Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Iklan kerja menarik tetapi tidak paparkan gaji, apa kita patut buat?

    Iklan kerja menarik tetapi tidak paparkan gaji, apa kita patut buat?

    By Umi FatehahFebruary 26, 2024Updated:February 28, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Iklan kerja menarik tetapi tidak paparkan gaji, apa kita patut buat? - GAMBAR HIASAN RON LACH/PEXELS

    SATU soalan kepada para pencari kerja sekalian, berapa iklan yang anda jumpa menyatakan jumlah atau julat gaji yang ditawarkan untuk jawatan tersebut?

    Pasti anda perasan ada beberapa iklan yang tidak menyatakan jumlah gaji yang ditawarkan, betul? 

    Perkara ini tidak dinafikan sememangnya menjengkelkan kerana anda sudah berminat dengan syarikat, jawatan itu tetapi gaji pula tidak dinyatakan.

    Mengapa perkara ini berlaku? Pada dasarnya, majikan mahukan calon yang pelbagai tetapi julat gaji mungkin membuatkan calon berkelayakan tinggi tidak mahu memohon kerja dengan mereka.

    Selain itu, mungkin ada beberapa calon terpaku pada julat gaji tertinggi meskipun mereka kurang berkelayakan dari segi pengalaman dan kemahiran menyebabkan syarikat mungkin membayar calon kurang tepat dengan gaji yang terlalu tinggi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

    Dalam situasi lain, anda betul-betul berminat dengan iklan kerja tersebut meskipun mereka tidak menyatakan gaji yang ditawarkan. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan anda dapat gaji yang diinginkan?

    Berikut merupakan tiga perkara yang boleh membantu anda dalam situasi ini.

    1. Kaji berapakah purata gaji untuk jawatan tersebut

    Seorang fasilitator yang pernah ditemu bual oleh Relevan, Syaza Nazura juga mengesyorkan para pencari kerja untuk mengkaji laporan gaji di Malaysia untuk mengetahui berapakah gaji yang layak diterima berdasarkan jawatan, industri dan kelayakan.

    Di Malaysia, terdapat banyak laporan gaji yang boleh digunakan sebagai panduan, contohnya PERSOLKELLY.

    Selain itu, anda juga boleh gunakan platform Glassdoor. Di Glassdoor, ramai pekerja mendedahkan pengalaman bekerja di sesuatu syarikat termasuklah tentang gaji dan faedah yang ditawarkan. 

    Dengan cara ini, anda tahu berapakah jumlah gaji yang boleh diminta dan boleh menyelidik tentang syarikat tersebut dari segi persekitaran, pekerja dan sama ada wujud keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan atau tidak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Syaza Nazura, one woman show di sebalik Kejar Kerjaya

    1. Bersedia untuk berunding

    Ramai pencari kerja berasa janggal untuk berunding gaji. Ada yang bimbang mereka akan dilabel sebagai tamak atau tidak berbaloi. 

    Namun, rundingan adalah peluang untuk ‘menjual diri’ dari segi kelayakan dan jelaskan mengapa anda berbaloi untuk dibayar sebanyak gaji yang diminta.

    Jika anda telah meningkatkan produktiviti, meningkatkan kepuasan pelanggan, meningkatkan keuntungan syarikat atau apa sahaja sumbangan kepada bekas majikan, pastikan setiap perkara tersebut dibentangkan dengan positif dan berkeyakinan.

    Sekiranya majikan menjelaskan bahawa gaji yang diminta itu melebihi bajet mereka, jangan risau. Ada banyak lagi perkara yang boleh dirunding seperti kebebasan fleksibiliti kerja (kerja di rumah atau di pejabat) dan bayaran kerja lebih masa.

    Tetapi, sentiasa berhati-hati kerana tidak semua perkara boleh dirunding. Jika terlalu banyak permintaan dan rundingan, besar kemungkinan anda tidak akan diambil bekerja. 

    1. Kenal pasti jumlah gaji minimum yang anda boleh terima

    Syaza Nazura menasihatkan supaya anda membuat kira-kira segala komitmen untuk mengetahui berapakah jumlah gaji minimum yang boleh diterima. Perkara ini penting untuk mengelakkan anda menerima bayaran gaji yang tidak cukup untuk menampung kehidupan. 

    Secara realistiknya, walaupun pekerjaan tersebut ialah kerja idaman anda tetapi kalau gaji yang ditawarkan tidak mampu menampung kehidupan, apa gunanya? 

    ARTIKEL BERKAITAN: Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

    Untuk mengetahui berapa jumlah gaji minimum yang anda boleh terima, ambil kira setiap komitmen seperti bayaran sewa rumah, bil-bil, bayaran bulanan kereta dan kos ulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

    Sekiranya anda sudah berunding untuk gaji RM5,000 tetapi majikan hanya mampu bayar sebanyak RM4,000 sahaja, pertimbangkan sama ada ia mencukupi atau tidak. Sekiranya tidak, cuba berunding dari segi faktor lain seperti yang disebutkan di atas.

    Kesimpulannya, mempunyai pengetahuan tentang syarikat yang dimohon, pasaran industri dan pasaran kerja ialah cara terbaik untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang sesuai untuk anda dan syarikat. 

    Jadi, apa sahaja sebab gaji tidak dinyatakan dalam iklan kerja, calon masih boleh bersedia untuk mendapatkan apa yang mereka layak. – RELEVAN

    Previous ArticleBersedia hadapi musim panas, ikuti 6 tip ini
    Next Article Kereta miniatur mewah lengkap perincian kereta sebenar

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.