Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    By Umi FatehahApril 29, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling. - GAMBAR HIASAN YOGENDRA SINGH/UNSPLASH

    BARU ditegur sedikit, terus naik suara. Baru diuji sikit, terus rasa nak marah satu dunia.

    Sifat mudah baran mungkin nampak normal, alasannya emosi terganggu atau dikatakan amarah biasa sahaja. Tetapi jika tidak dikawal, ia boleh merosakkan hubungan, menjejaskan kerjaya malah memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal.

    Menurut American Psychological Association, kemarahan adalah emosi semula jadi. Namun, cara kita menguruskan kemarahan itulah yang menentukan sama ada ia menjadi sesuatu yang sihat atau sebaliknya.

    Jadi, jika anda sering rasa cepat marah, ini antara cara yang boleh membantu mengawalnya.

    1. Kenal pasti punca sebenar kemarahan

    Ramai orang ingat mereka marah kerana perkara kecil tetapi hakikatnya punca sebenar mungkin lebih dalam. Contohnya tekanan kerja, kurang tidur, masalah kewangan atau rasa tidak dihargai.

    Kajian oleh Mayo Clinic menjelaskan bahawa kemarahan sering kali hanyalah lapisan luar kepada emosi lain seperti kecewa, takut atau tertekan. Jika anda tidak kenal punca sebenar, kemarahan akan terus berulang dalam situasi berbeza.

    1. Berhenti sekejap sebelum bertindak

    Reaksi spontan selalunya membuatkan keadaan jadi lebih buruk. Bila rasa nak marah, tarik nafas dalam-dalam, kira satu hingga 10 dan ambil masa sebelum bercakap.

    Teknik ini mungkin nampak biasa tetapi ia terbukti berkesan. Memberi ruang kepada diri sendiri walaupun beberapa saat boleh membantu otak berfikir secara rasional berbanding emosional.

    1. Belajar cara luahkan perasaan dengan betul

    Menahan marah bukan penyelesaian. Tetapi meluahkan secara kasar juga bukan jawapan.

    Cuba tukar cara komunikasi:

    Daripada: “Kau memang menyusahkan!”

    Kepada: “Saya rasa tertekan bila perkara ini berlaku”

    Pendekatan ini dipanggil komunikasi asertif – jujur tetapi tidak menyakitkan orang lain.

    1. Jaga kesihatan fizikal

    Percaya atau tidak, tubuh badan yang penat lebih mudah jadi baran. Kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan kurang bersenam boleh meningkatkan emosi negatif.

    Senaman seperti berjalan atau bersukan membantu mengurangkan hormon stres dan meningkatkan hormon gembira dalam badan.

    1. Elakkan perkara mencetuskan kemarahan

    Setiap orang ada perkara yang mudah mencetuskan kemarahan. Contohnya, kesesakan lalu lintas, orang lambat atau situasi tempat kerja tertentu.

    Jika anda sudah tahu pencetus kemarahan sendiri, cuba elakkan situasi tersebut (jika boleh) dan tukar cara respon terhadap situasi itu.

    1. Belajar untuk memaafkan

    Salah satu punca utama kemarahan berpanjangan ialah dendam. Memendam perasaan marah terhadap orang lain hanya akan memakan diri sendiri.

    Menurut Cleveland Clinic, memaafkan bukan bermaksud melupakan kesalahan tetapi melepaskan beban emosi yang kita tanggung.

    1. Dapatkan bantuan jika perlu

    Perhatikan sekiranya anda mempunyai simptom berikut:

    • Selalu hilang kawalan
    • Menyakiti orang sekeliling dengan kata-kata atau tindakan
    • Menyesal selepas marah tetapi mengulanginya semula

    Mungkin sudah tiba masa untuk mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau ahli psikologi.

    Ini bukan tanda lemah tetapi langkah untuk memperbaiki diri. – RELEVAN

    Previous ArticleSendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    Next Article Risiko guna telefon sambil makan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.