Umi Fatehah

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 baru-baru ini, Immunise4Life (IFL) telah melancarkan kempen Mencegah Influenza pada Usia Menjangkau 65 Tahun di Hilton, Petaling Jaya hari ini.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali. Beliau membentangkan tujuh amalan kunci untuk penuaan yang bahagia dan sihat di samping mendapatkan suntikan bagi mencegah Influenza. Amalan tersebut dikatakan turut tersenarai sebagai salah satu tabiat gaya hidup yang disyorkan kepada warga emas bagi membantu mengekalkan kesihatan, kebolehan untuk berdikari dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Berikut Relevan menghuraikan tujuh amalan kunci untuk penuaan yang bahagia dan sihat seperti…

Read More

BARU-baru ini, terdapat beberapa perbincangan hangat di media sosial mengenai quiet quitting. Walaupun bukan konsep baharu, istilah quiet quitting menjadi topik perbualan kerana perubahan cara kerja semenjak pandemik Covid-19 melanda negara. Apakah yang dimaksudkan dengan quiet quitting? Walaupun ketika terlihat perkataan quiet quitting membuatkan anda terfikir tentang berhenti kerja, hakikatnya ia tidak memberi maksud yang langsung dengan berhenti kerja.  Merujuk kepada WhatIs.com, quiet quitting membawa maksud mengehadkan tugas kepada apa tugasan yang diberikan di dalam deskripsi kerja sahaja.  Mereka mahu melakukan usaha minimum untuk menyelesaikan kerja dan meletakkan had bekerja yang jelas untuk meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).…

Read More

KES jangkitan harian mencatatkan sebanyak 1,486 kes semalam berbanding 1,904 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,792,942 kes. Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,897 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,729,147 kes. Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,249 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,705 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,546 kes dengan…

Read More

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi tablet berjenama terkenal tanpa perlu memulangkan kembali kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Pengagihan PerantiSiswa kepada mahasiswa yang layak di bawah Fasa 1 dijangka akan bermula pada penghujung Ogos 2022 atau pada September 2022. Manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula dijangkakan bermula pada Oktober atau November 2022 memandangkan permohonan Fasa 2 sedang dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022. Relevan membentangkan beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun dengan menggunakan tablet pemberian kerajaan bagi membantu meningkatkan prestasi pelajaran. Grammarly…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,904 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,244 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,791,456 kes. Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,138 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,726,250 kes. Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,245 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,704 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 28,961 kes dengan 27,584 kes…

Read More

SETIAP daripada kita pasti mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang jutawan. Dengan menjadi seorang jutawan, kita boleh hidup mewah, berbelanja tanpa had, hidup di dalam rumah agam mewah dan hidup bersenang lenang tanpa perlu memikirkan kekangan kewangan. Mana-mana jutawan bermula dengan mempunyai angan-angan tersendiri.  Berangan itu percuma bukan? Angan-angan itu jugalah yang menjadi motivasi untuk bekerja keras untuk mencapai sesuatu tahap kehidupan yang bebas daripada kekangan kewangan. Tetapi menjadi jutawan bukan hanya untuk mendapatkan lebih banyak wang. Ia terpulang kepada perancangan kewangan, pelaburan, di samping mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan adalah sama penting dalam perjalanan untuk menjadi kaya.  Relevan menyenaraikan 7…

Read More

KES jangkitan harian mencatatkan sebanyak 2,356 kes semalam berbanding 2,340 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,784,980 kes. Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,875 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,717,292 kes. Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan semalam dan empat daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,225 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,699 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,463 kes dengan…

Read More

DALAM proses mendidik dan membesarkan anak-anak, kebanyakan ibu bapa lebih menekankan akademik sebagai cara untuk mencapai kejayaan dalam hidup.  Jarang sekali seseorang bercakap tentang sukan dan akademik dalam nafas yang sama kerana takut akan memberi kesan buruk kepada reputasi dan masa depan anak-anak. Walaupun mempunyai anak yang berkecenderungan akademik adalah satu kebanggaan bagi ibu bapa, perkara sama jarang berlaku bagi anak yang berbakat dalam bidang sukan.  Terdapat tanggapan negatif bahawa sukan menghalang dedikasi kanak-kanak terhadap akademik. Ada juga merasakan bahawa menumpukan terlalu banyak masa untuk sukan akan memberi kesan negatif kepada prestasi akademik. Menurut Forbes, sebenarnya sukan bukan sahaja memberi…

Read More

PADA Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan cacar monyet atau monkeypox sebagai Kecemasan Kesihatan Dunia.   Merujuk kepada laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, setakat 29 Ogos 2022 terdapat 48,844 kes monkeypox dicatatkan di seluruh dunia.  Kadar kematian disebabkan oleh penyakit ini mencatatkan sebanyak 15 kes. Menurut Healthline, baru-baru ini CDC telah menjalankan sebuah kajian di rumah dua orang pesakit cacar monyet.  Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada penyakit ini boleh hidup dan merebak di atas permukaan perkakasan rumah seperti perabot, almari dan sebagainya. Dengan menggunakan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR),…

Read More

BANK Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan yang diterbitkan semalam telah mengemaskini Senarai Amaran Pengguna Kewangan dan menambah OctaFX dalam senarai tersebut. Senarai Amaran Pengguna Kewangan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara.  Selain itu, ia juga menjadi panduan kepada rakyat untuk meningkatkan kesedaran entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili sebagai dilesenkan dan dikawal oleh Bank Negara. Bank Negara telah menyenaraikan segala laman web rasmi OctaFX dan media sosial termasuk YouTube, Twitter, Facebook, LinkedIn, Instagram dan Telegram yang digunakan untuk mempromosikan…

Read More