Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tip rambut sihat untuk muslimah

    Tip rambut sihat untuk muslimah

    By Umi FatehahSeptember 4, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tip rambut sihat untuk muslimah. - GAMBAR HIASAN CHATGPT

    RAMAI wanita beranggapan bahawa disebabkan bertudung, penjagaan rambut tidak sepenting penjagaan wajah. 

    Hakikatnya, tudung hanya menutup pandangan orang lain terhadap rambut tetapi tidak menghalang masalah seperti gatal kulit kepala, rambut berminyak, gugur atau berbau kepam. 

    Penjagaan rambut bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal, malah memberi kesan kepada keyakinan diri. Apabila rambut sihat, kita rasa lebih segar, yakin dan tidak terbeban dengan masalah kecil yang boleh menjejaskan mood seharian.

    1. Cuci rambut mengikut jadual

    Ramai yang berfikiran, semakin kerap mencuci rambut, semakin bersih dan sihat rambut. Sebenarnya tidak. Rambut yang dicuci setiap hari boleh kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi melindungi kulit kepala dan helaian rambut. 

    Akibatnya, rambut menjadi kering, rapuh dan mudah bercabang. Pada masa sama, kulit kepala akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan minyak yang hilang lalu menjadikan rambut cepat berminyak.

    Cara terbaik ialah mencuci rambut dua hingga tiga kali seminggu bergantung kepada keadaan rambut masing-masing. Bagi yang aktif bersukan atau mudah berpeluh, boleh sesuaikan jadual cucian tetapi elakkan menjadikannya rutin harian. 

    Selain itu, kenali juga jenis porositi rambut anda. Porosity rambut bermaksud keupayaan rambut menyerap dan mengekalkan kelembapan.

    • Rambut tinggi porositi ada banyak liang kecil pada kutikel, jadi ia mudah menyerap air dan produk tetapi cepat hilang kelembapan.
    • Rambut porositi rendah pula lebih padat, susah menyerap air atau produk tetapi kelembapannya tahan lebih lama.
    1. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah

    Salah satu tabiat yang biasa dilakukan ialah terus menutup rambut dengan tudung selepas mandi. 

    Rambut yang basah akan terperangkap di bawah tudung, sekali gus menjadikan kulit kepala lembap untuk tempoh lama. Keadaan ini mendorong pertumbuhan kulat, menyebabkan kelemumur, kegatalan dan bau hapak yang tidak menyenangkan. 

    Oleh itu, pastikan rambut betul-betul kering sebelum mengenakan tudung.

    1. Pilih produk rambut yang sesuai

    Tidak semua syampu atau perapi sesuai untuk setiap jenis rambut. Jika rambut anda mudah berminyak, gunakan syampu yang ringan dan bebas silikon. 

    Jika rambut kering dan kusut, gunakan perapi untuk melembutkan helaian. Pastikan produk yang dipilih halal dan selamat digunakan. Ada juga penyembur rambut atau serum yang boleh digunakan untuk mengurangkan bau dan memberi kesegaran pada rambut sepanjang hari.

    1. Elakkan ikatan rambut terlalu ketat

    Ramai wanita bertudung suka mengikat rambut ketat untuk memastikan tudung terletak kemas. Namun, ikatan terlalu ketat boleh melemahkan akar rambut dan menyebabkan rambut mudah gugur. 

    Dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kepada masalah traction alopecia, sejenis keguguran rambut akibat tekanan berterusan pada folikel rambut. Lebih baik ikat rambut secara longgar dan gunakan getah rambut yang lembut.

    1. Rawatan ringkas rambut di rumah

    Selain syampu dan perapi, rawatan ringkas di rumah boleh membantu. Minyak kelapa, minyak argan atau masker rambut boleh digunakan sekali-sekala untuk memulihkan kelembapan dan menguatkan helaian. 

    Anda tidak perlu ke salon setiap minggu, cukup sekadar rutin sederhana di rumah untuk mengekalkan kesihatan rambut.

    Apa jadi kalau abaikan penjagaan rambut?

    Rambut yang tidak dijaga boleh berbau kepam walaupun bertudung dan orang sekeliling sebenarnya boleh menghidu bau tersebut. 

    Selain itu, masalah keguguran rambut boleh menjadi lebih serius. Bayangkan menjelang usia lewat 30an, rambut sudah semakin menipis dan tampak botak di bahagian tertentu. 

    Walaupun orang luar tidak nampak kerana ditutup tudung, ia tetap memberi kesan besar pada keyakinan diri.

    Penjagaan rambut bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri. Bila rasa selesa dengan diri sendiri, kita tidak mudah membandingkan diri dengan artis, model atau pempengaruh di media sosial. 

    Keyakinan datang daripada rasa kepuasan hati menjaga diri sendiri walaupun orang lain tidak melihatnya. – RELEVAN

    Previous ArticleTuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia
    Next Article 5 tanaman penyeri dalam rumah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.