Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    By September 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ROTI canai kini menduduki tempat kedua dalam senarai hidangan roti terbaik dunia oleh TasteAtlas. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    NAMA Malaysia sekali lagi terpahat di peta dunia apabila roti canai diangkat sebagai hidangan roti terbaik dunia oleh portal makanan terkenal, TasteAtlas.

    Senarai tersebut diterbitkan pada 10 September. Walau bagaimanapun, setakat 19 September, roti canai jatuh ke tempat kedua apabila markahnya jatuh daripada 4.9 kepada 4.8. Ini membolehkan hidangan roti Colombia, pan de bono mengambil alih tempat pertama.

    TasteAtlas mencirikan roti canai sebagai hidangan tradisional roti rata gorengan kuali yang diperbuat daripada tepung, air, telur dan lemak (minyak sapi atau mentega).

    Roti asas kegemaran rakyat

    Roti canai sememangnya terkenal di Malaysia. Ia menjadi hidangan sarapan kegemaran ramai tetapi ada juga yang menikmatinya tanpa mengira waktu, termasuk ketika minum petang, makan malam atau makan lewat malam.

    Hidangan roti canai yang paling asas ialah roti kosong dengan aneka kuah kari atau dal. Terdapat juga pelbagai inovasi yang menjadikan hidangannya lebih istimewa, termasuk roti telur, roti pisang, roti sardin dan roti milo.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    Pelbagai jenis cara hidangan juga ada disebut dalam TasteAtlas, seperti dihidang dalam bentuk bulat, petak atau dicarik dan dicampur dengan kuah (orang Malaysia sebut kuah banjir).

    Antara keistimewaan roti canai yang ditulis TasteAtlas ialah cara penyediaannya yang unik: doh tepung dilipat berkali-kali bagi mendapatkan tekstur berlapis, bahagian dalam yang lembut dan bahagian luar yang garing. 

    Gaduh manja dengan jiran

    Senarai roti terbaik TasteAtlas menimbulkan sedikit kontroversi apabila roti canai dari Malaysia dibezakan dengan roti prata dari Singapura.  Bagi sesetengah pihak, roti canai sama saja dengan roti prata.

    Bagi TasteAtlas, kedua-dua hidangan itu mempunyai keunikannya yang tersendiri, terutamanya dari segi cara penyediaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    Berikut merupakan tiga perbezaan utama antara roti canai Malaysia dengan roti prata Singapura:

    • Tekstur

    Tekstur merupakan perbezaan utama kedua-dua hidangan itu, menurut TasteAtlas.

    Roti canai mempunyai tekstur dalaman yang lembut dan berkelupas, manakala bahagian luarnya lebih garing.

    Roti prata pula mempunyai tekstur yang lebih tumpat dan kenyal dengan lapisan yang nipis.

    • Bahan

    Walaupun menggunakan bahan asas yang sama seperti tepung dan telur, roti canai dan roti prata menggunakan bahan lain yang berbeza bagi mengahsilkan rasa yang berbeza.

    Roti canai menggunakan minyak sapi atau mentega yang memberikannya rasa yang unik.

    Roti prata pula turut menggunakan susu pekat dan gula, menjadikannya lebih manis berbanding roti canai.

    • Cara hidangan

    Roti canai lazimnya dihidang bersama pelbagai jenis kari sebagai pendamping. 

    Roti prata pula lebih terkenal dengan pendamping yang manis, seperti kari dal atau gula.

    Perdebatan teragung

    Sudah jelas, roti prata memang tidak sama dengan roti canai walaupun rupa dan bentuknya hampir sama.

    Cuma sebenarnya, ada satu lagi perdebatan yang tidak diselesaikan TasteAtlas, malah mungkin mereka pun tak mampu nak selesaikan. Hanya rakyat Malaysia yang mampu menjawab persoalan ini.

    Antara roti canai mamak dengan roti canai Melayu, mana yang lagi sedap? – RELEVAN

    featured makanan pelancongan pendidikan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.