Umi Fatehah

BARU-baru ini, perasan atau tidak ketika menatal media sosial terutamanya di TikTok, pasti anda terlihat lebih daripada tiga video dengan kapsyen gaya Wes Anderson. Video-video yang dikongsi mengandungi klip-klip pendek merakamkan aktiviti dalam kehidupan seharian dan dicantumkan dalam satu video. Hampir kesemua video yang dikongsi oleh para pengguna dan pencipta kandungan kelihatan bersahaja dan estetik, bersesuaian dengan gaya Wes Anderson. Video-video ini juga diiringi muzik latar unik (whimsical), teks dengan font tersendiri, dilengkapkan dengan filter vintaj. Hashtag #WesAnderson telah melonjak kepada 554.7 juta tontonan di TikTok menandakan ramai yang mengikuti dan tertarik dengan trend ini. Sekiranya anda kurang tahu apakah…

Read More

KEMAJUAN teknologi secara tidak langsung mendorong kemajuan pendidikan dalam pelbagai aspek. Ia telah membuka pintu akses yang lebih luas kepada para pendidik dan guru. Walau bagaimanapun, kemajuan juga boleh mewujudkan ketidakadilan dan kekacauan. Sama ada baik atau buruk impaknya, penggunaan teknologi dalam pembelajaran akan digunakan dengan lebih meluas seiring dengan inovasi teknologi yang semakin berkembang. Sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan, OpenAI memperkenalkan ChatGPT pada 2022. ChatGPT ialah alat kecerdasan buatan yang dilatih untuk mengikuti arahan melalui penggesa (prompt) dan membekalkan maklum balas yang terperinci. Ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai peranti dan internet secara percuma. Ia…

Read More

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) dalam mesyuaratnya hari ini membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor OPR turut dinaikkan iaitu masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.  “Walau bagaimanapun, ekonomi global terus terjejas oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.  “Inflasi keseluruhan terus menunjukkan penurunan namun inflasi teras terus melebihi…

Read More

BELAKANGAN ini, banyak filem seram yang ditayangkan di pawagam seperti Evil Dead Arise, Sewu Dino, Khazab, The Ghost Station dan pelbagai lagi pilihan di aplikasi penstriman seperti Netflix dan seangkatannya. Babak-babak yang memaparkan darah dan pembunuhan luar biasa yang melibatkan jentera seperti yang ditayangkan dalam filem Saw merupakan antara elemen yang digunakan dalam pembikinan filem seram.  Selain itu, sinematografi, kesan bunyi dan lagu juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan rasa seram, gementar dan ketakutan. Walaupun ada yang berasa takut dan mengelak daripada menonton cerita-cerita seram, ada juga yang seronok menikmati rasa terkejut dan takut ketika menonton filem sebegitu. Tidak salah…

Read More

INSURANS ialah produk kewangan yang memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan terhadap kerugian, kerosakan atau kecurian.  Anda boleh melindungi hampir semua benda dan kebiasaannya sebab utama orang mendapatkan insurans adalah bagi melindungi orang tersayang dan harta. Contohnya, anda menginsuranskan rumah, kereta dan telefon. Anda juga boleh melindungi kesihatan dan juga boleh menginsuranskan nyawa agar diri dan ahli keluarga akan terjaga jika sesuatu perkara buruk seperti kemalangan berlaku. Rata-rata ramai yang mempunyai kesedaran untuk membeli insurans tetapi tidak cukup pengetahuan dalam pembelian insurans yang sesuai.  Berikut, Relevan senaraikan tiga perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli insurans menurut perkongsian daripada penulis blog…

Read More

ADAKAH anda, ahli keluarga atau kenalan mempunyai masalah sukar untuk membuang barang yang sudah tidak digunakan? Ia boleh menjadi pakaian lama, beg kertas beli belah mahupun bekas makanan.  Barang-barang tersebut akhirnya disimpan, dikumpul sehingga menjadi longgokan yang memakan ruang di rumah.  Keadaan ini dipanggil sebagai hoarding atau tabiat mengumpul. Ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa masalah, tetapi sekiranya ia menjadi keterlaluan, itu sudah menjadi salah satu simptom kecelaruan (disorder) sehingga mengganggu rutin kehidupan seharian diri sendiri dan juga orang sekeliling. Orang yang mengalami masalah kecelaruan tabiat mengumpul mungkin tidak melihatnya sebagai masalah, jadi usaha untuk memujuk mereka menjadi lebih baik dan…

Read More

JIKA diimbas kembali, pembentangan Belanjawan 2023 yang dilakukan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu ada menyentuh beberapa perkara berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Salah satunya ialah mengenai penangguhan bayaran balik PTPTN. Inisiatif ini dilakukan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.  Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam dengan beberapa syarat. Permohonan penangguhan ini juga sudah boleh dibuat mulai 1 Mac sehingga 30 Jun 2023. Kelulusan pula hanya diberikan sekali sahaja. Syarat kelayakan memohon penangguhan bayaran balik PTPTN Peminjam yang dalam tempoh membayar balik. Peminjam yang mempunyai…

Read More

GABUNGAN E-Hailing Malaysia (GEM) Wilayah Utara menggesa kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah harga tambang e-hailing di negara ini. Pengerusinya, Zabidi Bahador berkata beberapa syarikat besar industri e-hailing bersaing sesama sendiri untuk menarik pengguna dengan berlumba-lumba menurunkan harga tambang tanpa memikirkan kos-kos tanggungan semasa pemandu.  “Persaingan dan perang harga antara syarikat penyedia e-hailing dalam negara menyebabkan pemandu menjadi mangsa apabila harga tambang diturunkan tanpa mengira kos yang perlu ditanggung mereka. “Hal ini menyebabkan perolehan keuntungan (profit margin) pemandu semakin mengecil. Keadaan ini memberi kelebihan kepada syarikat penyedia e-hailing untuk memanipulasi dan menindas pemandu jika kawal selia…

Read More

SETELAH 30 hari berpuasa pada bulan Ramadan dan disambut dengan penuh berkat, kini sudah sampai giliran bulan Syawal pula untuk disambut sebagai kemenangan setelah berjaya berpuasa dan beribadah. Namun begitu, pasti ada yang tidak dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadan yang lalu atas faktor seperti haid, nifas atau musafir. Hari-hari yang tidak berpuasa itu pula perlu diganti atau dibayar fidyah. Artikel Relevan sebelum ini ada menjelaskan panduan qada’ dan cara kiraan bayaran fidyah puasa. Bagi artikel kali ini pula, Relevan akan menjelaskan lebih lanjut mengenai adakah perlu segera menggantikan puasa. Menurut Mufti Wilayah, anda dibolehkan untuk menggantikan puasa pada bila-bila…

Read More

HARI Raya Aidilfitri yang disambut setahun sekali merupakan peluang terbaik untuk kita semua mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga meraikan bersama sahabat handai dengan budaya kunjung-mengunjung. Selain itu, turut dirindui ialah keenakan aneka juadah raya yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja tidak menolak untuk menjamahnya walaupun sedang berdiet. Bukan setiap hari kita boleh menikmati keenakan rendang, kuah kacang dan kuih muih hari raya. Oleh itu, sesiapa sahaja tidak mampu menahan godaan untuk menikmati juadah tersebut sehingga ada yang makan berlebihan. Sehubungan itu, pada kali ini Relevan kongsikan tujuh petua untuk kembali menjaga pemakanan selepas terlebih makan ketika hari raya. Minum air panas…

Read More