KU SYAFIQ KU FOZI

WAKTU pertama kali berjumpa Eizuwan Eizuddin hampir 10 tahun lalu, dia sudah menunjukkan minatnya dalam merakam detik. Apa sahaja detik – keluar ke pekan, aktiviti orientasi universiti atau sekadar makan di kafe kolej bersama rakan – akan terakam dalam kameranya. Siapa sahaja yang berkawan dengan Eizuwan waktu itu akan rasa sangat beruntung kerana segala aktiviti bersama didokumentasi dengan kemas dalam pemacu keras komputer atau simpanan memori awan media sosial. “Dulu, media sosial kita guna untuk kita. Macam Instagram, orang tak guna untuk dapat clout, mereka jadi diri sendiri. Lebih autentik dan semuanya tentang kita, bukan orang lain,” kata Eizuwan. Begitulah…

Read More

SUDAH ada banyak artikel yang menyenaraikan lagu raya di luar sana, apa istimewanya artikel ini? Pastilah Relevan memberikan anda pengalaman pembacaan yang unik dan tersendiri. Orang lain pun buat senarai lagu raya tapi ini senarai lagu raya gaya Relevan. Jadi, dalam senarai ini, anda akan disuguhkan dengan lagu-lagu raya yang dipilih teliti mengikut potensinya untuk menjadi klasik. Ramai kata lagu raya sekarang tidak ada jiwa, kan? Mari uji jiwa muzik anda dengan lagu-lagu ini. Mungkin ada sebahagiannya anda tidak pernah dengar, malah anda tidak kenali penyanyinya. Senarai ini dibuat bukan berdasarkan populariti tetapi kualiti.  Apa kualiti yang perlu ada pada lagu…

Read More

CINTA dan khianat ialah kisah yang subur sepanjang zaman. Tema cinta tidak pernah gagal menarik perhatian manusia dan ia diabadikan dalam banyak karya seni. Begitu juga pengkhianatan. Dari cinta juga wujudnya khianat. Pengkhianatan terhadap cinta dipanggil curang. Ini satu lagi perkataan yang mudah menarik minat ramai. Kisah curang sangat laku dalam media-media. Seperti pusaran semut (ant mill), orang ramai hilang pedoman menghurung kisah-kisah curang. Teori dilempar dan disambut, segala hal luar dan dalam kain dikorek.  Dalam artikel ini, Relevan mahu tunjukkan bahawa cinta dan khianat sentiasa wujud sepanjang zaman. Melalui kisah-kisah yang disusun ini, kita cari teladan dan sempadan. Kisah-kisah ini…

Read More

RAMADAN semakin hampir ke penghujungnya. Selain keterujaan menyambut Aidilfitri dan keinsafan menanti malam Lailatulqadar, masih ada juga persoalan hukum tentang ibadah di bulan Ramadan yang membelenggu umat Islam. Dalam siri 5 Soalan Ramadan kali ini, Relevan membawakan lima persoalan tentang zakat fitrah.  Soalan dan jawapan ini dikumpulkan dari Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  Bolehkah membayar zakat fitrah untuk tunang? Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas diri sendiri dan setiap orang yang wajib diberi nafkah olehnya. Ini bermakna, kita wajib membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan sesiapa yang di bawah tanggungan kita, seperti isteri, anak-anak…

Read More

RAMADAN merupakan bulan kita memperkukuh keimanan dan memperkaya empati terhadap golongan kurang bernasib baik manakala Syawal pula bulan kita meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Kedua-dua bulan ini sepatutnya mengisi jiwa dan hati umat Islam tapi entah apa silapnya, perayaan yang spiritual menjadi lebih material. Ramadan jadi bulan bazar, food-hunting dan pembaziran. Syawal diujakan kerana baju dan perabot baharu. Semua ini tidak salah tetapi perlu berpada-pada dan tidak keterlaluan. Relevan mahu mengajak anda mencari keseimbangan di bulan yang mulia ini. Sehubungan itu, mari kita dalami satu fenomena yang dipanggil kepenggunaan melampau (excessive consumerism) yang sering dikaitkan dengan musim perayaan. Pesta belanja…

Read More

DALAM bulan Ramadan, terdapat hari-hari penting yang disambut, seperti Nuzul al-Quran bagi memperingati hari turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan malam lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Dalam siri 5 Soalan Ramadan kali ini, Relevan membawakan jawapan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan, termasuk kepercayaan tradisi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Soalan dan jawapan ini dikumpulkan dari Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  Al-Quran diturunkan pada malam Nuzul al-Quran atau malam lailatulqadar? Al-Quran diturunkan secara berperingkat, bermula dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) kemudian dari Baitul Izzah ke bumi (diturunkan…

Read More

DIKHABARKAN suatu ketika dahulu, maharani China menghantar sepasang panda dan 70 helai kain yang diperbuat daripada bulu kepada pemerintah Jepun. Ia berlaku pada tahun 685 Masihi dalam Dinasti Tang, ketika zaman pemerintahan maharani pertama dan terakhir China, Wu Zetian. Walaupun pakar sejarah masih terus berbahas sama ada yang dihantar itu panda atau beruang jenis lain, peristiwa tersebut dianggap sebagai benih awal kelahiran “diplomasi panda” oleh negara China.  Dalam era moden, tradisi ini diteruskan pada 1941, apabila Wanita Pertama Republik China, Soong Mei-ling menghadiahkan dua ekor panda kepada Zoo Bronx sebagai penghargaan kepada bantuan Amerika Syarikat (AS) dalam Perang China-Jepun kedua.…

Read More

BERMULA 7 April ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP.  FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Inisiatif ini merupakan alternatif kepada pengeluaran simpanan KWSP yang telah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini.  Berikut Relevan senaraikan kepada anda maklumat-maklumat penting berkenaan inisiatif tersebut. Harapnya dengan maklumat-maklumat ini, anda dapat membuat keputusan yang lebih baik berkenaan perkara ini. Bayar setiap bulan atau tidak? Menurut sumber KWSP yang dihubungi…

Read More

BERMULA 7 April ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP.  FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Syarat permohonan Kemudahan itu terbuka untuk semua ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun. Namun, permohonan yang dibuka bermula 7 April ini hanya melibatkan fasa pertama, khusus untuk ahli berumur 40 tahun ke atas. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja dan permohonan tersebut tidak boleh…

Read More

Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa impak yang besar dalam pelbagai sektor termasuk pekerjaan. Pekerjaan yang terancam akibat kemunculan perisian kecerdasan buatan seperti ChatGPT adalah yang melibatkan kerja rutin dan berulang.  Menurut laporan media antarabangsa, pekerjaan seperti penyeliaan stesen kawalan pengeluaran, penyelenggaraan sistem dan pengelolaan data serta kerja dalam sektor perbankan dan perakaunan dapat digantikan oleh perisian AI yang cekap. Satu laporan daripada World Economic Forum (WEF) mengenal pasti 10 jenis pekerjaan yang paling terancam akibat kemunculan teknologi AI dan automasi, termasuk jurutera elektrik dan elektronik, jurutera perisian, pegawai perakaunan dan pengurus kewangan.  Laporan tersebut juga menyatakan bahawa kerja-kerja…

Read More