Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Duduk terlalu lama boleh menyebabkan slip disc? Ini penjelasannya

    Duduk terlalu lama boleh menyebabkan slip disc? Ini penjelasannya

    By Umi FatehahFebruary 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Duduk terlalu lama boleh menyebabkan slip disc? Ini penjelasannya. - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    DALAM kehidupan kerja seharian, ramai di antara kita meluangkan banyak masa duduk di meja merenung skrin komputer. Ia bukannya kerana kita mahukan gaya hidup yang begini, tetapi ini memang budaya kerja hari ini. 

    Komputer sudah seakan-akan menjadi teman sejati di tempat kerja. Ini bermakna agak sukar untuk mengelakkan daripada duduk berjam-jam menghadap komputer kerana kerja kita bergantung kepada penggunaannya. 

    Tahukah anda bahawa duduk boleh meningkatkan kemampatan pada tulang belakang sehingga 30 peratus berbanding berdiri? 

    Ini boleh membawa kepada masalah seperti sciatica (sakit, lemah dan kebas di kaki), slip disc dan sakit belakang di bahagian bawah badan. 

    Untuk mengekalkan tulang belakang yang sihat, kita perlu mencari titik keseimbangan antara memenuhi tuntutan kerja dan menjaga kesihatan tubuh badan.

    Bagaimana duduk terlalu lama boleh menyebabkan slip disc?

    Posisi atau cara kita duduk itu akan memberi tekanan kepada tulang belakang. Otot belakang kita sebenarnya cukup kuat untuk membantu menguruskan atau menghadapi tekanan ini dan duduk sekali-sekala untuk makan atau menonton filem secara amnya tidak akan menyebabkan masalah bagi kebanyakan orang. 

    Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, tekanan ini boleh menyebabkan kehausan pada dinding luar cakera di tulang belakang dan ia akhirnya boleh menyebabkan koyakan yang mengakibatkan slip disc.

    Secara umumnya, duduk dengan postur yang baik boleh membantu mengurangkan tekanan dan kecederaan pada cakera di tulang belakang. 

    Menurut artikel yang diterbitkan dalam Journal of Spine Surgery pada tahun 2018, duduk menyebabkan tekanan pada cakera tulang belakang, terutamanya apabila duduk dengan tidak tertib.

    Sebagai contoh, duduk membongkok atau bahagian atas badan bersandar tetapi bahagian bawah badan tidak bersandar.

    Postur duduk yang salah. – GAMBAR KONGA FITNESS

    Walau bagaimanapun, usia juga boleh menjadi faktor dalam meningkatkan risiko slip disc. Semakin lama seseorang itu duduk setiap hari, semakin tinggi kemungkinan dia akan mengalami slip disc.

    Simptom slip disc

    Sekiranya anda merasakan bahawa anda mungkin mengalami slip disc disebabkan tempoh duduk yang lama di tempat kerja nilai dengan teliti simptom-simptom yang dialami.

    Selain sakit belakang di bahagian bawah badan, simptom lain bagi slip disc ialah:

    • Sakit di bahagian punggung, paha atau betis
    • Sakit yang boleh digambarkan sebagai ‘mencucuk- cucuk’ atau ‘terbakar,’ terutamanya dengan pergerakan tertentu
    • Kebas atau kesemutan di bahagian bawah belakang, kawasan pinggul atau bahagian atas kaki
    • Kelemahan otot di bahagian bawah punggung, punggung, paha atau betis

    Jadi, pastikan anda duduk dengan postur badan yang betul. Jangan terlalu membongkok atau melunjur. Sekali-sekala, bangun berdiri atau berjalan buat beberapa minit. 

    Tetapkan masa seperti setiap satu jam duduk bekerja, bangun berdiri atau berjalan selama 10 hingga 15 minit untuk kurangkan tekanan pada tulang belakang akibat duduk terlalu lama. – RELEVAN

    bekerja betis duduk featured kesihatan lutut paha postur sakit belakang slip disc
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.