KU SYAFIQ KU FOZI

KADAR pengangguran negara terus mencatatkan nilai yang lebih baik apabila berkurang sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.5 peratus pada suku tahun pertama 2023 berbanding suku keempat 2022. Pada suku tersebut, seramai kira-kira 586,900 orang didapati menganggur, berkurang 2.3 peratus berbanding kira-kira 600,500 orang pada suku sebelumnya. Bilangan dan kadar itu merupakan yang terbaik pernah dicatatkan sejak suku tahun kedua 2020, ketika pandemik Covid-19 mula menunjukkan impak terhadap pasaran buruh Malaysia. Sejak suku tahun kedua 2021, pengangguran terus menunjukkan trend menurun sama ada dari segi kadar mahupun bilangan.’ Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada suku tersebut, aktiviti…

Read More

SELAMA enam tahun berturut-turut, Finland diiktiraf sebagai negara paling bahagia dalam dunia melalui Laporan Kebahagiaan Dunia (WHR). Laporan tersebut meletakkan enam pemboleh ubah bagi mengukur kebahagiaan, iaitu pendapatan, jangkaan hidup sihat, mempunyai orang kepercayaan yang akan membantu sewaktu kecemasan, kemurahan hati, kebebasan dan kepercayaan. Sebagai antara elemen terpenting kehidupan, persekitaran dan budaya kerja juga pasti mempengaruhi kedudukan sesebuah negara dalam laporan tersebut. Sehubungan itu, Relevan mahu meneroka, apa agaknya rasa jika kita bekerja di Finland?   Gaji Undang-undang buruh di Finland tidak menetapkan gaji minimum yang spesifik untuk semua industri dalam negara tersebut. Namun, perbincangan antara pertubuhan-pertubuhan majikan dengan kesatuan sekerja ada…

Read More

SEBAGAI sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang berwibawa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa berusaha membangunkan potensi kepimpinan bukan sahaja dalam kalangan pelajarnya, malah pelajar universiti-universiti lain. Pelbagai program telah dianjurkan dan terbaharu, salah satu kolej kediaman di universiti itu, Kolej Aminuddin Baki (KAB) dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Perak akan menganjurkan program UPSI Leaders Colloquium 2023 yang membuka penyertaannya kepada pelbagai lapis masyarakat, termasuk orang awam dan pelajar sekolah. Program itu juga mahu mencipta rekod Malaysia sebagai program pengucapan awam terpanjang yang membincangkan aspek kepimpinan belia dengan durasi penuhnya selama 36 jam. Tanpa henti, 36 jam itu akan diisi ucapan-ucapan…

Read More

SUDAH banyak filem tentang genius dihasilkan tetapi saya sentiasa tertarik dengan Good Will Hunting. Mungkin kerana ia membawa kisah budak jalanan; ranggi dan menepati cita rasa budak kampung seperti saya. Mungkin juga kerana suara kasar Skylar dengan telor British yang menggoda. Tapi selepas ditilik-tilik, saya fikir tarikan utamanya ialah penerokaan terhadap trauma yang dihadapi watak-wataknya. Bukan hanya satu watak. Will Hunting yang diperankan Matt Damon memang menarik tetapi saya lebih berminat dengan watak Sean Maguire lakonan Robin Williams. Ini lakonan terbaik Robin, pada hemat saya yang cetek ilmu filem. Berbeza dengan peranan lazimnya yang cenderung komedi, Sean lebih serius dan…

Read More

MALAYSIA mencapai kedudukan tinggi dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 apabila melonjak ke tempat ke-73 berbanding 133 tahun lalu. Lonjakan 40 anak tangga itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara terbaik di Asia Tenggara meninggalkan Thailand di tangga ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178). Organisasi yang menerbitkan indeks tersebut, Reporters Without Borders (RSF)  mentakrifkan kebebasan media sebagai “kemampuan wartawan sebagai individu dan kolektif untuk memilih, menghasilkan dan menyebarkan berita demi kepentingan awam tanpa campur tangan politik, ekonomi, undang-undang dan sosial serta tanpa ancaman terhadap keselamatan fizikal dan mental mereka”.…

Read More

ADA rakan datang ke rumah, beraya. Sudah lewat malam tapi dia rakan rapat, datang tengah malam pun tetap akan dijamu biskut dengan teh o panas. Bual kami panjang sampai hari berganti. Dari perkembangan baharu, kekasih yang tidak wujud sehingga perancangan-perancangan hidup. Satu soalan terbit dari mulutnya yang berisi mazola: “bila nak beli rumah?” ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu Mungkin tahun ini kami menjengah usia 30-an, maka pencapaian kewangan konvensional sebegini akan dibincangkan. Sebelum menjawab soalannya, ada statistik berlari-lari dalam fikiran. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), purata harga rumah di Malaysia…

Read More

IJAZAH Doktor Falsafah (PhD) merupakan pencapaian akademik tertinggi yang boleh dicapai seseorang. Menjadi impian mereka yang bergelut dalam bidang akademik untuk mencapai tahap ijazah ini. Namun, jalannya bukan mudah. Untuk menggenggam ijazah itu, calonnya perlu kuat iltizam, bijak mengurus masa dan kerja serta perlu sedia mengorbankan sebahagian aspek kehidupannya. Calon PhD perlu luang banyak masa demi penyelidikannya. Untuk memperoleh ijazah itu secepat mungkin, peluang memperoleh pendapatan sendiri pada usia muda perlu dikorbankan. Usia awal dewasanya penuh dengan buku, jurnal dan penyelidikan. Namun, adakah pengorbanannya kelak akan mendapat balasan setimpal apabila mereka melangkah masuk ke pasaran pekerjaan dengan regalia PhD? Persoalan…

Read More

SEORANG profesor sastera yang berkepakaran dalam kajian tentang William Shakespeare dengan berani membandingkan penyanyi pop/country, Taylor Swift dengan legenda sastera dunia itu. Sir Jonathan Bate mula mengenali Swift melalui lagu Love Story dalam album Fearless (2008). Pada detik pertama mendengar lagu itu, dia sudah perasan rujukan terhadap Shakespeare dalam lirik Swift. Ia jelas: beberapa kali disebutkan nama Romeo dan Juliet dalam lagu itu. Hujahnya untuk mengangkat Swift sebagai ‘gergasi sastera’ sangat panjang. Relevan akan cuba memudahkannya untuk anda nanti. Cuma untuk kali ini, Relevan mahu berkongsi analisis Bate tentang lagu yang dimuatkan dalam album folklore (2020) versi deluxe, iaitu the lakes.…

Read More

HARI PEKERJA disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peranan dan pengorbanan para pekerja yang membanting tulang menggerakkan ekonomi. Bermula dari peristiwa rusuhan di Haymarket Square, Chicago pada 1886 sehingga kini pelbagai kemajuan dalam pengiktirafan hak pekerja dicapai, hari istimewa itu bukan sekadar cuti bagi para pekerja tetapi penghargaan buat penat lelah mereka bekerja. Masih banyak yang perlu dibuat untuk meletakkan hak pekerja pada tempatnya, terutamanya di Malaysia. Namun, keraian tetap keraian.  Relevan mahu menyambut hari istimewa ini dengan alunan lagu-lagu yang memperingati para pekerja. Tidak kira profesion atau jawatan, kita penuhi hari ini dengan karya seni muzik yang ditujukan…

Read More

KITA disuap dengan data setiap hari. Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan media sosial dengan tegar, data dan maklumat berlumba-lumba masuk dalam kepala. Dari carian internet, status panjang di Facebook, rajutan berjela di Twitter atau hantaran Instagram yang santai, minda kita sering menerima data yang dalam kebanyakan masa tidak tersusun dan bersepah-sepah. Hidup dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan data juga ada cabarannya yang tersendiri. Kita lebih berpengetahuan dan berkesedaran tetapi untuk mengurus maklumat dan data itu bukan mudah. “Orang ramai sedang lemas dalam data,” kata saintis data dan penulis buku Everybody Lies and Don’t Trust Your Gut, Seth Stephens-Davidowitz.…

Read More