KU SYAFIQ KU FOZI

DALAM bulan Ramadan, terdapat hari-hari penting yang disambut, seperti Nuzul al-Quran bagi memperingati hari turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan malam lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Dalam siri 5 Soalan Ramadan kali ini, Relevan membawakan jawapan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan, termasuk kepercayaan tradisi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Soalan dan jawapan ini dikumpulkan dari Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  Al-Quran diturunkan pada malam Nuzul al-Quran atau malam lailatulqadar? Al-Quran diturunkan secara berperingkat, bermula dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) kemudian dari Baitul Izzah ke bumi (diturunkan…

Read More

DIKHABARKAN suatu ketika dahulu, maharani China menghantar sepasang panda dan 70 helai kain yang diperbuat daripada bulu kepada pemerintah Jepun. Ia berlaku pada tahun 685 Masihi dalam Dinasti Tang, ketika zaman pemerintahan maharani pertama dan terakhir China, Wu Zetian. Walaupun pakar sejarah masih terus berbahas sama ada yang dihantar itu panda atau beruang jenis lain, peristiwa tersebut dianggap sebagai benih awal kelahiran “diplomasi panda” oleh negara China.  Dalam era moden, tradisi ini diteruskan pada 1941, apabila Wanita Pertama Republik China, Soong Mei-ling menghadiahkan dua ekor panda kepada Zoo Bronx sebagai penghargaan kepada bantuan Amerika Syarikat (AS) dalam Perang China-Jepun kedua.…

Read More

BERMULA 7 April ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP.  FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Inisiatif ini merupakan alternatif kepada pengeluaran simpanan KWSP yang telah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini.  Berikut Relevan senaraikan kepada anda maklumat-maklumat penting berkenaan inisiatif tersebut. Harapnya dengan maklumat-maklumat ini, anda dapat membuat keputusan yang lebih baik berkenaan perkara ini. Bayar setiap bulan atau tidak? Menurut sumber KWSP yang dihubungi…

Read More

BERMULA 7 April ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP.  FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Syarat permohonan Kemudahan itu terbuka untuk semua ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun. Namun, permohonan yang dibuka bermula 7 April ini hanya melibatkan fasa pertama, khusus untuk ahli berumur 40 tahun ke atas. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja dan permohonan tersebut tidak boleh…

Read More

Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa impak yang besar dalam pelbagai sektor termasuk pekerjaan. Pekerjaan yang terancam akibat kemunculan perisian kecerdasan buatan seperti ChatGPT adalah yang melibatkan kerja rutin dan berulang.  Menurut laporan media antarabangsa, pekerjaan seperti penyeliaan stesen kawalan pengeluaran, penyelenggaraan sistem dan pengelolaan data serta kerja dalam sektor perbankan dan perakaunan dapat digantikan oleh perisian AI yang cekap. Satu laporan daripada World Economic Forum (WEF) mengenal pasti 10 jenis pekerjaan yang paling terancam akibat kemunculan teknologi AI dan automasi, termasuk jurutera elektrik dan elektronik, jurutera perisian, pegawai perakaunan dan pengurus kewangan.  Laporan tersebut juga menyatakan bahawa kerja-kerja…

Read More

ORANG kata bulan puasa tak ada hantu, jadi eloklah saya tulis artikel ini sekarang. Supaya anda semua tak takut sangat nak baca. Kita semua kenal bagaimana rupa hantu Malaysia. Dari yang berpunjut, yang mengilai, yang mendedahkan organ dalaman sampai ke budak kecil kaki copet. Kita kenal nama mereka dan kita tahu segala latar belakang hidup mereka. Tapi bagaimana rupa hantu Malaysia di mata orang luar? Orang putih yang hantunya pakai sut tebal dan tinggal dalam rumah agam, kenalkah mereka dengan hantu yang bergelandangan seperti pocong, langsuir dan hantu galah? Bolehkah mereka faham amaran “jangan tegur” apabila bau kemboja mula menusuk…

Read More

BERAPA pendapatan yang mencukupi untuk seseorang individu atau satu isi rumah hidup dengan selesa di Lembah Kelang? Pastilah keadaannya berbeza untuk setiap individu dan isi rumah namun anggaran yang selamat tetap boleh dibuat. Itu yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM). Melalui kajian Belanjawanku yang didanai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SWRC membuat anggaran pendapatan yang selesa untuk beberapa kategori individu bujang dan isi rumah.Penyelidikan tersebut bukan sahaja tertakluk di Lembah Kelang, malah 11 bandar lain di seluruh negara. Berikut Relevan senaraikan untuk anda 7 statistik penting yang diperoleh daripada kajian tersebut. Ini termasuk asas metodologi dan…

Read More

ADA satu cabang ilmu linguistik yang tidak begitu mendapat perhatian tetapi sangat menarik untuk diteroka, iaitu etimologi. Etimologi merupakan ilmu atau kajian tentang asal usul perkataan dan sejarah perkembangannya. Maknanya, mereka yang meneroka ilmu etimologi akan menyelidik asal-usul sesuatu perkataan sehingga ke akar pembentukannya. Kita pasti pernah tertanya, dari mana datangnya perkataan kerusi, atau meja, atau nama negara Malaysia sendiri? Melalui ilmu etimologi, susur galur perkataan itu dapat dijejak dan jika maklumat berkenaannya lengkap, kita boleh sampai pada awal pembentukan kata tersebut yang bersifat arbitrari menurut ramai pakar bahasa. Kali ini, Relevan mahu huraikan asal-usul tiga perkataan, iaitu bajet, minda dan…

Read More

RAMADAN tiba lagi tahun ini. Selain mempersiapkan diri bagi mengharungi cabaran fizikal sepanjang sebulan berpuasa, kita juga digalakkan untuk menambah pengetahuan agama. Sehubungan itu, Relevan sekali lagi tampil dengan siri 5 Soalan Ramadan. Dalam siri ini, Relevan akan mengumpulkan soalan-soalan bersama jawapan yang dikemukakan dalam Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  Dalam edisi keempat ini, Relevan akan kongsikan jawapan untuk persoalan-persoalan berkaitan iftar atau berbuka puasa. Hukum menjemput orang bukan Islam berbuka puasa Menurut Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-87, amalan berbuka puasa perlu dilihat sebagai satu medium yang sangat baik bagi berapatkan hubungan kejiranan dan mahabbah…

Read More

SENIMAN agung negara, Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 sebagai Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh di Pulau Pinang. Jika beliau masih hidup, usianya sudah mencecah 94 tahun hari ini. Pelbagai cerita telah dilipur, setiap penjuru hidup P. Ramlee telah diteroka namun mungkin ada beberapa perkara yang kurang mendapat perhatian ramai. Dalam satu temu bual, isteri terakhir beliau, Puan Sri Saloma menyifatkan P. Ramlee sebagai ganjil. Ada kelakuannya yang tidak seperti orang lain, contohnya suka berlama-lama dalam bilik mandi. “Kadang-kadang dalam bilik mandi, dia duduk berjam-jam. Dia berfikir-berfikir sampai saya pun naik takut. “Rupanya dia karang lagulah, buat…

Read More