Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sediakan payung sebelum hujan, azam baharu 2023

    Sediakan payung sebelum hujan, azam baharu 2023

    By December 15, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERANCANGAN sangat penting untuk mencapai matlamat yang lebih jelas.- GAMBAR HIASAN/FAUXELS/PEXELS

     

    MASA berlalu dengan pantas. 16 hari lagi kita akan memasuki tahun baharu 2023. Berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2022 yang penuh suka dan duka.

    Kenangan 2022 tersimpan kemas dalam ingatan dan sudah pasti ia menjadi guru terbaik sebagai panduan untuk menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang.

    Ramai yang kongsikan perasaan bercampur baur, ada rasa teruja menyambut kedatangan tahun baharu dan pada masa sama risau memikirkan kehidupan yang bakal ditempuh pada 2023.

    Tahun hadapan dikatakan semakin mencabar baik dari segi ekonomi, pekerjaan, kewangan dan kesihatan.

    Siapa tidak terusik hati tatkala melihat pelbagai berita kurang menyenangkan, apatah lagi Covid-19 meninggalkan trauma yang cukup mendalam dan sehingga kini kita belum bebas daripada wabak tersebut.

    Setiap hari ada sahaja laporan kematian dan jangkitan baharu Covid-19 yang membuktikan bahawa wabak tersebut sangat sukar untuk dihapuskan, malah kita perlu belajar untuk hidup bersama virus pembunuh itu.

    Walau dalam apa jua keadaan, kehidupan perlu diteruskan, pakar-pakar juga banyak berkongsi nasihat dan panduan sebagai persediaan kita menempuh situasi sukar pada tahun-tahun mendatang.

    Kita perlu sediakan payung sebelum hujan, rancang kehidupan dengan sebaik mungkin, tinggalkan tabiat boros dan berhutang supaya bebanan kewangan dapat dikurangkan.

    Sudah semestinya kita wajar mempunyai perancangan kewangan yang kukuh sebagai persediaan menempuh masa sukar dan juga menikmati hari tua dengan lebih tenang tanpa bebanan hutang.

    Tidak terlewat untuk kita melihat kembali perancangan kehidupan secara menyeluruh sama ada dari aspek kewangan, kerjaya dan kesihatan. Setiap orang perlu mempunyai matlamat hidup yang jelas.

    Ayuh! Mulakan azam baharu untuk lebih peka kepada aspek-aspek tersebut agar kehidupan menjadi lebih baik dan terjamin.

    Melihat kepada keadaan ekonomi sekarang dan juga ramalan pada tahun hadapan, banyak pakar mengesyorkan agar tidak membuat hutang baharu, sebaliknya mengecilkan saiz hutang.

    Pun begitu, tidak salah sekiranya kita ingin berbelanja untuk memberi ganjaran kepada diri, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhemah dan terkawal agar tidak terlajak berbelanja.

    Justeru, perancangan sangat penting untuk kita membahagikan perbelanjaan itu dengan lebih baik dan menikmati hasil kerja keras tanpa rasa terbeban atau tertekan.- RELEVAN

    azam featured hidup hutang perancangan tahun baharu 2023
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.