Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

    Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 15, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CUKAI kekosongan mempunyai potensi untuk memperbetul pasaran rumah dan sewa di Malaysia. - GAMBAR HIASAN/DEVA DARSHAN (Unsplash)

    DALAM dua artikel sebelum ini, Relevan telah menjelaskan data dan kesan rumah tak terjual serta kediaman kosong di Malaysia.

    Dalam artikel Curbing Overhang and Vacancy: Tha Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran, ada satu lagi bahagian penting yang belum Relevan kemukakan.

    Ia berkenaan cadangan memperkenalkan cukai baharu, iaitu cukai kekosongan (vacancy tax) bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat rumah yang tak terjual dan kediaman kosong, termasuk isu harga rumah yang tinggi.

    Ura-ura berkenaan pelaksanaan cukai kekosongan sudah berkumandang lama tetapi belum ada pengesahan dari kerajaan yang ia akan dilaksanakan. Baru-baru ini juga, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan itu.

    Apa itu cukai kekosongan?

    Firma konsultan, ShineWing TY TEOH mendefinisikan cukai kekosongan sebagai cukai yang dikenakan dalam bentuk penalti kepada hartanah yang dibiarkan kosong dalam satu tempoh tertentu.

    Kebiasaannya, nilai cukai ini ditentukan berdasarkan harga jualan kasar hartanah tersebut. Maknanya, semakin tinggi nilai hartanah, semakin tinggi cukai yang dikenakan.

    Menurut Theebalakshmi, cukai kekosongan bertujuan menggalakkan pemaju hartanah untuk lebih berhati-hati dalam merancang dan membangunkan projek perumahan.

    Kata beliau, dengan adanya cukai tersebut, pemaju terpaksa menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menganalisis permintaan pasaran tempatan dan menyediakan perumahan yang memenuhi keperluan segmen populasi yang berbeza.

    Dengan ‘ancaman’ cukai kekosongan, pemaju tidak membekalkan rumah yang tidak selari dengan permintaan, yang seterusnya menyebabkan lambakan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

    “Tambahan lagi, cukai kekosongan juga bertujuan memperlahankan aktiviti spekulasi (hartanah) oleh individu yang membeli rumah dengan tujuan mendapatkan untung segera.

    “Negara seperti Kanada (di bandar Vancouver dan British Columbia) serta Australia (Melbourne) telah melaksanakan cukai ini untuk mencipta pasaran perumahan yang mampu milik serta menangani spekulasi, terutamanya dalam kalangan pembeli tempatan dan asing,” kata Theebalakshmi.

    Harga lebih rendah

    Selain itu, cukai kekosongan turut mempunyai kesan kepada harga rumah secara tidak langsung. 

    Jelas Theebalakshmi, pelaksanaan cukai kekosongan mendesak pemaju atau individu menjual atau menyewa kediaman mereka secepat mungkin. Pembeli akan mendapat untung jika rumah tersebut dijual dengan harga yang lebih rendah.

    Ya, harga rumah boleh jadi lebih rendah dan bagi sesetengah orang seperti pemilik yang berhasrat menjual rumah mereka, ini merugikan. Nilai pasaran rumah sekunder jatuh.

    Tetapi, jelas Theebalakshmi, harga rumah di Malaysia sudah meningkat mendadak sejak 2010, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) 5.8 peratus antara 2010 hingga 2022.

    Kata beliau, skim kewangan inovatif dan permintaan spekulatif antara yang menyumbang kepada peningkatan mendadak itu, seterusnya mencipta gelembung perumahan – harga rumah tidak mencerminkan nilai sebenarnya.

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    “CAGR yang sihat untuk harga rumah di Malaysia adalah antara 3.1 hingga 4.0 peratus. Oleh itu, cukai kekosongan sebenarnya membantu pasaran perumahan negara mencapai jangkaan CAGR yang sihat (dengan mengurangkan harga rumah),” katanya.

    Tangan ghaib untuk penyewa

    Satu lagi kelebihan pelaksanaan cukai kekosongan, para pelabur dan spekulator hartanah akan melepaskan rumah milik mereka ke pasaran sewaan. Ini akan meningkatkan penawaran hartanah sewaan dan merangsang persaingan yang lebih sihat dalam kalangan pemberi sewa.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

    Jelas Theebalakshmi, pemberi sewa akan ‘terpaksa’ menyediakan rumah yang elok, berkualiti dan mampu milik untuk penyewa.

    “Mungkin ada yang kata, hasil sewa akan berkurang kerana peningkatan mendadak penawaran. Namun, penting untuk kita faham, pembetulan harga sewa ini sebenarnya akan mengurangkan harga yang sebelum ini tinggi.

    “Sehubungan itu, hujah yang membantah pelaksanaan cukai kekosongan, kerana nilai hartanah akan jatuh atau hasil sewa akan berkurang, adalah kesan yang perlu berlaku jika kita mahu membetulkan pasaran rumah dan sewa ke arah yang lebih mampan,” jelasnya.

    Walau bagaimanapun, Theebalakshmi turut membangkitkan satu cabaran untuk melaksanakan cukai kekosongan, iaitu kemampuan kerajaan untuk melaksanakan pemantauan.

    Ketika ini, kata beliau, tidak ada tinjauan berkala diadakan untuk memantau kediaman yang kosong.

    Maka, jika cukai ini mahu dilaksanakan, kerajaan perlu menyediakan sumber logistik untuk memastikan pemantauan yang mencukupi.

    “Walaupun penting untuk menangani cabaran yang ada, ia tidak seharusnya menafikan keperluan untuk mengatasi isu yang ada dalam pasaran rumah dan sewa,” kata Theebalakshmi. – RELEVAN

    featured hartanah Institut Penyelidikan Khazanah kewangan rumah
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.