SETIAP pagi, Farah melangkah masuk ke pejabat dengan tenang. Ditemani secawan kopi di tangan, dia sudah bersedia menyusun hari dengan tugasan yang menunggu untuk diselesaikan. Di jabatannya, dia dikenali sebagai pekerja paling cekap. Masalah kecil atau besar, namanya akan disebut dahulu. Idea pula datang seolah-olah tidak pernah kering. Secara tidak langsunf, ia menjadikan dirinya antara tunjang utama pasukan. Namun tanpa disedari, reputasi itu perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lain – semua orang mula terlalu bergantung kepadanya. Dan di sinilah masalahnya bermula. ‘Cekap’ jadi alasan Pada awalnya, ia nampak seperti pujian. Bos percaya, rakan sekerja menghargai jadi dia sering menerima tugasan…
Umi Fatehah
RAMAI pernah alami situasi bangun tidur dengan jantung tiba-tiba berdegup laju, dada rasa berdebar atau badan terasa gelisah walaupun baru sahaja bangun dari tidur. Sekali-sekala mungkin tidak berbahaya tetapi jika kerap berlaku, ia boleh menjadi tanda badan sedang mengalami tekanan tertentu atau masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian. Stres dan kebimbangan Tekanan emosi atau kebimbangan boleh menyebabkan badan berada dalam keadaan fight or flight, sekali gus meningkatkan kadar degupan jantung. Malah, ada individu yang mengalami serangan panik sebaik sahaja bangun tidur terutama jika sedang mengalami tekanan kerja, masalah kewangan atau kurang rehat. Menurut Mayo Clinic, kebimbangan boleh menyebabkan simptom seperti…
SETIAP tahun, Hari Guru diraikan dengan bunga, ucapan penghargaan dan hadiah kecil sebagai tanda terima kasih. Namun kalau mahu menghargai guru, mungkin tiba masanya kita berhenti meletakkan terlalu banyak beban di atas bahu pendidik. Hari ini, perkataan ‘guru’ sebenarnya hanyalah nama rasmi pekerjaan mereka. Hakikatnya, di sekolah guru juga menjadi ibu bapa kedua kepada pelajar. Mereka menjadi pendengar ketika anak murid sedang tertekan, pakar motivasi ketika pelajar hilang keyakinan diri, jurulatih sukan, pengurus emosi, orang tengah dalam konflik dan kadangkala menjadi ‘doktor’ kesihatan mental kepada anak-anak yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah. Ada murid yang datang ke sekolah dengan perut…
RAMAI percaya kunci untuk hidup senang adalah berjimat-cermat dan menyimpan duit sebanyak mungkin. Sebab itu ada yang sanggup mengurangkan aktiviti makan luar, jarang membeli-belah dan sentiasa berhati-hati setiap kali berbelanja. Namun, walaupun sudah cuba berjimat, ramai masih merasakan kewangan mereka masih di takuk lama. Gaji masuk setiap bulan, sudah menyimpan tetapi hidup masih terasa sempit dan jauh daripada stabil. Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku? Peningkatan kos sara hidup tidak seiring dengan gaji Antara sebab utama ialah kenaikan kos hidup yang berlaku lebih pantas berbanding pendapatan. Harga makanan, sewa rumah, bil utiliti dan komitmen harian semakin meningkat setiap tahun. Akibatnya,…
SELAMA ini, ramai menganggap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) sebagai penyakit yang hanya melibatkan sista pada ovari dan masalah kesuburan wanita. Namun, pakar kesihatan kini mengakui tanggapan tersebut sebenarnya tidak tepat. Menerusi kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet pada 12 Mei lalu, PCOS secara rasmi dinamakan semula sebagai Polyendocrine Metabolic Ovarian Syndrome (PMOS). Penukaran nama itu dibuat selepas lebih sedekad perbincangan melibatkan pakar endokrinologi, penyelidik dan pesakit dari seluruh dunia. Menurut ahli endokrinologi dan profesor kesihatan wanita di Monash University, Australia, Dr. Helena Teede, nama PCOS dianggap mengelirukan kerana ramai pesakit sebenarnya tidak mempunyai ketumbuhan cyst (sista) pada…
RAMAI menganggap tidur selama lapan jam sudah mencukupi untuk memastikan badan kembali segar dan bertenaga keesokan harinya. Namun, ada juga yang tetap berasa letih, lesu dan mengantuk walaupun sudah tidur awal dan mencukupkan waktu rehat. Keadaan itu sebenarnya boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain yang sering dipandang remeh. Berikut antara punca mengapa seseorang masih berasa penat walaupun tidur sudah mencukupi. Tidur tidak berkualiti Tidur yang lama tidak semestinya berkualiti. Individu yang kerap terjaga pada waktu malam atau sering bermimpi boleh menyebabkan badan tidak mendapat rehat yang benar-benar mencukupi. Akibatnya, tubuh tetap berasa letih walaupun tempoh tidur panjang. Bermain telefon sebelum…
DALAM keadaan kos sara hidup semakin meningkat, orang ramai semakin berhati-hati ketika berbelanja. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada sikap itu sebenarnya berjimat cermat atau terlalu kedekut? Walaupun nampak hampir sama, kedua-duanya sebenarnya berbeza. Berjimat cermat ialah sikap mengurus wang dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan kewangan lebih stabil. Kedekut pula lebih kepada terlalu sayang mengeluarkan duit walaupun untuk perkara yang penting atau perlu. Anda berjimat cermat jika… Berbelanja ikut keperluan Anda masih membeli barang penting tetapi lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan. Contohnya, anda akan membandingkan harga terlebih dahulu, mencari promosi atau menunggu waktu yang sesuai untuk membeli sesuatu…
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang menerusi satu hantaran di Threads memaklumkan bahawa penggunaan singkatan ‘Mohd’ tidak lagi dibenarkan bagi pendaftaran nama anak baharu. Sebaliknya, nama tersebut perlu ditulis secara penuh seperti Muhammad, Mohamad atau Muhamad bagi memastikan ketepatan ejaan pada dokumen rasmi. Perkongsian itu menarik perhatian ramai, terutama individu yang menggunakan singkatan tersebut pada kad pengenalan mereka sejak sekian lama. Situasi ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai garis panduan penamaan anak di Malaysia. Ramai sebenarnya tidak sedar bahawa bukan semua nama boleh didaftarkan secara automatik kerana terdapat beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan ketika proses pendaftaran kelahiran dilakukan. Bukan…
DI Malaysia, status bankrap bukan sekadar label kewangan. Ia memberi kesan besar terhadap kehidupan harian, termasuk sekatan perjalanan ke luar negara, kesukaran mendapatkan pinjaman baharu dan kawalan terhadap aset peribadi. Secara asasnya, bankrap berlaku apabila seseorang individu gagal melunaskan hutang dan diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah, sama ada atas permohonan pemiutang atau penghutang sendiri, selaras dengan Akta Insolvensi 1967. Apabila seseorang diisytiharkan bankrap, hampir semua harta tidak bercagar akan diletakkan di bawah kawalan Jabatan Insolvensi Malaysia melalui Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI bertanggungjawab mengurus, menjual aset dan mengagihkan hasil kepada pemiutang yang sah. Punca utama rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap Pinjaman…
PADA 27 Mei 2026, umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha. Ibadah ini bukan sekadar amalan tahunan tetapi simbol ketaatan dan pengorbanan yang besar, berakar daripada kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS. Sehingga hari ini, umat Islam meneruskan ibadah tersebut dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing atau unta pada hari raya dan hari-hari tasyrik. Namun begitu, satu persoalan sering timbul setiap kali musim korban. Bolehkah daging korban dimasak dan dijadikan hidangan untuk majlis atau kenduri? Bagi merungkai isu ini, Relevan merujuk kepada penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Hukum…

