Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 29, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya. - GAMBAR HIASAN CANVA

    Tanggapan bahawa golongan muda hari ini gemar bertukar kerja kerana tidak setia atau kurang etika bekerja didapati tersasar daripada kebenaran sebenar. 

     

    Kajian oleh PNB Research Institute (PNBRI) mendapati fenomena “job hopping” dalam kalangan generasi muda lebih berkait dengan isu struktur pasaran pekerjaan seperti gaji rendah, pekerjaan tidak sepadan dengan kelayakan dan laluan kerjaya tidak jelas.

     

    Menurut PNBRI, ramai pekerja muda tukar pekerjaan sebagai langkah untuk mencari kestabilan hidup dan peluang kerjaya yang lebih baik.

     

    Ramai graduan bekerja di bawah kelayakan

     

    Kajian itu menjelaskan ramai graduan berdepan masalah bekerja dalam pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan akademik mereka. Secara purata, kadar pengangguran di Malaysia ialah 35.5 peratus dan kebanyakannya adalah daripada  belia.

     

    • Bagi golongan muda berusia 15 hingga 24 tahun, seramai 74.3 peratus didapati bekerja dalam bidang yang berada di bawah tahap kelayakan mereka. 
    • Dalam kumpulan umur 25 hingga 34 tahun, sebanyak 41 peratus masih bekerja kurang daripada kemampuan.

     

    PNBRI turut memaklumkan pekerjaan tidak sepadan dengan ijazah seseorang semakin memburuk sejak tahun 2017 apabila berlaku lambakan jumlah graduan berbanding peluang pekerjaan mahir yang tersedia di pasaran.

     

    Keadaan itu menyebabkan ramai lepasan diploma dan ijazah terpaksa menerima pekerjaan yang tidak sepadan dengan tahap pendidikan mereka, sekali gus menyukarkan perkembangan kerjaya dan pertumbuhan pendapatan.

     

    Gaji permulaan menurun, kos hidup pula meningkat

     

    Pada masa sama, gaji permulaan sebenar untuk graduan menunjukkan penurunan ketara sejak beberapa dekad lalu. 

     

    Antara tahun 1997 hingga 2022, gaji permulaan pemegang ijazah menurun sebanyak 10 peratus dari segi nilai sebenar. Pemegang sarjana pula mengalami penurunan sehingga 28 peratus.

     

    Situasi itu menjadi lebih mencabar apabila kos sara hidup terus meningkat, khususnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

     

    Kajian berkenaan menganggarkan kos minimum sara hidup bagi individu bujang di Kuala Lumpur adalah sekitar RM2,400 sebulan, manakala sebuah isi rumah memerlukan kira-kira RM3,970. Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula menggunakan penanda aras gaji kehidupan wajar sekitar RM3,100 sebulan.

     

    Namun begitu, realitinya dua per tiga pemegang ijazah memperoleh pendapatan di bawah RM3,000 sebulan, manakala dua pertiga pemegang diploma menerima gaji kurang daripada RM2,000.

     

    ‘Lompat kerja’ dilihat sebagai langkah rasional

     

    Menurut penyelidik PNBRI, Dr. Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim, pekerja muda sering dilabel sebagai tidak setia atau terlalu memilih, sedangkan mereka sebenarnya sedang mencari jalan untuk bertahan hidup terhadap pasaran pekerjaan yang tidak stabil.

     

    “Apabila gaji rendah, pekerjaan tidak sepadan dengan kelayakan dan peluang perkembangan kerjaya tidak jelas, pertukaran kerja menjadi satu keputusan yang rasional,” katanya.

     

    Risiko tempoh panjang terhadap pembangunan kerjaya

     

    Bagaimanapun, PNBRI mengingatkan bahawa ketidakstabilan kerjaya pada peringkat awal boleh memberi kesan jangka panjang terhadap pembangunan tenaga kerja negara.

     

    Antara risiko yang dikenal pasti termasuk perkembangan kemahiran yang lebih perlahan, pertumbuhan gaji yang lemah dan kemajuan kerjaya yang tertangguh.

     

    Perlu lebih banyak pekerjaan berkualiti

     

    Sehubungan itu, institut berkenaan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi membantu golongan muda mendapatkan kerjaya yang lebih stabil dan berkualiti.

     

    Antaranya termasuk meningkatkan mutu pekerjaan dan kadar gaji, memperkukuh peralihan dari alam pendidikan ke dunia pekerjaan melalui latihan berasaskan industri, serta membangunkan sistem pembelajaran sepanjang hayat supaya pekerja dapat meningkatkan kemahiran tanpa perlu kerap bertukar pekerjaan.  – RELEVAN

    Previous Article‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    Next Article Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.