Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti

    5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti

    By Zubaidah IbrahimDecember 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SELEPAS bercuti fikiran akan jadi lebih segar dan bersemangat.- GAMBAR HIASAN/ FREEPIK

    KEPENATAN bekerja dapat diredakan dengan percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan dan pada masa sama mencipta memori indah serta belajar sesuatu yang baharu.

    Dalam waktu bercuti inilah kita dapat meluangkan masa sepenuh kepada insan tersayang kerana sebelum ini dihambat dengan kesibukan kerja dan masing-masing mempunyai komitmen.

    Percutian juga merupakan terapi untuk meredakan tekanan, melupakan seketika bebanan kerja dan berseronok sepuasnya!

    Setelah bercuti untuk beberapa hari, pastinya hati terasa berat untuk kembali bekerja dan minda juga belum bersedia memikul tanggungjawab di pelajabat.

    Usah risau, Relevan kongsikan lima tip penting untuk anda kembali bersemangat bekerja selepas pulang bercuti seperti berikut:

    1. Jangan terus bekerja sebaik sahaja cuti tamat

    Setiap orang memerlukan sedikit masa untuk kembali bekerja. Jika boleh, luangkan masa satu atau dua hari untuk berehat dan pulih badan sebelum kembali ke pejabat.

    Menguruskan jet lag (mabuk altitud) adalah salah satu cabaran untuk anda memulakan hari pertama bekerja.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 kebaikan dan keburukan bekerja freelance – Relevan

    Jet lag membuatkan anda berasa keliru dan lesu sepanjang hari. Akibatnya, anda akan kurang selesa dan tidak bersemangat menjalankan tugasan.

    Walaupun perlu mengemas rumah dan melakukan perkara-perkara lain, berikan masa kepada diri anda untuk berehat.

    Fokuskan fikiran anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Jika tidak, anda akan mengalami keletihan dan tertekan ketika kembali bekerja.

    2. Buat senarai tugasan

    Urusan anda di tempat kerja menjadi lebih mudah dan tersusun sekiranya mempunyai senarai tugasan. Apatah lagi  meninggalkan kerja untuk beberapa hari ketika bercuti.

    Banyak perkara yang tertunggak semasa anda bercuti dan perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.

    Oleh itu, senarai tugasan tersebut boleh menjadi panduan dan membantu anda lebih fokus serta memastikan semua tugasan tersebut tidak tercicir.

    Di samping itu, anda juga perlu bekerjasama dengan pasukan anda untuk menyelaraskan dan mengutamakan tugas penting.

    3. Pergi bekerja dengan fikiran baharu

    Percutian membuatkan fikiran lebih tenang dan kita juga banyak belajar perkara baharu sepanjang bercuti.

    Perkara tersebut sedikit sebanyak mengubah cara kita berfikir dan melihat dunia dengan cara berbeza berbanding sebelum ini.

    Disebabkan itu, ada yang lebih selesa untuk menyelesaikan tugasan sukar selepas bercuti kerana fikiran dalam keadaan tenang.

    Bawa semangat dan perspektif baharu tersebut ketika kembali bekerja untuk menyelesaian tugasan dengan lebih baik.

    4. Jalinkan kembali hubungan mesra dengan rakan sekerja

    Ambil sedikit masa untuk bersembang bersama rakan sekerja anda bagi mengeratkan lagi hubungan dengan mereka selepas tidak berjumpa beberapa hari.

    Pastinya banyak yang boleh anda kongsikan dengan rakan sekerja tentang perjalanan percutiaan tersebut. Mereka juga sudah tertentu menantikan cerita pengembaraan anda yang menakjubkan itu.

    Komunikasi di tempat kerja adalah penting dan berinteraksi dengan rakan sekerja boleh membantu anda kembali ke landasan yang betul.

    ARTIKEL BERKAITAN: Antara minat dengan gaji lumayan, pekerjaan mana yang lebih berbaloi dipilih? – Relevan

    Selain itu, anda juga boleh mendapat maklumat terkini tentang perkara yang berlaku di tempat kerja semasa anda bercuti.

    5. Ambil masa untuk diri anda

    Jangan cuba untuk menyelesaikan semuanya sekali gus, sebaiknya lakukan satu persatu mengikut kemampuan diri anda dan set kembali diri dalam mood bekerja.

    Walaupun hari pertama bekerja selepas kembali bercuti adalah masa paling sibuk, tetapi jangan abaikan aspek penjagaan diri seperti senaman pagi atau menikmati secawan teh kegemaran anda semasa bertugas.

    Sebagai manusia kita perlu bijak menyeimbangkan pekerjaan dan kehidupan peribadi dengan baik bagi mengelakkan tekanan serta perasaan kurang senang.- RELEVAN

    Previous Article809 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article Bagaimana untuk bersedia bagi semakan prestasi tahunan bersama majikan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.