Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

    Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

    By Umi FatehahMay 18, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya. - GAMBAR HIASAN RON LACH/PEXELS

    RAMAI pernah alami situasi bangun tidur dengan jantung tiba-tiba berdegup laju, dada rasa berdebar atau badan terasa gelisah walaupun baru sahaja bangun dari tidur.

    Sekali-sekala mungkin tidak berbahaya tetapi jika kerap berlaku, ia boleh menjadi tanda badan sedang mengalami tekanan tertentu atau masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian.

    1. Stres dan kebimbangan

    Tekanan emosi atau kebimbangan boleh menyebabkan badan berada dalam keadaan fight or flight, sekali gus meningkatkan kadar degupan jantung.

    Malah, ada individu yang mengalami serangan panik sebaik sahaja bangun tidur terutama jika sedang mengalami tekanan kerja, masalah kewangan atau kurang rehat.

    Menurut Mayo Clinic, kebimbangan boleh menyebabkan simptom seperti jantung berdebar, sesak nafas, berpeluh dan rasa gelisah.

    1. Terlalu banyak kafein

    Pengambilan kopi, teh atau minuman berkafein secara berlebihan terutama pada waktu malam boleh menyebabkan jantung berdegup lebih laju ketika tidur atau selepas bangun.

    Kafein merangsang sistem saraf dan boleh mengganggu tidur serta meningkatkan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.

    Menurut Cleveland Clinic, sensitiviti terhadap kafein berbeza mengikut individu dan ada yang lebih mudah mengalami palpitasi jantung.

    1. Kurang tidur atau tidur tidak berkualiti

    Tidur yang tidak cukup atau sering terjaga pada waktu malam boleh memberi tekanan kepada badan dan meningkatkan hormon stres seperti kortisol.

    Keadaan ini boleh menyebabkan jantung terasa berdebar apabila bangun pagi walaupun sudah tidur beberapa jam.

    Kajian menunjukkan tidur yang tidak berkualiti juga boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung dalam jangka panjang.

    1. Gula dalam darah terlalu rendah

    Bagi sesetengah individu, paras gula darah yang rendah ketika bangun pagi boleh menyebabkan badan menggigil, berpeluh dan jantung berdegup laju.

    Ia boleh berlaku jika seseorang terlambat makan malam, tidak makan secukupnya atau mempunyai masalah kawalan gula dalam darah.

    1. Masalah hormon atau tiroid

    Masalah hormon seperti hyperthyroid juga boleh menyebabkan jantung berdegup lebih cepat daripada biasa.

    Selain jantung berdebar, individu mungkin mengalami simptom lain seperti cepat berpeluh, sukar tidur, berat badan turun dan rasa gelisah.

    Menurut NHS, hyperthyroidism boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan menyebabkan palpitasi.

    Anda disarankan mendapatkan pemeriksaan jika simptom jantung berdebar:

    • Berlaku dengan kerap
    • Disertai sakit dada atau sesak nafas
    • Menyebabkan pening atau pitam
    • Mengganggu tidur dan aktiviti harian

    Walaupun ada kes yang berpunca daripada stres atau gaya hidup, pemeriksaan tetap penting untuk memastikan tiada masalah jantung atau kesihatan lain yang lebih serius. – RELEVAN

    Previous ArticlePetanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    Next Article 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.