KU SYAFIQ KU FOZI

SUDAH hampir sedekad sejak kerajaan memperkenalkan kadar gaji minimum di Malaysia. Bermula dengan RM900, ia kini meningkat kepada RM1,500. Namun, gaji minimum bukan satu-satunya indikator kemajuan hak dan kesejahteraan pekerja di sesebuah negara. Ada negara yang tidak meletakkan kadar gaji minimum pun tetapi hak pekerjanya terbela. Relevan mahu memperkenalkan kepada anda indikator-indikator lain yang wajar diambil kira apabila kita berbicara tentang hak dan kadar gaji pekerja.  Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian jika kita serius mahu meningkatkan kesejahteraan pekerja di negara ini.  Nilai kudrat Pekerja memerah kudrat demi kerjayanya, baik kudrat akal atau tenaga fizikal. Dengan kudrat itu pendapatan untuk keluarga…

Read More

NAMA Malaysia sekali lagi terpahat di peta dunia apabila roti canai diangkat sebagai hidangan roti terbaik dunia oleh portal makanan terkenal, TasteAtlas. Senarai tersebut diterbitkan pada 10 September. Walau bagaimanapun, setakat 19 September, roti canai jatuh ke tempat kedua apabila markahnya jatuh daripada 4.9 kepada 4.8. Ini membolehkan hidangan roti Colombia, pan de bono mengambil alih tempat pertama. TasteAtlas mencirikan roti canai sebagai hidangan tradisional roti rata gorengan kuali yang diperbuat daripada tepung, air, telur dan lemak (minyak sapi atau mentega). Roti asas kegemaran rakyat Roti canai sememangnya terkenal di Malaysia. Ia menjadi hidangan sarapan kegemaran ramai tetapi ada juga yang…

Read More

DALAM dua artikel sebelum ini, Relevan telah menjelaskan data dan kesan rumah tak terjual serta kediaman kosong di Malaysia. Dalam artikel Curbing Overhang and Vacancy: Tha Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran, ada satu lagi bahagian penting yang belum Relevan kemukakan. Ia berkenaan cadangan memperkenalkan cukai baharu, iaitu cukai kekosongan (vacancy tax) bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat rumah yang tak terjual dan kediaman kosong, termasuk isu harga rumah yang tinggi. Ura-ura berkenaan pelaksanaan cukai kekosongan sudah berkumandang lama tetapi belum ada pengesahan dari kerajaan yang ia akan dilaksanakan. Baru-baru ini juga, Persatuan…

Read More

DALAM artikel sebelum ini, Relevan membangkitkan tentang rumah tak terjual di Malaysia yang mencecah puluhan ribu unit. Selain daripada itu, ada lagi isu yang perlu dibangkitkan, iaitu rumah yang tidak didiami. Bancian MyCensus 2020 mendapati, terdapat 1.8 juta atau 19.4 peratus unit rumah tidak didiami. Ini menimbulkan masalah pembaziran sumber kerana kediaman itu, atau sekurang-kurangnya tapak kediaman itu (jika didirikan rumah yang lebih mampu milik) boleh menjadi tempat berteduh untuk banyak keluarga. Merujuk artikel Curbing Overhang and Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran, Relevan kemukakan kepada anda data-data dan faktor ia…

Read More

ISU berkenaan perumahan sering diutarakan namun sehingga kini, belum ada penyelesaian tuntas dapat dijelmakan. Isunya bukan sekadar tentang kepayahan rakyat membeli rumah, malah kesukaran syarikat pemaju menjual rumah sehingga berlaku lambakan unit rumah yang tidak terjual. Laporan Tahunan Pasaran Hartanah 2022 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Kebangsaan (NAPIC) mendedahkan terdapat 27,746 unit rumah tidak terjual pada 2022 yang keseluruhannya bernilai RM18.41 bilion. Bagaimana ketika orang ramai sukar untuk membeli rumah (maknanya permintaan ada), boleh wujud sebegitu banyak unit rumah yang tidak terjual? Sebahagian jawapannya ada dalam artikel pandangan oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran. Relevan ringkaskan untuk anda. Banyak…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, Parlimen pada 11 September.  Pembentangan tersebut menyaksikan anjakan baharu disuntik ke dalam rancangan pembangunan lima tahun itu memandangkan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan  mempunyai agenda ekonominya yang tersendiri, iaitu kerangka ekonomi MADANI. Antara perkara penting yang diumumkan Anwar dalam pembentangannya ialah kenaikan siling perbelanjaan RMK12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion, dengan komitmen untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun untuk 2023, 2024 dan 2025. Ini bagi mengimbangi semula perbelanjaan pembangunan rendah yang digunakan pada 2021 dan 2022, iaitu masing-masing sebanyak RM64.3 bilion…

Read More

MENURUT Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), gaji minimum bermaksud jumlah upah yang perlu dibayar majikan kepada pekerja untuk kerja yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu, yang tidak boleh dikurangkan baik melalui perjanjian kolektif atau kontrak individu. Pelaksanaan gaji minimum sudah meluas ke seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Pada 1 Mei 2022, perintah gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja di Malaysia adalah sebanyak RM1,500 sebulan. Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 84 peratus negara dunia telah memasukkan perintah gaji minimum dalam perundangan negara masing-masing setakat 2020. Jumlah gaji minimum berbeza mengikut negara, malah kaedah penetapannya juga berbeza. Ada negara yang menggunakan pengiraan gaji…

Read More

BANK Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Menurut bank pusat itu, pada tahap OPR tersebut, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi. “MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan pada 7 September. Pelancong dijangka meningkat Jelas BNM, pada suku tahun kedua 2023, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah terkesan…

Read More

TAHNIAH diucapkan kepada 70,156 calon lepasan STPM/Setaraf yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam. Kejayaan tersebut bermakna anda selangkah lagi untuk memasuki fasa kehidupan yang penting dan penuh warna, iaitu kehidupan universiti. Dalam fasa hidup ini, anda akan meneroka dan belajar banyak benda. Namun, sebelum itu, ada perkara yang perlu dilakukan sebelum tempat anda di universiti disahkan. Sebilangan calon terleka dan tidak memberi perhatian kepada perkara ini, menyebabkan mereka terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian. Setuju terima dan tolak tawaran Perkara yang dimaksudkan ialah pengesahan setuju terima atau tolak tawaran. Calon yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan ini supaya…

Read More

KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2023/2024 menyaksikan 70,156 calon berjaya mendapatkan tawaran. Keputusan yang diumumkan pada 7 September itu adalah untuk 1,098 program pengajian sarjana muda di 20 UA di seluruh negara. Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang melibatkan 72,772 tempat melalui permohonan UPUOnline. 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing-masing. “Jumlah permohonan UPUOnline yang diterima bagi lepasan STPM/Setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperolehi tawaran. “Sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan telah berjaya ditawarkan tempat.…

Read More