KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya diumumkan hari ini. Bagi sesetengah calon, ia mungkin menjadi detik yang membanggakan. Namun, tidak dinafikan ada juga yang berasa kecewa atau merasakan keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kalau anda berada dalam situasi itu, penting untuk tahu satu perkara. Keputusan yang anda terima hari ini bukanlah penamat segalanya. Malah, anda masih mempunyai peluang untuk menyemak semula keputusan jika merasakan ada kesilapan atau ketidaktepatan dalam pemarkahan. Boleh semak semula keputusan SPM? Ya, calon dibenarkan untuk memohon semakan semula keputusan peperiksaan. Namun begitu, sebelum membuat keputusan, anda perlu faham bahawa proses ini datang dengan risiko…
Umi Fatehah
RAMADAN bukan hanya mengenai lapar dan dahaga tetapi ia bulan tarbiah. Bulan yang membentuk hati, memperkemas akhlak dan membentuk peribadi mulia. Di tengah kesibukan majlis berbuka puasa yang mewah dan penuh juadah, muncul satu suasana yang lebih tenang, lebih mendalam maknanya iaitu Iftar Murabbi. Dalam usaha memupuk nilai kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah, program Iftar Murabbi dan Iftar Jamae dianjurkan sebagai aktiviti khas sepanjang Ramadan. Menurut Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Abd Rashid Zainal Iftar Murabbi menjadi wadah integrasi di antara pihak sekolah, guru, murid serta ibu bapa dalam menyemarakkan Ramadan melalui pengisian yang bersifat kerohanian,…
SELEPAS beberapa minggu membuat persiapan raya, tidak dapat dinafikan ramai yang terasa kesan perbelanjaan apabila Syawal berlalu. Duit banyak dihabiskan untuk membeli baju raya, menyediakan juadah, memberi duit raya kepada kanak-kanak dan kos perjalanan pulang ke kampung. Semasa membuat persiapan, semua perbelanjaan itu mungkin terasa berbaloi kerana ia sebahagian daripada tradisi dan kegembiraan menyambut Hari Raya. Namun apabila kembali kepada rutin harian, ada yang mula menyedari baki wang dalam akaun semakin berkurangan. Situasi ini sebenarnya sangat biasa. Apa yang penting ialah bagaimana seseorang menguruskan kewangan selepas musim perayaan supaya keadaan tidak menjadi lebih tertekan. Berikut beberapa langkah mudah yang boleh…
“KENAPA rasa macam tak sedap badan lepas perjalanan jauh walaupun kita rasa dah makan?” Lepas perjalanan jauh balik kampung, badan kita biasanya dah letih, kurang tidur, banyak minum kopi untuk kekal segar dan duduk lama dalam kereta. Walaupun hati seronok jumpa keluarga, badan sebenarnya masih cuba menyesuaikan diri. Menurut pakar diet Farmasi Alpro, Farhanna Amira, badan kita ada jam dalaman yang mengawal tidur, tenaga dan cara badan memproses makanan. Bila rutin berubah semasa beraya di kampung, jam badan ini boleh jadi sedikit tak selari dan membuatkan paras gula kadang-kadang jadi lebih mudah naik dan turun. Apa jadi pada paras gula?…
SETIAP kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan orang membayangkan suasana pulang ke kampung halaman, beramah mesra bersama saudara-mara, hidangan raya di atas meja dan gelak tawa keluarga. Namun realitinya, tidak semua orang berpeluang pulang beraya. Ada yang terpaksa bekerja, tinggal jauh di luar negeri dan tidak kurang juga berhadapan kekangan kewangan atau komitmen lain. Walaupun situasi ini boleh membuatkan seseorang berasa sedih atau terasing, ia tidak bermakna sambutan raya tidak boleh diraikan dengan cara yang bermakna. Dengan sedikit usaha dan perspektif yang berbeza, Syawal masih boleh disambut dengan penuh semangat walaupun tidak berada di kampung halaman. Kekalkan tradisi walaupun dalam…
SETIAP kali musim perayaan, jutaan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Malah. Aidilfitri minggu ini adalah masa perjalanan balik kampung paling besar di negara yang mempunyai hampir 70 peratus penduduk Islam. Ada yang lebih bernasib baik akan menempuh perjalanan antara satu dan dua jam. Tidak kurang yang perlu memandu lebih daripada lapan jam berikutan kesesakan trafik. Perjalanan jauh boleh meletihkan, lebih-lebih lagi dengan kesesakan jalan, cuaca panas dan tempoh memandu panjang. Keletihan melampau juga boleh menjejaskan fokus pemandu. Penting untuk mereka yang memandu untuk membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Berikut langkah mudah yang boleh membantu anda…
MUSIM beraya sememangnya sangat meriah. Rumah dipenuhi ahli keluarga daripada dua hingga tiga generasi, juadah istimewa dan mencipta kenangan. Kadang-kadang ada juga cabarannya. Sama ada makcik-makcik cerewet, penceramah dan pengkritik tak berlesen yang membuatkan kita tertekan. Nasib baik, ada cara untuk melalui semua ini dengan tenang sambil tetap berseronok meluangkan masa bersama keluarga. Dengan strategi mudah, ‘secubit’ gurauan dan mungkin ‘setangki’ kesabaran, Raya boleh jadi menyeronokkan walaupun berdepan saudara banyak songeh. Ubah cara kita respon Kita perlu faham dan ingat satu perkara penting. Cara mereka bercakap dan apa yang dicakapkan, kita tidak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah dan mengawal…
ZAMAN remaja ialah waktu kita mula belajar tentang diri sendiri. Kita mula ada minat, cita-cita dan pandangan sendiri. Tetapi dalam banyak keadaan, keputusan masih dibuat oleh ibu bapa, guru atau sekadar ikut pilihan kawan. Tidak salah meminta pandangan. Namun, jika terlalu bergantung pada orang lain, kita mungkin sukar berdiri sendiri apabila dewasa nanti. Sebab itu, belajar membuat keputusan sejak remaja sangat penting. Fasa mencari identiti Menurut ahli psikologi Erik Erikson, remaja berada dalam fasa mencari identiti diri. Pada usia ini, seseorang mula mengenal segalanya tentang diri sendiri seperti minat, perkara yang kurang disukai serta nilai dan prinsip. Jika semua keputusan…
GARAM bukan sahaja berfungsi sebagai perasa masakan malah memainkan peranan penting dalam diet harian. Tubuh memerlukan sodium untuk membantu fungsi saraf, otot serta mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Namun pengambilannya perlu dikawal. Menurut WebMD, tubuh manusia hanya memerlukan kira-kira 1,500 miligram sodium sehari. Namun secara purata, rakyat Amerika mengambil sekitar 3,400 miligram sehari iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang disarankan. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko strok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui jika tubuh sedang ‘overdose’ garam? Sentiasa berasa sangat dahaga Jika anda sering berasa sangat dahaga, ia mungkin petanda tubuh menerima terlalu banyak…
UMAT Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selepas sebulan berpuasa. Apabila tibanya Syawal, pelbagai perkara dinanti-nantikan seperti hidangan istimewa yang hanya muncul setahun sekali, peluang bertemu dan mengeratkan semula hubungan dengan saudara-mara dan rakan. Namun untuk kebanyakan orang, ada satu lagi tradisi yang tidak kurang meriah – pemberian duit raya. Bagi kanak-kanak, duit raya menjadi perkara paling ditunggu-tunggu ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Tetapi untuk golongan dewasa pula, persoalan yang sering timbul ialah berapa jumlah duit raya yang wajar diberikan? Pandangan sudut Islam Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat…

