Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

    Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

    By Umi FatehahJune 1, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas. - GAMBAR HIASAN COTTONBRO/PEXELS

    SEJAK kebelakangan ini, cuaca panas yang melanda banyak kawasan di Malaysia menyebabkan ramai berasa tidak selesa berada di dalam rumah, terutamanya pada waktu tengah hari dan petang.

    Tidak semua orang mampu menggunakan pendingin hawa sepanjang masa disebabkan bil elektrik yang boleh meningkat dengan ketara. Selain itu, masih ramai yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara mudah untuk mengurangkan haba dan menjadikan kediaman lebih selesa.

    Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan haba di dalam rumah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pendingin hawa.

    1. Tutup langsir pada waktu siang

    Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap merupakan antara punca utama rumah menjadi panas.

    Tutup langsir atau bidai terutamanya tingkap yang menghadap matahari pada waktu tengah hari bagi mengurangkan kemasukan haba. Penggunaan langsir berwarna cerah juga dapat membantu memantulkan cahaya dan mengurangkan suhu dalam rumah.

    1. Buka tingkap pada waktu yang sesuai

    Ramai beranggapan membuka tingkap sepanjang hari dapat menyejukkan rumah, sedangkan udara panas dari luar boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih tidak selesa.

    Sebaliknya, buka tingkap pada awal pagi atau lewat petang ketika suhu luar lebih rendah. Ini membolehkan udara segar masuk dan meningkatkan pengudaraan dalam rumah.

    1. Matikan lampu yang tidak digunakan

    Mentol lampu, terutamanya jenis kalimantang menghasilkan haba ketika digunakan.

    Matikan lampu yang tidak diperlukan dan pertimbangkan penggunaan lampu LED yang lebih menjimatkan tenaga serta menghasilkan haba yang lebih rendah.

    1. Gunakan cadar dan fabrik yang ringan

    Fabrik tebal boleh memerangkap haba dan menyebabkan rasa kurang selesa ketika berehat atau tidur.

    Pilih cadar, sarung bantal dan pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana bahan ini lebih mudah menyerap peluh dan membenarkan pengaliran udara yang baik.

    1. Letakkan pokok di sekitar rumah

    Pokok bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah boleh membantu mengurangkan suhu di sekitar kediaman.

    Pokok yang ditanam berhampiran tingkap atau kawasan yang menerima cahaya matahari secara langsung dapat memberikan teduhan semula jadi dan mengurangkan kesan haba.

    1. Kurangkan sumber haba dalam rumah

    Peranti elektronik seperti televisyen, komputer dan konsol permainan menghasilkan haba walaupun digunakan dalam tempoh yang singkat.

    Matikan atau cabut plag peralatan yang tidak digunakan bagi mengurangkan pengumpulan haba dalam rumah.

    1. Gunakan mod putaran kipas yang betul

    Tahukah anda sesetengah kipas siling mempunyai fungsi untuk menukar arah putaran bilah kipas?

    Kebanyakan kipas siling berputar mengikut arah lawan jam (anti-clockwise) ketika cuaca panas. Putaran ini akan menolak udara ke bawah, menghasilkan aliran angin yang lebih kuat dan memberi kesan penyejukan kepada penghuni rumah.

    Sebaliknya, apabila kipas berputar mengikut arah jam (clockwise), udara akan ditarik ke atas dan disebarkan perlahan ke sekeliling bilik. Mod ini biasanya digunakan ketika cuaca sejuk kerana ia membantu mengagihkan udara panas yang berkumpul di siling ke seluruh ruang tanpa menghasilkan tiupan angin yang kuat.

    Oleh itu, jika kipas siling di rumah anda mempunyai suis atau tetapan untuk menukar arah putaran, pastikan ia berada dalam mod lawan jam (anti-clockwise) ketika cuaca panas. Langkah mudah ini boleh membantu rumah terasa lebih nyaman tanpa meningkatkan penggunaan elektrik. – RELEVAN

    Previous ArticleManfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian
    Next Article Kenali punca mata kering

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.