Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    By Umi FatehahSeptember 5, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    PROGRAM Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKasih yang bermula 31 Ogos lalu telah mendapat sambutan menggalakkan walaupun sebelum ini timbul kritikan mengenai jumlah dan mereka yang mendapat bantuan itu.

    Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion kepada 20 juta penerima yang membolehkan setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas membeli 14 kategori produk. Persoalannya, barang apa yang patut didahulukan dalam menggunakan peruntukan My Kasih?

    1. Keperluan asas harian: Beras, minyak dan telur

    Antara barangan pertama yang perlu dimasukkan ke dalam troli ialah makanan asas dalam kebanyakan menu harian rakyat Malaysia.

    Beras – Satu beg 10 kilogram beras boleh bertahan sehingga sebulan untuk satu keluarga kecil. Ini dapat mengelak orang ramai daripada membeli makanan segera yang lebih mahal dan tidak mengenyangkan. 

    Minyak masak – Hampir setiap masakan menggunakan minyak, sama ada untuk menggoreng, menumis sayur atau memasak lauk. 

    Walaupun nampak kecil, minyak masak adalah bahan asas yang boleh memberi kesan besar kepada kekenyangan perut seisi keluarga.

    Telur – Dengan harga lebih murah berbanding ayam atau daging, telur memberi pilihan protein yang fleksibel. 

    Ia boleh direbus untuk sarapan, digoreng sebagai lauk segera atau dijadikan bahan tambahan dalam masakan. Bagi keluarga yang sibuk, telur adalah penyelamat ketika tidak sempat memasak lauk berat.

    Barang-barang asas ini mungkin nampak remeh tetapi tanpanya, rutin harian sekeluarga boleh jadi kucar-kacir.

    1. Protein murah dan berkhasiat

    Protein adalah zat penting untuk tenaga, pembinaan otot dan perkembangan kanak-kanak. Namun, harga ayam, daging dan ikan segar sering naik turun, menjadikan cabaran untuk keluarga berpendapatan rendah. Barangan segar atau basah tidak boleh dibeli menggunakan bantuan SARA.

    Tetapi bantuan SARA membolehkan orang ramai membeli Ikan sardin tin yang kaya dengan asid lemak Omega-3 serta baik untuk jantung. Anda boleh memasak sambal sardin, kari sardin atau sekadar digoreng bersama bawang sebagai lauk ringkas ketika perlu berjimat.

    Pelbagai jenama turut menjual kari ayam dan kurma ayam segera dalam tin. Anda hanya perlu mengImbas kod bar pada produk untuk mengetahui sama ada barangan itu boleh dibeli menggunakan SARA. 

    Dengan kombinasi ini, setiap keluarga masih boleh menikmati khasiat protein tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada ayam dan daging segar.

    1. Susu dan produk tenusu

    Jika anda mempunyai ada anak kecil, sebahagian peruntukan bantuan SARA perlu digunakan untuk susu tepung atau susu segar. Walaupun harganya agak tinggi, susu adalah sumber kalsium dan vitamin D yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

    Bagi keluarga tanpa anak kecil, susu segar atau susu UHT boleh dijadikan pilihan untuk sarapan atau minuman sampingan. 

    Produk tenusu lain seperti yogurt juga bagus kerana mengandungi probiotik yang membantu sistem penghadaman. Walaupun tidak perlu dibeli setiap bulan, mengekalkan satu dua produk tenusu dalam senarai belian boleh memberi kesan positif kepada kesihatan keluarga.

    1. Elakkan ‘godaan’ barang tidak perlu

    Inilah cabaran sebenar iaitu menahan diri daripada membeli barang yang tidak penting. SARA adalah bantuan khas, bukan untuk memenuhi kehendak sampingan.

    Anda dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli makanan segera seperti mi segera dalam jumlah berlebihan, kudap-kudapan bergula atau minuman ringan. Ia tidak memberi khasiat dan hanya menambah risiko kesihatan.

    1. Rancang sebelum membeli

    Salah satu strategi terbaik menggunakan SARA ialah membuat senarai belian sebelum ke kedai. Dengan cara ini, keluarga dapat mengelakkan pembaziran.

    Selain itu, membeli barang secara pukal ketika ada promosi boleh menjadikan RM100 lebih bernilai. Contohnya, membeli beras dalam pek besar lebih jimat berbanding pek kecil.

    Bantuan SARA mungkin tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah kos sara hidup tetapi ia tetap menjadi bantuan yang menguntungkan jika digunakan dengan bijak. Dengan merancang keutamaan, RM100 mampu memastikan setiap ahli keluarga mendapat makanan asas yang mencukupi, seimbang dan berkhasiat.

    Utamakan beras, minyak, protein berpatutan dan produk tenusu sebelum membeli barang lain. Ingatlah, setiap pilihan bukan sahaja soal mengenyangkan perut hari ini tetapi juga membina kesihatan dan kesejahteraan keluarga untuk jangka masa panjang. – RELEVAN

    Previous Article5 tanaman penyeri dalam rumah
    Next Article Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.