Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan pandang ringan kulat di dinding rumah, bersihkan agar paru-paru terjaga

    Jangan pandang ringan kulat di dinding rumah, bersihkan agar paru-paru terjaga

    By Umi FatehahFebruary 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHUKAH anda kulat-kulat di dinding itu sebenarnya membahayakan kesihatan?

    CUBA lihat dinding di sekeliling rumah, ada nampak tompokan kulat? Kalau ada, jangan biar dinding anda dalam keadaan sebegitu. 

    Mungkin anda belum mahu membersihkan atau mengecat semula dinding yang berkulat kerana ia melibatkan kos. Tetapi, tahukah anda kulat-kulat di dinding itu sebenarnya membahayakan kesihatan?

    Kesan berbahaya terdedah kepada kulat (terutamanya kulat toksik) boleh muncul beberapa tahun kemudian. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis kulat berbahaya dan simptom terdedah kepada kulat.

    Jenis-jenis kulat

    • Kulat alergen

    Kulat alergen kebiasaannya tidak berbahaya terutamanya jika tidak terlalu terdedah. Namun, kulat jenis ini memberi kesan teruk kepada mereka yang mempunyai alahan dan masalah kesihatan yang lain.

    Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyatakan bahawa pendedahan terhad kepada persekitaran lembap dan berkulat boleh membawa kepada gejala seperti hidung tersumbat, berdehit (bunyi seperti wisel yang boleh didengar apabila saluran pernafasan sempit dan dipenuhi cecair), sakit tekak, kemerahan atau kegatalan pada mata.

    Anda juga mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah kulit merengsa. Kulit ialah organ terbesar dan petanda awal sebarang penyakit biasanya muncul pada kulit.

    Kulit anda boleh menjadi kering, mengelupas dan menjadi gatal. Selain itu, anda mungkin mengalami ruam atau gatal-gatal apabila keradangan mula bertambah teruk di seluruh badan.

    • Kulat patogen

    Kulat patogen boleh menyebabkan jangkitan pada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah. Jenis kulat patogen yang paling biasa termasuk:

    Aspergillus: Biasanya ditemui di seluruh persekitaran rumah termasuk di dalam tanah, bahan tumbuhan dan habuk rumah. Aspergillus fumigatus juga bersifat bawaan udara (airborne) dan menyebabkan simptom seperti demam, lemah dan batuk berdarah atau lendir berwarna perang. 

    Cryptococcus neoformans: Kulat jenis ini berada dalam persekitaran di seluruh dunia. Apabila disedut, ia mungkin kekal dalam badan dan akan menyebabkan jangkitan dalam jangka masa panjang. 

    Histoplasma capsulatum: Biasanya didapati dalam tanah. Wabak histoplasma capsulatum biasanya disebabkan oleh gangguan tanah seperti menggali semasa projek pembinaan berskala besar. Spora H. capsulatum yang disedut boleh menyebabkan radang paru-paru. 

    • Kulat toksik

    Kulat toksik atau kulat hitam pula boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk kerana ia membebaskan mycotoxins yang memasuki badan anda dan menyebabkan keracunan kulat.

    Kesan jangka masa panjang terdedah kepada kulat

    Meskipun pendedahan kepada kulat hanya boleh menyebabkan simptom alahan ringan dalam jangka masa pendek, kesan yang lebih memudaratkan mungkin dirasai dalam beberapa tahun akan datang. 

    Kesan jangka panjang terdedah kepada kulat ialah:

    • Kehilangan ingatan: Pendedahan jangka panjang kepada kulat boleh menyebabkan masalah untuk menumpukan perhatian, melakukan pertimbangan dan mempunyai daya ingatan jangka pendek.
    • Kesihatan mental yang lemah: Isu dan tekanan fizikal yang disebabkan oleh pendedahan kepada kulat boleh menyebabkan kebimbangan, kekeliruan, perubahan emosi dan kemurungan.
    • Keletihan yang berterusan: Pendedahan kepada kulat menyebabkan badan anda akan bekerja lebih keras untuk melawan penyakit daripada biasa. Ini boleh menyebabkan individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti alahan dan asma akan berasa lebih letih daripada biasa.
    • Masalah paru-paru: Kulat terutamanya akan menyerang paru-paru dan sistem pulmonari. Walaupun sudah bertahun berlalu selepas terdedah kepada kulat, masih ada kemungkinan anda akan mengalami masalah berkaitan paru-paru. 

    Oleh itu, jangan sesekali ambil ringan dengan kulat. Jika dibiarkan, anda mungkin mengalami kesan yang lebih teruk. Bersihkan kawasan yang mempunyai kulat dan pastikan kawasan itu sentiasa kering kerana kawasan lembab akan menjadi kawasan pembiakan kulat. – RELEVAN

    dinding berkulat featured kesihatan kulat kulat hitam
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.