Zubaidah Ibrahim

KES kanser mulut semakin meningkat di United Kingdom (UK) dan baru-baru ini menunjukkan bahawa bilangan orang yang menghidap penyakit itu telah bertambah lebih daripada satu pertiga. Yayasan Kesihatan Mulut (OHF) mendedahkan bahawa 8,864 orang di UK telah didiagnosis dengan kanser mulut tahun lepas yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 10 tahun lalu. Menurut OHF, lebih separuh daripada pesakit kanser mulut didiagnosis pada tahap empat yang mana kanser berada pada tahap paling berkembang. Doktor gigi kosmetik dan ketua klinikal di SmileStraight, Sundeep Patel, memberitahu Mirror, peningkatan kes kanser mulut dan oral di UK  sangat membimbangkan. ARTIKEL BERKAITAN: Kanser prostat…

Read More

BANJIR bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga boleh mencetuskan penyakit dan meragut nyawa sekiranya tidak berjaga-jaga. Sampah sarap, lumpur, takungan najis dan kuman yang berada di dalam tanah akan keluar bersama-sama limpahan air banjir. Selain itu, banjir juga menyebabkan sumber air bersih tercemar dan mengganggu sistem perparitan serta kumbahan. ARTIKEL BERKAITAN: Lindungi orang tersayang dan harta berharga ketika banjir – Relevan Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Nurul Azmawati Mohamed, penyakit berjangkit lebih kerap berlaku semasa atau selepas banjir disebabkan beberapa faktor. “Pertama, berkaitan dengan kulit. Luka…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 766 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 902 kes kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,022,910 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,026 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,971,955 kes. Sebanyak satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,831 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,849 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 14,124 kes dengan…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 902 kes semalam berbanding 858 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,022,144 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,104 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,970,932 kes. Sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,830 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,849 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 14,382…

Read More

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Festival Kraf Langkawi (FKL) 2022 di Kompleks Kraf Langkawi (KKL), Teluk Yu bermula 22 hingga 27 Disember. FKL 2022 yang berlangsung selama enam hari itu mula dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan mengetengahkan produk usahawan kraf khususnya dari negeri Utara. Menurut Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Muhamad Razib Saruddin, penganjuran FKL 2022 merupakan kali yang ke-13 dengan mengangkat tema Ini Batik Malaysia. “Kami memilih tema tersebut pada penganjuran FKL 2022 kerana bersempena dengan ulang tahun pertama Hari Batik Malaysia. “Setiap negara mempunyai keindahan batiknya yang tersendiri, begitu juga…

Read More

MALAYSIA kini sedang berada di tengah-tengah musim Monsun Timur Laut. Banjir telah melanda beberapa tempat di negara ini berikutan hujan lebat yang berterusan dan keadaan itu dijangka berlarutan sehingga Mac. Pengalaman tahun lalu dan juga amaran daripada pelbagai pihak diharap dapat membantu mewujudkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku. Namun, tindakan dan persediaan masih diperlukan untuk meminimumkan kerugian serta melindungi nyawa. Oleh itu, Zurich Malaysia terus menekankan kepentingan mempunyai perlindungan, bukan sahaja untuk diri sendiri dan orang tersayang, tetapi juga harta benda berharga. ARTIKEL BERKAITAN: Nikmati percutian anda di dalam atau luar negara…

Read More

TINDAKAN sekumpulan saintis dari Pusat Penyelidikan Virologi Negeri Vektor di Siberia, Rusia yang menghidupkan semula virus haiwan purba Zaman Ais mencetuskan kebimbangan ramai, malah pakar-pakar turut memberi amaran risiko virus itu merebak. Pasukan saintis dari bandar Novosibirsk, Siberia itu sedang berusaha untuk menghidupkan semula virus prasejarah Paleovirus yang telah tidak aktif selama hampir setengah juta tahun. Mereka telah memeriksa bangkai haiwan Zaman Ais yang diawet seperti mamot dan badak sumbu dengan tujuan mengekstrak serta mengkaji jangkitan yang menyebabkan kematian haiwan-haiwan itu. Kebimbangan tersebut disuarakan kerana dikhuatiri virus haiwan purba itu akan menjangkiti makhluk hidup pada masa kini. ARTIKEL BERKAITAN: Saintis…

Read More

SEBAGAI manusia, kita tidak terlepas daripada ujian emosi sehingga merasakan hidup sangat tertekan dan mengecewakan lantas perkara itu mengganggu perjalanan hidup seseorang. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu mereka yang sedang bergelut dengan masalah emosi dan salah satunya adalah Teknik kebebasan emosi (EFT) tapping (tepukan atau ketukan) kecil. Teknik itu dilihat semakin mendapat perhatian apabila ramai yang kongsikan manfaat melakukan kaedah tersebut di platform media sosial bagi tujuan melegakan tekanan emosi. Apa itu EFT tapping? Menurut Healthline, EFT tapping ialah rawatan alternatif untuk sakit fizikal dan tekanan emosi. Ia juga dirujuk sebagai mengetuk atau acupressure psikologi. Orang yang…

Read More

KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 993 kes semalam berbanding 1,138 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,017,016 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,460 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,964,167 kes. Lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,800 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,844 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 16,049 kes dengan…

Read More

DALAM fasa tumbesaran anak-anak, mereka sangat memerlukan perhatian rapi daripada ibu bapa atau penjaga terutama dalam aspek penjagaan kesihatan kerana mudah terdedah kepada ancaman pelbagai virus ekoran sistem imun yang masih lemah. Baru-baru ini tular video perkongsian seorang ibu yang menunjukkan anaknya sedang dirawat kerana jangkitan adenovirus. Wajah si comel yang sedang mengalirkan air mata itu meruntun hati netizen. Ada yang bertanyakan keadaan bayi comel itu dan tidak kurang juga mendoakannya segera sembuh. Menurut WebMD, adenovirus ialah sekumpulan virus yang biasanya menjangkiti lapisan mata, saluran pernafasan, paru-paru, usus, saluran kencing dan sistem saraf. Ia juga boleh menyebabkan demam, batuk, sakit…

Read More