Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

    Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

    By Umi FatehahSeptember 5, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HARI pendaftaran universiti bukan sekadar membawa beg pakaian. Bagi kebanyakan pelajar, ia langkah pertama ke dunia yang baharu dalam semua aspek.

    Semuanya seperti baru. Orang sekeliling, persekitaran, kampus, dewan dan bilik kuliah, cara

    pembelajaran, kehidupan di asrama dan sehingga makan minum. Seseorang memulakan

    kehidupan baru dengan tanggungjawab yang digalas untuk meraih sekeping penghargaan yang akan menjadi tiket kepada kerjaya pada masa depan.

    Apa yang paling nyata, ia masa seseorang akan berdikari, mengurus masa, emosi dan kehidupan bersendirian.

    Jadi, apa yang perlu dilakukan sebelum melangkah masuk ke alam kampus terutama dengan semua tawaran universiti kerajaan telah diumumkan?

    1. Urus dokumen penting

    Sebelum memikirkan mengenai pakaian atau kelengkapan bilik, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah dokumen rasmi.

    • Surat tawaran universiti
    • Slip keputusan peperiksaan (SPM, STPM, Matrikulasi atau setaraf)
    • Kad pengenalan dan salinan fotostat
    • Dokumen kesihatan jika diperlukan (seperti laporan perubatan atau vaksinasi)

    Pastikan semua dokumen disimpan dalam fail khas supaya mudah dicapai pada hari pendaftaran.

    kecil seperti terlupa membawa salinan kad pengenalan boleh menyusahkan proses kemasukan.

    2. Sediakan kelengkapan asrama atau rumah sewa

    Bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman atau menyewa bersama rakan, persiapan tempat tinggal adalah sangat penting.

    Antara kelengkapan asas yang diperlukan ialah:

    • Peralatan tidur seperti cadar, bantal, selimut.
    • Peralatan mandian seperti baldi, tuala, sabun, berus gigi.
    • Barang kecil tetapi penting seperti penyangkut baju, lampu meja, palam sambungan (extension plug).
    • Peralatan memasak ringkas (jika dibenarkan) seperti cerek elektrik atau periuk nasi kecil

    Namun, seorang pelajar baru tidak perlu membeli semuanya sekali gus. Fokus kepada barang asas dan ditambah mengikut keperluan.

    3. Urus kewangan dengan bijak

    Ramai pelajar baru akan mendapati kos hidup di universiti lebih tinggi daripada jangkaan awal.

    Bukan sahaja yuran pengajian, ada kos makanan, pengangkutan, buku rujukan dan aktiviti pelajar yang memerlukan wang.

    Antara perkara paling penting sebelum melangkah ke alam universiti ialah mengurus kewangan dengan bijak.

    Pelajar perlu menyediakan bajet bulanan dan membahagikannya untuk keperluan asas seperti makan, pengangkutan, yuran serta sedikit simpanan untuk kecemasan.

    Kad pelajar juga wajar dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia menawarkan pelbagai diskaun untuk pengangkutan awam, kedai buku atau pawagam.

    Elak daripada berbelanja besar pada awal semester hanya kerana teruja berada di tempat baharu. Disiplin kewangan sejak awal akan menyelamatkan pelajar daripada terjebak dengan masalah hutang atau kehabisan wang di pertengahan bulan.

    4. Persediaan mental dan emosi

    Memulakan kehidupan sebagai pelajar di universiti bukan sekadar tentang belajar dan persekitaran baru tetapi keupayaan menyesuaikan diri.

    Ramai pelajar akan berjauhan daripada keluarga buat pertama kali dan ini boleh menimbulkan rasa sunyi atau tekanan.

    Di universiti, pelajar akan belajar untuk berdikari. Jangan segan untuk meminta bantuan pensyarah, rakan atau kaunselor sekiranya merasai tekanan.

    Sertai aktiviti kolej atau persatuan kerana ia peluang untuk membina rangkaian sosial dan membina keyakinan diri. Walaupun sibuk menyesuaikan diri dengan dunia baharu, jangan lupakan keluarga.

    Luangkan masa untuk membuat panggilan telefon atau panggilan video secara berkala agar hubungan tetap erat. Hakikatnya, kekuatan mental sama penting dengan kecerdasan akademik.

    Kedua-duanya menjadi tunjang utama agar perjalanan di universiti dapat dilalui dengan lebih lancar.

    5. Tingkatkan kemahiran asas

    Sebelum mendaftar, pelajar wajar melengkapkan diri dengan kemahiran asas yang akan memudahkan kehidupan di kampus.

    • Kemahiran memasak ringkas – Sekadar tahu goreng telur, masak nasi atau sediakan mi segera dengan lebih sihat.
    • Kemahiran pengurusan masa – Gunakan planner atau aplikasi telefon untuk menyusun jadual kelas, tugasan dan aktiviti.
    • Kemahiran komunikasi – Belajar bercakap dengan yakin, menghantar emel rasmi atau membentangkan idea di hadapan kelas.

    Universiti bukan hanya tempat mengejar kelulusan tetapi ruang membentuk kemahiran hidup yang akan digunakan sepanjang kerjaya.

    6. Kenali kursus dan universiti

    Ramai pelajar memasuki universiti tanpa benar-benar faham apa yang menanti dalam program pengajian mereka.

    Sebelum mendaftar, luangkan masa untuk membaca silibus kursus, mengetahui keperluan kredit serta memahami peluang kerjaya selepas tamat pengajian.

    Selain itu, pelajari selok-belok mengenai universiti yang dimasuki. Pastikan anda tahu lokasi fakulti, perpustakaan, pusat kesihatan, kafeteria dan kemudahan lain.

    Lebih cepat pelajar memgenali kampus, lebih mudah mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

    Semoga semua pelajar baharu berjaya menempuh alam dewasa sebagai mahasiswa, melakar pengalaman indah dan membuka jalan ke arah cita-cita.

    – RELEVAN

    Previous ArticleKeputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini
    Next Article Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.