Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

    Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LAMBAKAN rumah kosong boleh mengundang aktiviti jenayah ke kawasan kejiranannya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan membangkitkan tentang rumah tak terjual di Malaysia yang mencecah puluhan ribu unit. Selain daripada itu, ada lagi isu yang perlu dibangkitkan, iaitu rumah yang tidak didiami.

    Bancian MyCensus 2020 mendapati, terdapat 1.8 juta atau 19.4 peratus unit rumah tidak didiami.

    Ini menimbulkan masalah pembaziran sumber kerana kediaman itu, atau sekurang-kurangnya tapak kediaman itu (jika didirikan rumah yang lebih mampu milik) boleh menjadi tempat berteduh untuk banyak keluarga.

    Merujuk artikel Curbing Overhang and Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran, Relevan kemukakan kepada anda data-data dan faktor ia berlaku.

    Spekulasi hartanah

    Menurut Theebalakshmi, punca utama kekosongan kediaman di Malaysia adalah sama ada kediaman tersebut baru siap atau sedang menunggu untuk disewa atau dibeli. Selain itu, terdapat juga kediaman yang dijadikan resort percutian atau lokasi transit.

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    Untuk kediaman yang baru siap atau menunggu sewaan dan belian, ia berkemungkinan diperolehi untuk pelaburan atau tujuan spekulatif. Maknanya, rumah itu memang bukan dibeli untuk didiami pun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

    Pembeli membeli unit tersebut untuk dijual dengan harga lebih tinggi atau dijadikan sewaan. 

    Tiada data tepat untuk mengesahkan dakwaan itu tetapi Theebalakshmi mempunyai asas untuk membuat dakwaan sedemikian.

    Kata beliau, kadar kekosongan kediaman meningkat dengan ketara sejak 1970. Pada dekad itu, kekosongan hanya 9.5 peratus sebelum ia meningkat sehingga 19 peratus pada 2020.

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    Data juga menunjukkan kadar kekosongan kediaman sedikit berkurang pada 2010, sebelum meningkat semula selepas 10 tahun. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiga langkah untuk kerajaan bela penyewa rumah dan bilik, jangan biar mereka terus dibuli

    “Ini juga seiring dengan pengenalan pelbagai skim pembiayaan untuk meningkatkan kemampumilikan pada tempoh itu, bersama dengan permintaan spekulatif.

    “Faktor-faktor ini kemudiannya menyebabkan peningkatan mendadak harga rumah,” kata Theebalakshmi.

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    Sehubungan itu, kata beliau, adalah penting untuk dibangkitkan isu tersebut bagi memastikan penggunaan sumber perumahan yang baik dan menggalakkan pasaran perumahan yang cekap.

    Kesan berantai

    Pengguna yang membeli banyak rumah, atau mungkin hanya satu rumah, dengan niat untuk membuat spekulasi dalam pasaran perumahan sebenarnya telah menidakkan peluang untuk pengguna lain mendapatkan rumah.

    Lebih-lebih lagi jika usaha spekulasinya tidak berhasil, rumah tersebut dibiarkan kosong tanpa digunakan. Ia membazirkan sumber.

    Tambahan lagi, jelas Theebalakshmi, kediaman yang kosong turut memberi kesan kepada penggunaan sumber dan pembangunan kejiranan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa?

    Kata beliau, kediaman yang kosong menyebabkan sumber awam seperti perkhidmatan pengangkutan (LRT, MRT, bas), taman awam dan dewan orang ramai tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

    “Kemudahan-kemudahan ini tidak digunakan pada sepenuh potensinya kerana populasi sasaran tidak berpindah masuk ke kawasan tersebut. Ini merugikan sumber awam.

    “Contohnya, kemudahan seperti pengangkutan awam gagal menjana pendapatan secukupnya yang mungkin diperlukan untuk kos penyelenggaraan. Kesannya, kemudahan tidak diselenggara atau pihak berkuasa perlu berbelanja untuk penyelenggaraannya,” katanya.

    Malah, kata Theebalakshmi, kediaman yang kosong juga menyebabkan pemaju perumahan dan perniagaan tidak berminat untuk melabur di kawasan tersebut.

    Apabila penduduk tidak ramai, pastilah perniagaan berwaspada untuk membuat pelaburan. Potensi pelanggannya kurang, mereka juga tidak mahu rugi.

    Beliau turut membangkitkan Teori Tingkap Pecah (Broken-Window Theory), teori yang menjangkakan kegiatan jenayah akan berlaku di kawasan yang dilihat seperti ‘kawasan jenayah’.

    “Kediaman yang terbengkalai boleh menarik aktiviti tidak sihat dan memburukkan keadaan keseluruhan di kawasan tersebut,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja
    Next Article Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.