Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    By September 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JANGKA hayat perempuan di Malaysia dijangka lebih tinggi berbanding lelaki. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    JIKA anda menyambut kelahiran bayi perempuan pada tahun ini, mereka dijangka hidup, mengikut statistik, sehingga 77.4 tahun. Jika bayi lelaki, usia mereka dijangka mencecah sehingga 72.5 tahun.

    Itu merupakan antara dapatan dari penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2021-2023 oleh Jabatan Perangkaan yang mengandungi jadual hayat ringkas mengikut kumpulan umur, kumpulan etnik dan jantina di Malaysia dan negeri bagi tahun 2021 hingga 2023.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara puratanya bayi yang lahir pada 2023 dijangka hidup sehingga 74.8 tahun.

    Ini berdasarkan data-data berkaitan jumlah kematian yang dicatatkan pada 2023.

    Pada 2023, statistik jumlah kematian bertambah baik berbanding 2021 dan 2022 yang mencatatkan lebihan kematian disebabkan pandemik Covid-19.

    Dari segi pecahan umur, menurut Mohd. Uzir, seorang lelaki yang mencapai umur 15 dan 60 tahun pada 2023 masing-masing dijangka hidup selama 58.3 tahun dan 18.3 tahun lagi. 

    Ini bermakna, lelaki yang berumur 15 tahun pada 2023 dijangka hidup sehingga 73.3 tahun manakala lelaki berumur 60 tahun dijangka hidup sehingga 78.3 tahun.

    “Sebaliknya, wanita dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup selama 63.1 tahun dan 21.1 tahun lagi, menghasilkan jangka hayat masing-masing 78.1 tahun dan 81.1 tahun,” katanya dalam kenyataan pada 26 September.

    Dari segi kumpulan etnik pula, Cina mencatatkan jangkaan hayat tertinggi ketika lahir pada 2023, iaitu sehingga 77 tahun.

    Jangkaan hayat ketika lahir pada 2023 terendah pula dicatatkan kumpulan etnik India, iaitu sehingga 71.4 tahun.

    Mengikut negeri dan daerah pentadbiran

    Kata Mohd. Uzir, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi tempoh 2021 hingga 2023 dicatatkan di Selangor, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tempoh sama.

    Katanya, terdapat lima negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

    Penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2021-2023 juga buat pertama kali membentangkan jangkaan hayat ketika lahir mengikut jantina bagi 156 daerah pentadbiran di Malaysia.

    Jelas Mohd. Uzir, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut daerah pentadbiran bagi tahun 2023 dicatatkan di Petaling, Selangor pada 80.5 tahun manakala Samarahan, Sarawak mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2022 (79.6 tahun) dan 2021 (79.8 tahun).

    “Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2023 (62.8 tahun) dan 2022 (63.2 tahun) manakala Kuala Penyu, Sabah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2021 (64.2 tahun).

    “Secara keseluruhan, 31 daripada 156 daerah melepasi jangka hayat di peringkat nasional. Jangka hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki adalah di Petaling, Selangor (78.9 tahun) dan perempuan di Kalabakan, Sabah (82.8 tahun),” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured jangka hayat kesihatan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.