok.

    AF merupakan antara aritmia jantung yang paling lazim dikaitkan dengan morbiditi dan mortaliti berikutan kemerosotan fungsi mekanik atrium yang menyebabkan kadar degupan jantung laju, tidak teratur serta tidak normal.

    Berdasarkan satu kajian pada tahun 2016, kelaziman AF dalam kalangan penduduk Malaysia ialah 0.54 peratus (%) berbanding dengan purata global sebanyak 1%.

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung – Relevan

    Di samping itu, 1.5% daripada 32.6 juta penduduk di Asia yang berusia 40 tahun ke atas turut dilaporkan mengalami AF.

    Menurut Pengurus Negara dan Peneraju Kluster,  Pfizer Malaysia, Brunei dan Pakistan, Luksanawan Thangpaibool, laman sesawang itu direka bentuk untuk berkongsi impak AF dan kepentingan membuat diagnosis awal.

    “Ada dua tujuan utama pembangunan laman web ini iaitu untuk mendidik pesakit dan penjaga secara langsung.

    “Selain itu, sebagai alat yang berguna untuk ahli kardiologi, neurologi dan penyedia penjagaan kesihatan (HCP) untuk dimanfaatkan semasa mendidik para pesakit mereka.

    “Kami berasa bangga dapat bekerjasama dengan NHAM dan MSC untuk memperluas akses kepada maklumat mengenai AF, strok dan penyakit berkaitan jantung yang lain,” katanya.

    Sementara itu, ahli majlis NHAM, Dr. Ma Soot Keng, berkata, literasi kesihatan pesakit merupakan faktor penyumbang kepada pengesanan awal gejala.

    “Sebenarnya, AF turut memberikan kesan besar kepada fizikal, emosi dan juga kewangan.

    “Kami mahu para pesakit memahami AF termasuklah simptom atau gejala  dan kepentingan membuat pengesanan awal,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Presiden MSC, Profesor Dr. Hoo Fan Kee memberitahu, kajian menunjukkan bahawa AF meningkatkan risiko strok dan ia juga dikaitkan dengan usia lebih tua (40 ke atas), seks lelaki, hipertensi dan penyakit jantung iskemik (ischaemic heart disease). 

    “AF menyebabkan beban morbiditi yang besar dan kualiti kehidupan (kesihatan) menurun serta meningkatkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular, terutamanya strok.

    “Usaha meningkatkan kesedaran AF sangat penting kerana ia boleh  menyebabkan strok dan tinjauan Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada tahun 2016 menganggarkan bahawa satu daripada empat rakyat Malaysia akan menderita penyakit strok menjelang tahun 2040 jika tiada tindakan pencegahan dilaksanakan untuk mengubah gaya hidup mereka,” terangnya.

    Tambah beliau, pembangunan laman web dan H.A.R.V adalah untuk memastikan lebih ramai pesakit AF dapat dikenal pasti dengan mudah dan mendapat penjagaan kesihatan awal bagi mengelakkan strok, kegagalan jantung dan pelbagai penyakit berkaitan jantung yang lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pulmonari hipertensi bakal menyebabkan kegagalan jantung – Relevan

    Sekali gus, beban kos daripada  penyakit tidak berjangkit juga dapat dikurangkan dan diuruskan pada tahun-tahun yang akan datang. 

    “Kami percaya setiap individu berhak untuk menjalani kehidupan yang sihat. Memandangkan AF berkait rapat dengan penyakit kardiovaskular seperti koronari arteri, penyakit jantung valvular, kegagalan jantung dan hipertensi.

    “Oleh itu, AF pastinya akan mengakibatkan bebanan yang besar terhadap kos penjagaan kesihatan pada masa hadapan.

    Kami berharap laman sesawang dan video interaktif dengan H.A.R.V akan membolehkan kefahaman yang lebih baik tentang AF serta mendorong pengesanan awal oleh pengamal penjagaan kesihatan,” jelas Luksanawan. 

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AF, sila layari https://www.afjourney.com.my. – RELEVAN

    Previous Article867 kes Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 809 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026
    Artikel Terkini

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.