Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 21, 2023Updated:September 25, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    USAHA meningkatkan kadar gaji pekerja lebih mudah dengan penglibatan kesatuan sekerja melalui kaedah rundingan kolektif. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SUDAH hampir sedekad sejak kerajaan memperkenalkan kadar gaji minimum di Malaysia. Bermula dengan RM900, ia kini meningkat kepada RM1,500.

    Namun, gaji minimum bukan satu-satunya indikator kemajuan hak dan kesejahteraan pekerja di sesebuah negara. Ada negara yang tidak meletakkan kadar gaji minimum pun tetapi hak pekerjanya terbela.

    Relevan mahu memperkenalkan kepada anda indikator-indikator lain yang wajar diambil kira apabila kita berbicara tentang hak dan kadar gaji pekerja. 

    Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian jika kita serius mahu meningkatkan kesejahteraan pekerja di negara ini. 

    • Nilai kudrat

    Pekerja memerah kudrat demi kerjayanya, baik kudrat akal atau tenaga fizikal. Dengan kudrat itu pendapatan untuk keluarga dan diri sendiri dijana.

    Pernahkah terfikir, berapa nilai kudrat yang kita tumpahkan untuk pekerjaan yang dibuat? 

    Antara cara untuk menilai kudrat pekerja adalah dengan membandingkan jumlah pendapatan yang dijana dengan barang yang boleh dibeli dengan jumlah itu. Seperti di Malaysia, gaji minimum mengikut jam adalah sebanyak RM7.21 sejam. 

    Dengan RM7.21, rakyat Malaysia boleh membeli 2.77 kilogram (kg) beras tempatan. Ini bermakna, untuk membeli 10 kg beras, mereka dengan gaji minimum perlu memerah kudrat selama 3.6 jam.

    Berbeza dengan Australia yang menetapkan gaji minimum sebanyak AU$23.23 sejam, pekerja mereka dengan gaji minimum hanya perlu bekerja 1.6 jam untuk membeli 10 kg beras.

    Untuk membeli sebuah Toyota Yaris pula, rakyat Malaysia dengan gaji minimum perlu bekerja selama kira-kira 60 bulan atau lima tahun. Sedangkan di Australia, pekerja mereka dengan gaji minimum hanya perlu bekerja kira-kira 7.5 bulan untuk membeli kereta sama.

    Satu lagi keperluan penting ialah rumah. Di Malaysia, pekerja dengan gaji minimum perlu bekerja selama 289 bulan atau kira-kira 24 tahun untuk membeli sebuah rumah (berdasarkan purata harga rumah terkini). 

    Di Australia, pekerja dengan gaji minimum perlu bekerja selama 216 bulan atau 18 tahun untuk memiliki sebuah rumah, walaupun harga rumah di negara itu merupakan antara yang tertinggi dalam dunia.

    Membandingkan pendapatan dengan harga barang yang boleh dibeli merupakan indikator yang baik untuk menilai kadar gaji di sesebuah negara kerana perbandingannya adil. Semakin banyak masa bekerja yang diperlukan untuk membeli sesuatu produk, semakin rendah nilai kudrat kita.

    • Pampasan pekerja

    Kita juga perlu lihat, daripada keseluruhan ekonomi yang dijana dalam negara, berapa banyak yang sampai kepada pekerja sebagai gaji dan upah dan berapa banyak yang masuk ke poket pemilik perniagaan sebagai keuntungan?

    Pengagihan ini dapat dilihat melalui statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) secara kaedah pendapatan yang menunjukkan tiga pecahan pendapatan negara, iaitu pampasan pekerja (PP), lebihan kendalian kasar (LKK) dan cukai bersih.

    PP merujuk kepada bahagian pendapatan yang diterima pekerja, baik dalam bentuk upah, gaji, manfaat, bonus atau kelebihan lain yang diberikan syarikat. LKK pula keuntungan yang dicatatkan perniagaan selepas membayar pekerja. Cukai bersih merujuk nilai cukai selepas ditolak subsidi.

    Negara yang mengangkat hak pekerja mempunyai peratusan PP yang tinggi seperti Jerman dengan 52.3 peratus daripada KDNK, Amerika Syarikat (53 peratus), Perancis (52.2), United Kingdom (52.9 peratus) dan Kanada (50.6 peratus).

    Di negara-negara ini, lebih separuh daripada keseluruhan ekonomi yang dijana dipulangkan kepada pekerja dalam bentuk gaji, upah, manfaat dan lain-lain.

    Di Malaysia, sumbangan PP merosot kepada 32.4 peratus pada 2022 berbanding 35.1 peratus pada tahun sebelumnya. 

    Ini bermakna, masih banyak ruang yang ada untuk meningkatkan gaji pekerja, baik melalui mekanisme gaji minimum atau dasar gaji progresif. Sepanjang 2022, 67 peratus daripada ekonomi yang dijana dalam negara dimiliki pemilik modal atau perniagaan.

    • Pekerja asing

    Menurut Menteri Sumber Manusia, jumlah pekerja asing di Malaysia adalah seramai 1,459,196 orang setakat Disember 2022. Itu merupakan jumlah rasmi. Jumlah tidak rasmi yang termasuk pekerja asing tidak berdaftar tidak dapat dipastikan.

    Kebanyakan pekerja asing, terutamanya dalam sektor pekerjaan kurang mahir diterima dalam pasaran pekerjaan negara kerana kos gaji yang rendah. Lambakan pekerja asing ini berpotensi menarik penawaran kadar gaji negara ke tahap yang rendah.

    Dalam ekonomi, ada istilah yang disebut sebagai bala tentera buruh simpanan (reserve army of labour) yang merujuk kepada populasi penganggur yang bersedia untuk bekerja dan menerima gaji rendah.

    Disebabkan kesediaan golongan penganggur ini, majikan mempunyai pilihan untuk melepaskan pekerja yang menuntut gaji tinggi dan mengambil pekerja lain yang sanggup menerima gaji rendah. Ini menyebabkan kadar gaji kekal rendah.

    Lambakan pekerja asing yang sanggup menerima gaji rendah menyukarkan usaha untuk meningkatkan kadar gaji dalam negara, walaupun perintah gaji minimum sudah diperkenalkan.

    • Kesatuan sekerja

    Satu lagi indikator penting untuk melihat tahap pemartabatan hak pekerja di sesebuah negara ialah keaktifan kesatuan sekerja.

    Beberapa negara seperti Finland dan Denmark tidak memerlukan undang-undang gaji minimum kerana mempunyai kesatuan sekerja yang kuat. Rundingan gaji diserahkan kepada kesatuan melalui perjanjian kolektif (CA).

    Di Finland, hampir 75 peratus pekerja berada di bawah naungan kesatuan sekerja. Denmark pula kira-kira 70 peratus. Bagaimana dengan Malaysia?

    Terdapat 767 kesatuan sekerja di Malaysia setakat 2022, mewakili 5.8 peratus daripada jumlah tenaga kerja. Daripada jumlah itu, kurang dua peratus pekerja dilindungi CA.

    Jumlah ini berkurang dari masa ke masa. Pada 1982, 11.3 peratus pekerja di Malaysia berada di bawah naungan kesatuan sekerja.

    Kadar kesatuan yang rendah menyebabkan pekerja mempunyai kuasa rundingan yang rendah, terutamanya dalam soal gaji. – RELEVAN

    Previous ArticleNaik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    Next Article 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.