Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 matlamat kewangan selepas umur 30

    5 matlamat kewangan selepas umur 30

    By Umi FatehahSeptember 9, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 matlamat kewangan selepas umur 30. - GAMBAR HIASAN CHATGPT

    USIA 30 bukan sekadar angka tetapi simbol peralihan ke fasa kehidupan yang penuh dengan keterujaan, disertai tanggungjawab yang semakin besar. Sebelum meniup lilin ulang tahun ke-30, ada baiknya anda memastikan beberapa matlamat kewangan penting sudah dicapai.

    Ia bukan mengenai siapa paling cepat mengumpul harta atau paling banyak berjaya melabur tetapi tentang bagaimana anda membina asas kewangan yang kukuh sejak awal. 

    Dengan langkah yang betul, anda akan lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan, sama ada untuk membeli rumah pertama, memulakan keluarga atau merancang persaraan.

    Setiap orang mempunyai perjalanan kewangan berbeza. Namun ada lima perkara penting yang boleh dijadikan penanda aras sebelum memasuki usia 30 seperti yang dikongsikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    1. Kawal kuasa berbelanja

    Belanjawan adalah asas kepada segala perancangan kewangan. Tanpa kawalan yang jelas, gaji bulanan mudah bocor untuk pembelian barangan tidak penting. Mencipta bajet bukan tentang mengira duit masuk dan keluar tetapi bagaimana anda menyusun keutamaan hidup.

    Jejak setiap perbelanjaan anda. Dari situ, anda akan tahu bahagian yang boleh dikurangkan. Mungkin anda terlalu banyak makan di luar, kerap gunakan e-hailing atau masih membayar langganan aplikasi yang jarang digunakan. 

    Dengan menjejak perbelancaan, anda akan tahu berapa jumlah sebenar yang boleh diperuntukkan untuk simpanan, hiburan dan keperluan asas.

    Harus diIngat, setiap ringgit ada tujuan termasuk untuk ganjaran diri sekali-sekala, asalkan tidak keterlaluan.

    1. Hati-hati berhutang

    Hutang boleh menjadi beban paling besar dalam kehidupan jika tidak diuruskan dengan bijak. Ini diburukkan lagi dengan hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi.

    Jika dibiarkan, jumlah hutang-hutang tersebut akan terus meningkat dan akan menjejaskan masa depan kewangan anda.

    Langkah pertama ialah menyenaraikan semua hutang yang ada beserta baki dan kadar faedah. Kemudian, utamakan hutang yang kadar faedahnya paling tinggi dan harus diselesaikan dahulu. Sesetengah orang memilih kaedah avalanche (bayar hutang faedah tinggi dahulu) atau snowball (bayar hutang kecil dulu untuk rasa lebih bermotivasi).

    Bila hutang terkawal, anda bukan sahaja bebas daripada tekanan kewangan malah lebih mudah membuat keputusan kewangan lain. Bayangkan perasaan lega apabila setiap gaji tidak lagi habis melunaskan hutang tetapi boleh disalurkan untuk simpanan dan pelaburan.

    1. Menabung dan menyimpan jangka masa panjang

    Mempunyai simpanan yang kukuh adalah kunci kepada kestabilan kewangan. Ia bukan sahaja melindungi anda ketika kecemasan tetapi juga menyediakan dana untuk peluang besar pada masa depan sama ada untuk membeli rumah, melancong atau melabur.

    Mulakan dengan membuka akaun simpanan khusus yang berbeza daripada akaun gaji. Tetapkan potongan automatik setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Tidak mengapa, apa yang penting ialah konsisten.

    Sasaran yang baik ialah mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji dalam tabung kecemasan. Dana ini akan menjadi penyelamat jika berdepan perkara tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan atau kecemasan kesihatan.

    1. Baiki dan tingkatkan skor kredit

    Skor kredit adalah laporan kewangan peribadi anda. Ia menentukan sama ada bank atau institusi kewangan mempercayai kemampuan anda membayar semula pinjaman sebelum memberinya. 

    Cara meningkatkan skor kredit tidaklah rumit. Pastikan semua bil dibayar tepat pada waktunya, elakkan penggunaan kad kredit yang melebihi 30 peratus daripada had dan jangan mohon pinjaman baharu tanpa alasan kukuh. 

    Walaupun nampak kecil, setiap kelewatan atau tunggakan boleh menjejaskan skor anda dalam jangka panjang.

    Dengan skor kredit yang baik, anda berpeluang menikmati faedah seperti pinjaman perumahan dengan kadar lebih rendah, pinjaman kenderaan lebih mudah diluluskan dan lebih dipercayai dalam urusan sewa rumah.

    1. Rancang pelan persaraan

    Walaupun usia 30 mungkin terasa terlalu muda untuk fikir tentang bersara, sebenarnya inilah masa paling sesuai untuk memulakannya. Lagi awal anda bermula, lagi besar manfaat yang anda peroleh daripada kuasa faedah kompaun.

    Tidak perlu tunggu gaji besar untuk mula menyimpan. Caruman kecil yang konsisten jauh lebih bernilai daripada simpanan besar yang bermula lewat. KWSP sendiri menyediakan pilihan caruman sukarela, sama ada melalui Voluntary Excess atau Voluntary Contributions yang membantu menambah simpanan persaraan anda.

    Bayangkan anda mula menyimpan RM200 sebulan pada usia 25. Jumlah itu mungkin kelihatan kecil tetapi selepas 30 tahun dengan faedah kompaun, nilainya boleh berlipat ganda. – RELEVAN

    Previous ArticlePempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’
    Next Article Jangan diam kalau dibuli

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.