Umi Fatehah

MEMILIKI rumah sendiri merupakan salah satu impian yang setiap daripada kita ingin capai. Segala cabaran dan penat lelah dalam menguruskan pembelian rumah akhirnya berbaloi ketika menerima kunci rumah. Namun, perbelanjaan berkaitan memiliki rumah tidak terhenti pada saat anda menandatangani kontrak gadai janji (mortgage).  Bagi yang pertama kali bergelar pemilik rumah, segala kos-kos yang berkaitan dengan pemilikan rumah pasti kelihatan menakutkan dan membebankan.  Ya, pinjaman perumahan anda diluluskan, tetapi masih terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Jadi, pemilik rumah perlu bijak merancang bajet dan strategi simpanan selepas membeli rumah supaya boleh terus mengukuhkan keadaan kewangan dan tidak terjerumus ke dalam hutang.…

Read More

MENJELANG pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini, Relevan mengimbas kembali apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022 bagi sektor pekerjaan. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan mata pencarian rakyat. Menurut beliau, kadar pengangguran telah meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020. Ia menurun dengan sederhana pada Ogos 2021 iaitu dengan kadar 4.6 peratus. Kira-kira hampir 750,000 rakyat yang menganggur perlu dibantu pada waktu itu. Melihat kepada data yang terkini, kadar pengangguran menunjukkan penurunan yang berturut-turut selama 12 bulan iaitu kepada 3.7 peratus pada Julai 2022…

Read More

SECARA purata, kita banyak menghabiskan masa di tempat kerja maka, persekitaran positif amatlah diperlukan untuk kesihatan mental dan motivasi bekerja. Mungkin ada beranggapan gaji yang besar adalah penentu kebahagian pekerja, tetapi hakikatnya persekitaran positif sangat diperlukan. Namun, tidak semua orang bertuah dapat bekerja dalam persekitaran positif sehingga terpaksa berdepan suasana toksik yang akhirnya memberi kesan negatif kepada emosi dan prestasi kerja. ARTIKEL BERKAITAN:. Akan tetapi, sekiranya mahu mencari tempat kerja yang tiada manusia toksik, ia hampir mustahil.  Seperti manusia, persekitaran kerja juga tiada yang sempurna. Jadi, mahu atau tidak mahu, kita perlu menghadapi dan menangani suasana kerja toksik jika ia…

Read More

RAMAI yang bergantung kepada kad kredit untuk membayar segala komitmen dan keperluan hidup disebabkan kekurangan wang tunai.  Tetapi, tahukah anda cara ini hanya menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek tetapi akan memberi masalah yang lebih besar pada masa akan datang? Terlalu banyak hutang kad kredit boleh menyebabkan pembayaran faedah mencecah ribuan ringgit. Selain itu, matlamat kewangan seperti simpanan untuk hari tua juga tertangguh. Hutang kad kredit yang terlalu banyak juga mungkin merosakkan skor kredit anda. Namun, hutang kad kredit boleh dielakkan, selagi anda mengekalkan tabiat perbelanjaan yang baik dan pembayaran semula pada waktu yang ditetapkan boleh mengelakkan daripada lambakan masalah…

Read More

INFLASI merujuk kepada ukuran kadar kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi. Peningkatan harga barangan keperluan asas seperti makanan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat. Inflasi boleh berlaku dalam hampir mana-mana barangan atau perkhidmatan, termasuk perbelanjaan berasaskan keperluan seperti makanan, rumah, perubatan dan utiliti serta perbelanjaan kemahuan seperti kosmetik, kereta dan barang kemas.  Dalam tempoh inflasi ini, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengubah cara menguruskan kewangan bagi membantu melindungi nilai tunai dan simpanan. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Tetapi dengan membuat perubahan cara berbelanja dan tingkatkan simpanan wang, besar kemungkinan anda akan mengharungi…

Read More

BELAKANGAN ini, tawaran menyambung pelajaran ke universiti awam bagi peringkat ijazah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.  Paling mengejutkan, ada segelintir pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dimohon melalui sistem UPU. Dalam situasi lain, ada segelintir pelajar yang berjaya mendapat tawaran. Namun, dikatakan jurusan yang ditawarkan kurang bersesuaian dengan minat mereka.  Tidak dapat dinafikan, dalam dua senario yang disebutkan di atas membuatkan ramai yang tertanya-tanya. Bagaimanakah sebenarnya pemilihan UPU ini dilakukan sehingga keputusan cemerlang juga tidak menjamin tempat di universiti awam? ARTIKEL BERKAITAN: Kaedah pengiraan markah…

Read More

BARU-BARU ini, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan. Ada yang menerima khabar gembira dan tidak kurang juga terpaksa menelan pahit apabila tidak berjaya mendapat sebarang tawaran. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati menyebabkan mereka dalam dilema. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar jurusan? Jawapannya, ya. Akan tetapi, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing. Namun begitu, ada juga institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang tidak membenarkan pelajar untuk menukar jurusan.  Menurut Portal Kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang menerima tawaran pengajian di…

Read More

SABAN hari, masyarakat semakin cakna tentang kesesuaian kerjaya dan kelayakan akademik dengan gaji yang ditawarkan. Seperti yang sering dikongsi dalam media sosial, ramai yang mengadu bahawa gaji yang dibayar tidak setimpal dengan beban kerja dan pengalaman yang mereka ada. Kebanyakan konsultan kerjaya memberi nasihat kepada masyarakat untuk melompat kerja atau lebih dikenali sebagai job hopping.  Namun, perlu ada perancangan yang rapi sebelum melompat kerja. Contohnya, pastikan anda sudah bekerja sekurang-kurangnya  selama dua tahun di satu tempat kerja dan mempunyai cukup pengalaman untuk ‘dijual’ kepada majikan baharu. Menurut Forbes, kegiatan melompat kerja kebanyakannya berpunca daripada kurangnya peluang untuk maju dalam kerjaya…

Read More

MUTAKHIR ini, kita disajikan dengan isu mahasiswa sukar mencari rumah sewa kerana gagal mendapatkan tempat di kolej kediaman yang disediakan oleh universiti. Ada juga yang mengadu segelintir tuan rumah tidak mahu menyewakan kepada pelajar atau mengenakan deposit yang tinggi. Namun, bagi pihak penyewa pula ada sebabnya mengapa perkara ini terjadi. Menurut seorang perunding hartanah di IQI Realty, Ahmad Noor Rasydan Hamidun, sesetengah tuan rumah sudah serik mahu menyewakan kepada pelajar-pelajar universiti. Hal ini kerana sebahagian besar pelajar yang menghubunginya untuk menyewa sangat bermasalah dan tidak telus ketika berurusan.  “Ada juga yang apabila permohonan rayuan kolej diterima, terus memberitahu akan keluar…

Read More

ISU baharu dalam media sosial: pelajar universiti sukar mendapatkan rumah sewa. Sudahlah permohonan kolej ditolak, pemilik rumah pula enggan sewakan rumah kepada mereka. Kalau ada pun, sewa bulanan serta deposit yang diminta terlalu tinggi. Ada yang menuntut bayaran deposit sehingga RM 1,800 untuk rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air.  Walaupun lengkap berperabot, deposit yang dikenakan masih dikira terlalu mahal untuk disewakan kepada pelajar yang tiada sumber pendapatan tetap. Menurut seorang pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur yang mahu dikenali sebagai Aiman, caj deposit yang dikenakan segelintir pemilik rumah melebihi kemampuan pelajar. “Saya dan rakan pernah terjumpa rumah…

Read More