Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Asyik tidur waktu siang? 

    Asyik tidur waktu siang? 

    By Umi FatehahSeptember 9, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Asyik tidur waktu siang? - GAMBAR HIASAN OLLY/PEXELS

    KITA sering mendengar mengenai orang yang mengalami insomnia iaitu masalah sukar tidur pada waktu malam. Tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenai satu lagi gangguan tidur yang bertentangan dengan insomnia dan dikenali sebagai hypersomnia. 

    Menurut WebMD, jika insomnia membuatkan seseorang sukar tidur pada waktu malam, hypersomnia pula menyebabkan seseorang terlalu mengantuk pada waktu siang walaupun mendapat tidur yang mencukupi pada malam sebelumnya.

    Keadaan ini sering dianggap biasa, seolah-olah ia berpunca dari rasa letih atau tidak cukup rehat. Kakikatnya hypersomnia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius dan boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. 

    Lebih membimbangkan, individu-individu yang mengalaminya tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menghadapi gangguan tidur.

    Hypersomnia menjejaskan kualiti hidup, mengganggu tumpuan, produktiviti dan keselamatan termasuk risiko tertidur ketika memandu.

    Hypersomnia dan punca tersembunyi

    Hypersomnia bukan sekadar tanda kurang tidur tetapi boleh menjadi simptom kepada masalah kesihatan lain. Antara punca yang dikaitkan dengan hypersomnia termasuklah:

    • Narcolepsy – Gangguan tidur kronik yang membuatkan seseorang mudah tertidur secara tiba-tiba walaupun dalam keadaan aktif.
    • Sindrom kaki resah (restless legs syndrome) – Rasa tidak selesa pada kaki ketika tidur, menyebabkan tidur malam terganggu.
    • Apnea tidur obstruktif (obstructive sleep apnea) – Keadaan di mana saluran pernafasan tersekat ketika tidur, menyebabkan nafas terhenti seketika dan kualiti tidur menurun.
    • Bipolar – Perubahan mood melampau yang boleh menjejaskan corak tidur.
    • Kemurungan – Tekanan perasaan sering membuatkan seseorang tidur lebih lama atau sukar mendapat tidur berkualiti.
    • Ubat-ubatan tertentu – Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan rasa mengantuk.
    • Penggunaan dadah atau alkohol berlebihan – Kedua-duanya boleh mengganggu sistem saraf dan kitaran tidur semula jadi.

    Jika rasa mengantuk pada waktu siang sangat keterlaluan dan berlarutan, ia mungkin lebih daripada sekadar penat biasa. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal pasti punca sebenar.

    Cara melawan rasa mengantuk siang hari

    Ada beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan rasa mengantuk pada siang hari. Bagi mereka yang tidak mahu tidur siang kerana bimbang tidur malam terganggu, langkah-langkah ini boleh membantu melawan nafsu tidur.

    1. Dapatkan cahaya matahari dan bergerak

    Cahaya semula jadi membantu mengawal jam biologi badan. Jika rasa lesu, cuba keluar sebentar dan berjalan atau regangkan badan. Pergerakan ringan ini meningkatkan aliran darah dan oksigen, sekali gus membantu otak kekal segar.

    1. Minum air secukupnya

    Dehidrasi boleh menyebabkan badan cepat lesu. Minum air kosong secara konsisten sepanjang hari boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk. Elakkan minuman bergula atau berkafein berlebihan kerana ia memberi tenaga sementara sebelum membuatkan badan semakin lemah.

    1. Makan snek ringan dan sihat

    Makanan berat boleh mencetuskan rasa mengantuk. Pilih snek sihat seperti buah-buahan, kekacang atau yogurt. Ia membekalkan tenaga perlahan dan stabil berbanding gula-gula atau minuman manis yang hanya memberi tenaga sementara.

    1. Alihkan fokus dengan aktiviti ringkas

    Mengantuk boleh datang kerana otak tidak aktif. Tukar suasana dengan berbual, membuat regangan atau berpindah tempat kerja. Aktiviti kecil ini membantu menstimulasi otak supaya tidak tenggelam dalam nafsu tidur.

    1. Gunakan teknik power break

    Jika mata terlalu berat, cuba rehat tanpa tidur. Contohnya, tarik nafas dalam-dalam atau basuh muka dengan air sejuk. Teknik mudah ini memberi kesan segera tanpa perlu berbaring.

    1. Ambil kafein dengan bijak

    Kopi atau teh boleh membantu tetapi ambil dalam kuantiti sederhana. Elakkan minum selepas jam 5 petang kerana kesannya boleh berlarutan hingga malam dan mengganggu tidur. Hadkan kepada satu hingga dua cawan sehari sahaja.

    1. Tidur malam berkualiti

    Kunci utama untuk melawan mengantuk siang ialah memastikan tidur malam mencukupi dan berkualiti. Elakkan skrin gajet sebelum tidur, pastikan bilik gelap dan selesa serta cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. – RELEVAN

    Previous ArticleFakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?
    Next Article Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.