Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awas! Adenovirus menyerang kanak-kanak, sistem imun lemah

    Awas! Adenovirus menyerang kanak-kanak, sistem imun lemah

    By December 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KANAK-KANAK mudah dijangkiti virus kerana sistem imun mereka masih lemah. - GAMBAR HIASAN/ALEXANDER GREY/PEXELS

    DALAM fasa tumbesaran anak-anak, mereka sangat memerlukan perhatian rapi daripada ibu bapa atau penjaga terutama dalam aspek penjagaan kesihatan kerana mudah terdedah kepada ancaman pelbagai virus ekoran sistem imun yang masih lemah.

    Baru-baru ini tular video perkongsian seorang ibu yang menunjukkan anaknya sedang dirawat kerana jangkitan adenovirus. Wajah si comel yang sedang mengalirkan air mata itu meruntun hati netizen.

    Ada yang bertanyakan keadaan bayi comel itu dan tidak kurang juga mendoakannya segera sembuh.

    Menurut WebMD, adenovirus ialah sekumpulan virus yang biasanya menjangkiti lapisan mata, saluran pernafasan, paru-paru, usus, saluran kencing dan sistem saraf.

    Ia juga boleh menyebabkan demam, batuk, sakit tekak, cirit-birit dan mata menjadi merah jambu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu irama sirkandian dan kaitannya dengan jet lag? – Relevan

    Jangkitan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak berbanding orang dewasa, tetapi sesiapa sahaja berisiko mendapatnya.

    Kebanyakan kanak-kanak akan mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis jangkitan adenovirus ketika mereka berumur 10 tahun.

    Jangkitan biasanya hanya menyebabkan gejala ringan dan boleh baik dengan sendirinya dalam beberapa hari.

    Namun, bagi mereka yang mempunyai sistem imun lemah terutamanya kanak-kanak, jangkitan akan menjadi lebih serius

    Bagaimana Adenovirus merebak

    Virus ini biasanya berlaku di tempat yang mempunyai kumpulan besar kanak-kanak seperti pusat jagaan harian, sekolah dan kem musim panas.

    Ia boleh merebak apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk atau bersin. Titisan yang mengandungi virus tersebut terbang ke udara dan hinggap di permukaan.

    Anak anda boleh dijangkiti virus jika jika menyentuh tangan seseorang yang menghidapnya atau mainan atau objek lain yang dipegang oleh seseorang yang dijangkiti dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata mereka.

    Virus itu merebak dengan cepat dalam badan kanak-kanak kerana mereka lebih cenderung untuk meletakkan tangan di muka dan di dalam mulut.

    Simptom

    Antara simptom-simptom yang biasa terjadi ketika dijangkiti adalah seperti berikut:

    • Bronkitis: Batuk, hidung berair, demam dan menggigil.
    • Selsema dan jangkitan pernafasan lain: Hidung tersumbat dan berair, batuk, sakit tekak dan kelenjar bengkak.
    • Masalah pernafasan: Batuk, sukar bernafas dan mengeluarkan bunyi ketika bernafas
    • Jangkitan telinga: Sakit telinga dan demam.
    • Mata merah jambu (konjunktivitis): Mata merah, lelehan dari mata dan rasa seperti ada sesuatu dalam mata anda.
    • Pneumonia: Demam, batuk dan kesukaran bernafas.
    • Jangkitan perut dan usus: Cirit-birit, muntah, sakit kepala, demam dan kekejangan perut.
    • Bengkak otak dan saraf tunjang (meningitis dan ensefalitis): Sakit kepala, demam, leher kaku, loya dan muntah (ini jarang berlaku).
    • Jangkitan saluran kencing: Rasa terbakar dan sakit semasa membuang air kecil, kerap membuang air kecil serta ada darah dalam air kencing.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety – Relevan

    Rawatan

    Antibiotik tidak akan membantu jangkitan adenovirus kerana ubat ini hanya membunuh bakteria.

    Kanak-kanak kebiasaannya boleh sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

    Namun, bagi kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah mungkin memerlukan rawatan di hospital untuk membantu mereka pulih.

    Dapatkan rawatan doktor dengan segera jika anak anda mengalami gejala yang serius seperti berikut:

    • Sukar bernafas
    • Bengkak di sekeliling mata
    • Demam yang tidak hilang selepas beberapa hari
    • Tanda-tanda dehidrasi seperti air mata keluar sedikit dan lampin kurang basah.

    Sementara itu, ibu bapa boleh juga boleh melakukan beberapa perkara untuk membantu anak anda berasa lebih baik:

    • Berikan banyak cecair

     Kanak-kanak kehilangan banyak cecair ketika demam kerana muntah dan cirit-birit.

    Mereka boleh mengalami dehidrasi. Air atau 100 peratus jus buah-buahan adalah pilihan terbaik untuk memastikan kanak-kanak kekal hidrat.

    • Bersihkan saluran hidung 

    Bantu anak anda menghembus hidung dengan kerap. Untuk bayi, masukkan beberapa titis semburan pembersih khas ke dalam hidung, kemudian sedut lendir dengan penyedut lendiran bayi.

    • Pasang pelembap kabus sejuk 

    Kelembapan akan mengurangkan masalah pernafasan dan membantu anak anda bernafas dengan lebih mudah.

    – RELEVAN

    demam featured jangkitan virus
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.