KU SYAFIQ KU FOZI

SAYA datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun ini dengan mentaliti yang lebih luwes dan fleksibel. Tidak ada senarai buku yang mahu dibeli mahupun belanjawan khusus. Sikap ini tidak patut dicontohi tetapi sekali-sekala, saya juga mahu rasa sedikit perasaan berbelanja tanpa pedoman seperti orang kaya walaupun hakikatnya saya tak banyak duit. Ada 10 buku yang saya beli tahun ini dalam kunjungan pertama pada 30 Mei. Kalau ada kunjungan kedua atau seterusnya, jumlahnya mungkin bertambah. Kita tengok nanti macam mana. Jika tahun lepas saya berkongsi reruai pilihan Relevan, tahun ini saya cuma mahu berkongsi buku-buku yang saya beli. Mana…

Read More

ADA satu eksperimen yang sangat popular dalam dunia psikologi, iaitu Stanford Marshmallow Test. Dalam eksperimen ini, sekumpulan kanak-kanak diberikan pilihan sama ada mahu makan seketul marshmallow atau tunggu selama 15 minit untuk dapat seketul lagi marshmallow. Setiap kanak-kanak itu dijejak perkembangan hidupnya dan pencapaian mereka diukur, baik dari segi pendidikan, kesihatan, kerjaya dan kemahiran sosial. Hasil eksperimen ini mendapati, kanak-kanak yang sanggup menunggu untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar lebih berjaya dalam hidup mereka. Eksperimen ini popular kerana ia menjelaskan manfaat kepuasan tertangguh (delayed gratification). Jika anda sanggup bersabar untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, anda mempunyai prospek kejayaan yang…

Read More

HARI ini tidur pukul 10 malam, bangun 6 pagi. Esok pula tidur 3 pagi, bangun 12 tengah hari.  Kitaran tidur tidak tentu sebegini mungkin dianggap normal, terutamanya untuk orang muda yang banyak aktiviti setiap hari. Namun, jangan dipandang ringan risiko kesihatannya. Dalam sebuah kajian, kitaran tidur tak tentu dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam tempoh tujuh tahun. Kajian oleh Matthew Pase dari Universiti Monash di Melbourne, Australia itu mendapati, waktu masuk dan bangun tidur yang tidak menentu menyebabkan proses fisiologi tubuh hilang kesegerakan (sync). Melalui rekod dalam pangkalan data UK Biobank, tabiat tidur 88,975 orang berumur antara 40…

Read More

ANTARA asas pengurusan kewangan peribadi yang sering diulang-ulang ialah membina simpanan namun ia bukan mudah. Baik faktor disiplin diri atau paras gaji yang rendah, ramai yang bergelut untuk membina simpanan yang kukuh. Akhirnya, ramai yang hanya bergantung kepada simpanan wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di usia tua. Membina simpanan itu sukar kerana tidak ramai yang menguasai teknik menguruskan kewangan peribadi melalui bajet. Dengan bajet yang berkesan dan tepat, pengurusan kewangan anda lebih lancar dan cekap. Namun, persoalannya, bagaimana mahu disiplinkan diri mengikut bajet yang telah dibuat? Relevan kongsikan enam helah kewangan untuk anda lebih berdisiplin dan dapat menyimpan dengan…

Read More

ADA perbincangan hangat tentang kedudukan bahasa Melayu dalam media sosial. Ia sedikit sebanyak menyerlahkan realiti bahawa di mata sesetengah rakyat Malaysia, bahasa Melayu sekadar sebuah bahasa. Tidak ada kebanggaan nasional atau rasa kasih patriotik terhadap bahasa itu. Malah kepentingannya dipandang enteng: siapa mahu guna, dia guna; siapa tak mahu, itu hak dia. Seperti lazimnya perbincangan orang awam dalam ruang internet, ia bercelaru, penuh falasi dan berpandukan emosi. Jarang kita nak dapat penyelesaian tuntas melalui perbincangan media sosial. Dalam artikel ini, Relevan mahu mengajak anda menilik sejarah tentang bahasa Melayu. Ini kisah yang berlaku 56 tahun lalu. Kisah ini kekal menjadi peristiwa…

Read More

SETIAP minggu kita lihat ada konsert atau acara muzik yang dijalankan. Baik sekecil-kecil gig bawah tanah berharga RM20 sehingga konsert artis antarabangsa dengan tiket ribuan ringgit, acara muzik mendapat permintaan yang sangat tinggi. Acara muzik ada manfaatnya ekonominya yang tersendiri. Secara makro, acara muzik yang berskala besar boleh menarik kemasukan pelancong ke dalam negara. Ini akan memberi kesan positif kepada pendapatan dan nilai mata wang negara. Secara lebih mikro, acara muzik memberikan pendapatan kepada ramai pihak. Untuk menjayakan sesebuah acara muzik, ramai tenaga kerja yang diperlukan. Dalam artikel pertama siri Teroka Kerjaya ini, Relevan mahu memperkenalkan anda kepada kerjaya sebagai kru…

Read More

INDEKS Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi negara meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022, berbanding 2.5 peratus pada tahun sebelumnya.  Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, peningkatan itu didorong terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman yang meningkat kepada 5.8 peratus; restoran dan hotel (5.0 peratus); pengangkutan (4.7 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.5 peratus). Kata beliau, kumpulan makanan dan minuman mencatatkan peningkatan berbanding 1.7 peratus pada 2021 dengan 90 peratus barangan makanan mencatatkan kenaikan harga. Kumpulan makanan dan minuman merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia dengan sumbangan 29.5 peratus daripada wajaran…

Read More

SAMBUTAN Hari Guru tahun ini disambut dengan pengumuman 10 inisiatif bagi memperkasa kebajikan guru oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Berasaskan tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”, inisiatif tersebut disusun bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif serta memelihara emosi, fizikal dan intelektual guru-guru. Fadhlina dalam satu hantaran Facebook turut berkata, inisiatif itu berinspirasi daripada wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan pendidikan menjadi hak dari lahir untuk setiap anak-anak Malaysia. Kata beliau, bagi menjayakan wawasan tersebut, ekosistem pendidikan terbaik perlu dibangunkan dengan menepati apa yang digariskan dalam rukun MADANI. “Saya percaya komponen utamanya adalah guru-guru insani yang…

Read More

KELUARAN Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 7.1 peratus pada suku tahun sebelumnya.  Secara bulanan, prestasi ekonomi negara berkembang sederhana sepanjang suku tahun pertama dengan pertumbuhan 4.6 peratus pada Januari, 6.6 peratus pada Februari dan 5.6 peratus pada Mac. Berbanding negara lain dalam rantau Asia Tenggara, ekonomi Malaysia bertumbuh lebih baik berbanding beberapa negara jiran. Sebagai contoh, Singapura dijangka mengalami pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sama manakala KDNK Indonesia kekal meningkat 5.0 peratus. Prestasi ekonomi Vietnam dan Filipina pula masing-masing meningkat 3.3 peratus dan 6.4 peratus. Bagi memahami punca prestasi ekonomi negara yang…

Read More

PENDUDUK Malaysia pada suku tahun pertama 2023 dianggarkan 33.2 juta, meningkat 1.6 peratus berbanding 32.6 juta pada suku tahun pertama 2022. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah itu merangkumi 30.4 juta (91.7 peratus) warganegara dan 2.8 juta (8.3 peratus) bukan warganegara. Kata beliau, kenaikan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara. “Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun pertama 2022 manakala perempuan meningkat daripada 15.5 juta kepada 15.7 juta bagi tempoh yang sama. Secara keseluruhan, nisbah jantina adalah 111 lelaki bagi setiap…

Read More