Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

    Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

    By Umi FatehahFebruary 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman. - GAMBAR HIASAN RESUME GENIUS/PEXELS

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan menceritakan tentang individu di sebalik Kejar Kerjaya iaitu Syaza Nazura. Kejar Kerjaya merupakan sebuah platform yang banyak membantu bukan sahaja graduan baharu tetapi juga individu lain untuk merancang laluan kerjaya masing-masing.

    Resume bukan satu-satunya perkara yang perlu disediakan untuk mencari kerja. Sekiranya anda sudah mempunyai resume yang kukuh tetapi tidak tahu apakah jenis pekerjaan ingin diceburi, susah juga.

    Jadi, untuk menyelesaikan persoalan jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan keinginan dan kelayakan, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lalui sebelum menemui jawapannya.

    Menurut Syaza, langkah pertama perlu dilakukan sebelum menentukan jenis kerjaya yang ingin diceburi ialah penerokaan diri.

    Syaza Nazura, fasilitator kerjaya. – FOTO SHIDDIEQIIN ZON

    “Di TalentCorp, kami buat program bagi membantu para siswa mengenali diri mereka untuk merangka laluan kerja. Kami percaya bahawa terdapat empat peringkat yang perlu pelajar lawati dalam proses mereka menjadi graduan yang bersedia untuk pasaran kerja.

    “Peringkat pertama dalam career roadmap ini ialah self awareness, iaitu kesedaran diri. Untuk mencari kesedaran diri, TalentCorp membangunkan platform myNext,” kongsinya.

    Jelas Syaza lagi, platform ini dibangunkan untuk membantu siswa memahami kekuatan dan kelemahan diri, membina kemahiran bahasa Inggeris dan teknologi maklumat (IT) serta membantu mereka menjalankan latihan industri di syarikat yang diinginkan.

    Dalam platform myNext, TalentCorp menyediakan ujian psikometrik. Ujian tersebut boleh menjadi alat diagnosis yang digunakan untuk mengenal pasti, meneroka kekuatan calon dan mengetahui laluan kerjaya yang paling sesuai. 

    Ia boleh membantu sesiapa sahaja – baik yang masih belajar atau sudah bekerja – untuk memahami personaliti, minat dan bakat masing-masing. Berdasarkan keputusan ujian itu, anda akan mengetahui apakah jenis kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran.

    Ujian ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur atau status pekerjaan. 

    Peringkat kedua pula ialah market awareness (kesedaran terhadap pasaran kerjaya). Kita perlu tahu jenis pasaran pekerjaan berkaitan bidang masing-masing. Kita juga perlu tahu jenis industri dan syarikat yang boleh diceburi.

    “Contohnya, bagi bidang kejuruteraan, ramai yang terfikir syarikat-syarikat besar sahaja. Tidak salah memilih bekerja di syarikat besar tetapi persaingan untuk mendapatkan tempat di syarikat itu mungkin sengit. 

    “Sebenarnya banyak lagi syarikat lain yang bersesuaian dengan kejuruteraan. Kami (TalentCorp) akan bantu pelajar mengenali pelbagai jenis syarikat lain yang bersesuaian,” katanya.

    “Peringkat yang ketiga ialah penjenamaan peribadi (personal branding) yang kukuh. Ini termasuk resume, surat pengiring (cover letter), LinkedIn dan sebagainya. 

    Jelas Syaza, personal branding ini penting kerana tanpa penjenamaan peribadi yang kuat, para majikan tidak akan tahu kekuatan anda sebagai bakal pekerja. 

    TalentCorp dan Kejar Kerjaya aktif menjalankan kursus berkaitan penjenamaan peribadi. Penjenamaan peribadi yang kukuh akan membuatkan anda lebih menyerlah berbanding calon-calon lain. 

    “Dan peringkat seterusnya, untuk memastikan para graduan bersedia untuk pasaran industri (industry-ready graduate), anda perlu mencari pengalaman. Pengalaman yang dimaksudkan tidak terhad kepada pengalaman bekerja tetapi termasuk pengalaman melakukan latihan industri, sukarelawan, dan bekerja sambilan,” tegasnya.

    Syaza juga menambah, sekiranya anda pernah berniaga kecil-kecilan atau menjadi ejen dropship, itu juga dikira sebagai pengalaman. Jadi, jangan teragak-agak untuk menyatakan setiap pengalaman bekerja dalam resume anda.

    Selepas para graduan sudah mengenalpasti apakah pengalaman bekerja masing-masing, mereka sebenarnya sudah mencapai tahap industry-ready graduate. 

    Kata Syaza, resume yang hebat bukanlah segalanya. Anda juga perlu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang kukuh. Elemen-elemen ini akan lebih menguatkan resume dan penjenamaan peribadi anda sendiri. 

    Minat vs gaji, mana lebih penting?

    Nasihat Syaza, cuba cari titik keseimbangan antara kedua-duanya. Semua orang menjalani kehidupan yang berbeza dengan komitmen yang berbeza. Untuk memilih sama ada minat atau gaji, banyak faktor perlu dipertimbangkan.

    Mungkin ada antara kita yang perlu menyara keluarga. Adik-adik pula masih di peringkat sekolah atau belajar jadi mereka memerlukan sokongan dari segi kewangan. Kita sebagai kakak atau abang berasa bertanggungjawab untuk bantu. 

    Jadi, untuk situasi di atas, mungkin ada yang perlu mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan tetapi kurang selari dengan minat dalam diri. 

    Jelas Syaza, setiap pilihan ada kebaikan dan keburukannya. Jika anda memilih situasi A, iaitu kerja yang menawarkan gaji lumayan, perlu tahu bahawa beban kerjanya juga lumayan dan setimpal dengan gaji. Kemungkinan besar, anda tidak dapat keseimbangan antara kehidupan dengan kerjaya.

    Kalau anda mahukan keseimbangan kerjaya dan kehidupan iaitu situasi B, kerja yang bersesuaian dengan minat dan jenis kehidupan diimpikan, ia mungkin tidak menawarkan gaji lumayan. Tetapi anda akan ada ruang dan masa untuk bersama keluarga atau melakukan hobi yang boleh mengurangkan tekanan kehidupan.

    “Sebelum melakukan sebarang pilihan, pastikan tahu apa yang anda mahukan. Secara realistik, tidak semua minat boleh mendatangkan wang dan wang pula penting untuk meneruskan kehidupan.

    “Kalau anda memilih situasi A, pastikan anda cuba lakukan apa-apa perkara yang boleh menggembirakan agar kehidupan tidak terlalu tertekan. Ia mungkin sukar untuk disebabkan kekangan kerja tetapi jika mampu, anda seakan-akan ‘menang’ kedua-dua gaji dan keseronokan dalam hidup,” jelasnya. – RELEVAN

    cari kerja featured gaji kejar kerjaya minat resume syaza nazura
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.