Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    By Umi FatehahMay 20, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit. - GAMBAR HIASAN NORMA MORTENSON/PEXELS

    GAJI belum masuk tetapi bil sudah menunggu. Dalam keadaan kos hidup semakin tinggi, ramai mula menjadikan kad kredit sebagai ‘penyelamat’ untuk terus bertahan hingga hujung bulan.

    Mula-mula cuma guna untuk barang dapur atau isi minyak. Lama-kelamaan, ia digunakan untuk makan luar, membeli-belah, bayar komitmen bulanan malah bercuti.

    Nampak seperti membantu, tetapi hakikatnya kad kredit boleh menjadi perangkap kewangan jika tidak dikawal dengan baik.

    Lebih membimbangkan, ramai hanya membayar jumlah minimum setiap bulan tanpa sedar faedah terus berjalan dan hutang semakin bertambah. Akhirnya, wang habis untuk membayar hutang lama sedangkan simpanan masih kosong.

    Berikut tujuh langkah yang boleh membantu anda mengawal kewangan dengan lebih bijak.

    1. Sediakan dana kecemasan walaupun sedikit

    Ramai bergantung kepada kad kredit apabila berlaku kecemasan seperti kereta rosak, bil hospital atau kehilangan kerja.

    Sebab itu dana kecemasan sangat penting. Tidak perlu terus simpan ribuan ringgit. Mulakan dengan jumlah kecil mengikut kemampuan seperti RM50 atau RM100 sebulan, asalkan konsisten.

    Sedikit demi sedikit, simpanan itu boleh menjadi ‘penyelamat’ ketika keadaan mendesak tanpa perlu berhutang.

    1. Bezakan keperluan dan kehendak

    Kad kredit sering membuatkan seseorang rasa mereka ‘mampu’ membeli sesuatu walaupun hakikatnya belum benar-benar mampu.

    Sebelum membuat pembelian, tanya diri sama ada barang itu benar-benar perlu atau sekadar keinginan sementara.

    Jika mahu membeli sesuatu yang mahal, cuba biasakan diri untuk menyimpan dahulu sehingga cukup. Cara ini bukan sahaja lebih selamat, malah memberi kepuasan tanpa tekanan hutang selepas membeli.

    1. Jangan guna kad kredit tanpa faham syaratnya

    Ramai menggunakan kad kredit tetapi tidak benar-benar memahami bagaimana caj dan faedah dikenakan.

    Setiap kad mempunyai syarat berbeza termasuk kadar faedah, caj lewat bayar dan yuran tertentu. Jika tidak faham, anda mungkin terkejut apabila jumlah hutang menjadi jauh lebih tinggi daripada apa yang dibelanjakan.

    Luangkan masa untuk membaca dan memahami terma kad kredit supaya anda tahu risiko yang perlu dielakkan.

    1. Jangan tangguh bayar

    Salah satu punca hutang kad kredit menjadi sukar dikawal ialah sikap suka menangguhkan bayaran.

    Apabila bayaran tertunggak, faedah dan caj tambahan akan mula dikenakan. Bulan berikutnya pula anda perlu membayar lebih banyak daripada biasa.

    Lebih lama ditangguh, lebih besar beban yang perlu ditanggung. Sebab itu disiplin membayar tepat pada masanya sangat penting.

    1. Elakkan keluarkan wang tunai daripada kad kredit

    Dalam keadaan terdesak, ada yang memilih untuk membuat pendahuluan tunai menggunakan kad kredit.

    Namun, ini sebenarnya antara transaksi paling mahal kerana biasanya dikenakan caj tambahan serta kadar faedah yang lebih tinggi.

    Bukan itu sahaja, faedah juga mula dikira serta-merta tanpa tempoh tangguh. Akhirnya, hutang menjadi semakin berat walaupun jumlah wang yang dikeluarkan tidak besar.

    1. Sentiasa semak baki dan transaksi

    Jangan tunggu hujung bulan baru mahu melihat jumlah hutang kad kredit. Biasakan diri menyemak transaksi secara berkala supaya anda sedar ke mana wang dibelanjakan. Jika baki semakin tinggi dan sukar dibayar penuh, itu tanda anda mungkin sudah terlebih berbelanja.

    Lebih cepat anda sedar, lebih mudah untuk mengawal keadaan sebelum hutang menjadi lebih serius.

    Kad kredit bukan musuh tetapi cara menggunakannya menentukan sama ada ia membantu atau memudaratkan kewangan anda. – RELEVAN

    Previous ArticleKerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    Next Article Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.