Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    • Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    • Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    • Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    • Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    • Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini
    • 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026

      Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

      May 4, 2026

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026
    • Kewangan

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026
    • Pendidikan

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa manusia ada cap jari dan apakah fungsinya?

    Kenapa manusia ada cap jari dan apakah fungsinya?

    By Umi FatehahFebruary 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa manusia ada cap jari dan apakah fungsinya? - GAMBAR HIASAN MEG JENSON/UNSPLASH

    KEBANYAKAN orang mengaitkan cap jari dengan keupayaan untuk menyelesaikan misteri (seperti jenayah), tetapi persoalan utamanya ialah mengapa kita mempunyai cap jari?

    Setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza dan belum ada lagi penemuan dua orang dengan cap jari yang sama. Bukan itu sahaja, setiap lima jari tangan kiri dan lima jari tangan kanan, kesemuanya juga mempunyai cap jari yang berbeza. 

    Menurut ahli biologi yang mengkaji perkembangan struktur kulit, termasuk cap jari di Universiti Edinburgh, cap jari tidak memberi apa-apa klu berkaitan personaliti atau kelebihan kita. 

    Menurut Reader’s Digest, bagaimana dan mengapa cap jari terbentuk pada tangan manusia telah lama menjadi misteri saintifik dan tidak banyak jawapan yang jelas tentang cap jari kita. Sebelum ini, hanya ada beberapa teori sahaja tetapi penyelidikan baru-baru ini membawa kita lebih dekat kepada beberapa jawapan yang jelas. 

    Mengapa manusia ada cap jari?

    Sebenarnya, kegunaan dan kelebihan cap jari ini lebih banyak daripada yang kita boleh fikirkan. Pertama sekali, saintis mempercayai bahawa cap jari kita telah berkembang lebih jauh bagi memainkan peranan penting untuk deria sentuhan.

    Menurut Headon, garisan melingkar pada jari kita sangat berguna untuk menentukan tekstur sesuatu seperti kain baldu dan kertas pasir.

    Apabila kita menggerakkan jari melintasi permukaan, garisan-garisan cap jari akan menggosok pada permukaan tersebut dan menghantar getaran ke sel khusus dalam setiap garisan yang sensitif kepada rangsangan mekanikal. 

    Tanpa cap jari, kita akan menjadi sangat sukar untuk berinteraksi dengan apa yang dipegang atau disentuh.

    Garisan-garisan itu juga menyumbang kepada keupayaan kita untuk memegang dan mencengkam objek. 

    Kajian pada tahun 2020 yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS), penyelidik menggunakan teknologi pengimejan laser untuk memerhati orang yang memegang dan mengambil pinggan kaca licin semasa ia kering dan basah. 

    Selepas mengukur kelembapan di tangan dan hujung jari peserta dan menganalisis imej, para penyelidik mendapati bahawa garisan pada cap jari adalah penting untuk cengkaman. Peluh yang kita ada pada tapak tangan dan tapak kaki juga membantu berfungsi sebagai gam apabila menggenggam sesuatu. 

    Fakta keunikan cap jari

    • Cap jari telah wujud sebelum anda dilahirkan

    Garisan cap jari mula terbentuk ketika bayi masih dalam kandungan iaitu sekitar kandungan berusia 10 minggu. Ketika janin berusia sekitar 17 minggu, corak rawak dan unik pada garisan cap jari terbentuk sepenuhnya. 

    • Pembentukan cap jari bermula seperti folikel rambut

    Menurut penyelidikan Headon, cap jari mula kelihatan seperti tompok sel, sama seperti pembentukan folikel rambut. Tetapi, sel-sel ini tidak membentuk folikel rambut, sebaliknya membentuk garisan bercorak lingkaran dan gelung.

    • Cap jari ialah fenomena yang sama seperti jalur zebra

    Corak Turing yang berkemungkinan menghasilkan cap jari juga berlaku kepada corak lain yang berlaku di alam semula jadi seperti jalur zebra dan bintik harimau. 

    • Ada beberapa individu dilahirkan tanpa cap jari

    Keadaan individu yang dilahirkan tanpa cap jari ini dipanggil adermatoglyphia, iaitu gangguan genetik yang jarang berlaku. Dipanggil adermatoglyphia, gangguan genetik ini sangat jarang berlaku dan menyebabkan kegagalan pembentukan rabung sebelum kelahiran. Jari penghidap adermatoglyphia adalah rata sepenuhnya. 

    Tetapi jangan risau, mereka yang mengalami keadaan ini hidup dalam keadaan sihat dan berkemampuan untuk melakukan apa sahaja seperti orang lain.

    • Cap jari tidak berubah mengikut usia

    Secara semula jadinya, semakin tua, kulit kita akan turut berubah mengikut usia. Sebagai contoh, perhatikan di bahagian muka dan tangan. Semakin umur meningkat, semakin banyak kedutan yang kita boleh lihat. 

    Tetapi, kedutan tidak akan muncul pada hujung jari kita iaitu di kawasan cap jari. Ini bermakna corak dan bentuk cap jari tidak akan berubah walaupun bahagian kulit di anggota badan yang lain sudah mula berkedut.- RELEVAN

    Previous ArticleDuduk terlalu lama boleh menyebabkan slip disc? Ini penjelasannya
    Next Article Metabolisme meningkat dengan 7 langkah ini, No.5 paling mudah

    Artikel berkaitan

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.