Umi Fatehah

KITA kini berada dalam fasa revolusi kerja kerana sejak pengenalan kecerdasan buatan (AI), ramai pakar meramal ada beberapa jenis bidang akan pupus dek kepintaran AI.  Tidak dinafikan, AI sangat membantu untuk memudahkan kerja. Tetapi sekiranya teknologi ini semakin canggih dan kebergantungan manusia terhadapnya juga meningkat, apa akan jadi kepada peluang pekerjaan? Walau bagaimanapun, tidak semua pekerjaan mampu digantikan oleh AI. Malah di Sweden iaitu negara yang terkenal dengan teknologi inovatif, pekerjaan tertentu akan sentiasa memerlukan sentuhan manusia.  Berikut adalah beberapa pekerjaan yang tidak akan pupus dimamah kepintaran teknologi AI. Guru dan pensyarah Proses pembelajaran adalah satu aspek penting dalam kehidupan…

Read More

UMAT Islam yang berpuasa sepanjang Ramadan perlu menahan diri daripada makan dan minum bermula sebelum terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari.  Ia mungkin menjadi bulan yang sibuk kerana inilah masanya kita mengambil peluang untuk memperbanyak ibadah di samping menyelesaikan tugasan hakiki yang lain. Selain itu, pasti ramai yang akan sibuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri kelak. Meskipun memenatkan, kita masih perlu bersenam demi menjaga kesihatan. Menurut pakar nutrisi dari Ontario, Anar Allidina, waktu terbaik untuk bersenam di bulan Ramadan adalah sebelum berbuka puasa. Sekiranya jadual terlalu sibuk dan tidak sempat bersenam sebelum berbuka, Allidina mencadangkan supaya bersenam sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.…

Read More

ADAKAH anda salah seorang penerima insentif eMADANI sebanyak RM100? Sekiranya anda belum menggunakan atau belum menghabiskan semua kredit eMADANI, belanjakan kredit anda sekarang jika anda tidak mahu kehilangan peluang untuk berbelanja secara ‘percuma’! Kredit eMADANI ditetapkan untuk tamat tempoh pada 11.59 malam pada 29 Februari 2024. Sebarang baki kredit yang tidak digunakan akan ‘hilang’ atau diambil semula daripada mana-mana platform e-dompet yang digunakan untuk menebus kredit tersebut. Inisiatif eMadani pada asalnya dilancarkan pada 4 Disember 2023 dengan matlamat untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.  Permohonan untuk kredit percuma ini telah ditutup…

Read More

LEBIH kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Ramadan tiba. Pasti ramai umat Islam seluruh dunia tertunggu-tunggu tibanya bulan mulia ini kerana inilah masanya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda. Selain menahan lapar, dahaga dan nafsu, mungkin beberapa individu yang mengalami satu lagi cabaran tambahan disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik.  Umumnya, individu yang menghidap gastrik dan penyakit ulser peptik (PUD) akan mempunyai pelbagai persoalan mengenai keadaan kesihatan dan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan.  Pengalaman dan kajian perubatan menunjukkan bahawa puasa boleh membawa kepada komplikasi yang tidak diingini kerana paras asid meningkat semasa perut kosong.   Oleh itu,…

Read More

SATU soalan kepada para pencari kerja sekalian, berapa iklan yang anda jumpa menyatakan jumlah atau julat gaji yang ditawarkan untuk jawatan tersebut? Pasti anda perasan ada beberapa iklan yang tidak menyatakan jumlah gaji yang ditawarkan, betul?  Perkara ini tidak dinafikan sememangnya menjengkelkan kerana anda sudah berminat dengan syarikat, jawatan itu tetapi gaji pula tidak dinyatakan. Mengapa perkara ini berlaku? Pada dasarnya, majikan mahukan calon yang pelbagai tetapi julat gaji mungkin membuatkan calon berkelayakan tinggi tidak mahu memohon kerja dengan mereka. Selain itu, mungkin ada beberapa calon terpaku pada julat gaji tertinggi meskipun mereka kurang berkelayakan dari segi pengalaman dan kemahiran…

Read More

DALAM artikel sebelum ini, Relevan menceritakan tentang individu di sebalik Kejar Kerjaya iaitu Syaza Nazura. Kejar Kerjaya merupakan sebuah platform yang banyak membantu bukan sahaja graduan baharu tetapi juga individu lain untuk merancang laluan kerjaya masing-masing. Resume bukan satu-satunya perkara yang perlu disediakan untuk mencari kerja. Sekiranya anda sudah mempunyai resume yang kukuh tetapi tidak tahu apakah jenis pekerjaan ingin diceburi, susah juga. Jadi, untuk menyelesaikan persoalan jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan keinginan dan kelayakan, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lalui sebelum menemui jawapannya. Menurut Syaza, langkah pertama perlu dilakukan sebelum menentukan jenis kerjaya yang ingin diceburi ialah penerokaan…

Read More

BOLEH kata, hidup sebagai seorang dewasa bermula apabila kita melangkah masuk ke alam kerjaya. Kitaran hidup berkerjaya pula tidak semudah seperti menyediakan resume, mencari kerja, hadir ke temu duga dan mula bekerja.  Benar, apa yang disebutkan di atas ialah fasa yang perlu dihadapi untuk mula bekerja tetapi terdapat banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan seperti minat, kemahiran, kelayakan, gaji dan sebagainya.  Bila sudah mula bekerja, muncul pula situasi-situasi yang membuatkan kita berada dalam dilema. Persekitaran toksik, tiada perkembangan kerjaya, sudah mula hilang minat atau sebenarnya tidak tahu pun apa yang kita minat. Graduan baharu terutamanya banyak mengalami situasi yang disebutkan…

Read More

BERMINAT untuk memulakan kerjaya di luar negara? Sebagai pencari kerja, jangan anggap batas geografi menjadi halangan kepada perkembangan kerjaya. Bekerja di luar negara boleh dilihat sebagai aset berharga kepada prospek kerjaya anda. Walau bagaimanapun, anda mesti tahu bahawa pilihan untuk bekerja di luar negara ada banyak perkara yang perlu difikir dan diselesaikan. Mencari pekerjaan di luar negara boleh menjadi misi yang sukar.  Proses dan perkara yang perlu diambil kira tidak sama seperti anda merancang untuk bercuti ke luar negara. Menurut Jobstreet, berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda mempunyai perancangan untuk bekerja di negara lain. Fikirkan mengapa anda…

Read More

ANDA tidak akan rasa seronok bekerja sepanjang masa, itu realiti kehidupan. Akan ada hari anda rasa seperti tidak bermotivasi, tertekan atau sudah tidak mahu bekerja lagi.  Perkara ini sangatlah normal kerana kita hanya seorang manusia, mempunyai kudrat terbatas dan emosi yang berubah-ubah. Namun, pada hari motivasi bekerja hilang, sangat mencabar untuk menyelesaikan tugasan harian. Ini boleh menimbulkan bimbang – mungkin rakan sekerja akan marah atau lebih teruk lagi, kita boleh dibuang kerja. Sebelum situasi ini semakin berlarutan, ikuti tujuh petua di bawah untuk meningkatkan motivasi agar tanggungjawab kerja dapat dilangsaikan. Rehat Walaupun ada banyak kerja perlu diselesaikan, kita tetap perlu…

Read More

CUBA lihat dinding di sekeliling rumah, ada nampak tompokan kulat? Kalau ada, jangan biar dinding anda dalam keadaan sebegitu.  Mungkin anda belum mahu membersihkan atau mengecat semula dinding yang berkulat kerana ia melibatkan kos. Tetapi, tahukah anda kulat-kulat di dinding itu sebenarnya membahayakan kesihatan? Kesan berbahaya terdedah kepada kulat (terutamanya kulat toksik) boleh muncul beberapa tahun kemudian. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis kulat berbahaya dan simptom terdedah kepada kulat. Jenis-jenis kulat Kulat alergen Kulat alergen kebiasaannya tidak berbahaya terutamanya jika tidak terlalu terdedah. Namun, kulat jenis ini memberi kesan teruk kepada mereka yang mempunyai alahan dan masalah…

Read More