Umi Fatehah

UMUM mengetahui salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan bersenam. Mana-mana nasihat yang dapat daripada pakar perubatan mahupun di internet pasti akan menyentuh berkaitan bersenam. Tetapi, rutin harian yang penuh dengan tanggungjawab berkaitan kerja dan keluarga membuatkan kita berasa tidak mampu meluangkan masa untuk bersenam. Kita semua pernah berkata, “siapa sahaja yang mempunyai masa untuk bersenam apabila…” Rata-rata jawapan anda pasti salah satu daripada jawapan ini: sibuk dan penat bekerja, sibuk dengan tanggungjawab pelajaran, sudah meluangkan banyak masa dalam perjalan pergi dan pulang kerja atau sibuk menguruskan rumah dan anak-anak. Tidak mengapa, anda tidak berseorangan. Setiap daripada kita pernah…

Read More

MENJELANG sambutan Aidilfitri, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, menganggarkan kira-kira satu juta rakyat di bandar dijangka akan meninggalkan kediaman masing-masing.  Hal ini kerana, masing-masing akan pulang ke kampung atau bercuti sempena cuti musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, dijangka terdapat persaingan sengit untuk pembelian tiket dengan pelbagai tawaran hebat melalui ejen dan aplikasi pelancongan dalam talian.  Sementara itu, penipu melihat ini sebagai peluang untuk mengeksploitasi, terutamanya melalui kaedah social engineering dan phishing atau pancingan data.  Social engineering merujuk kepada tindakan memanipulasi, mempengaruhi atau memperdaya orang ramai untuk mendapatkan kawalan ke atas sistem komputer. …

Read More

SEBELUM INI, Relevan kongsikan sebuah artikel mengenai pekerjaan yang terancam akibat kemunculan ChatGPT yang ditulis sepenuhnya oleh perisian ChatGPT dengan panduan yang diberikan oleh penulis Relevan.  Bagi artikel kali ini, Relevan tampilkan pula cara-cara menggunakan ChatGPT dengan lebih produktif untuk kerjaya seperti yang dikongsikan oleh penulis di DeskTime, Viesturs Abelis. Sedikit penerangan bagi anda yang masih kurang jelas tentang apa itu ChatGPT, ia merupakan perisian kecerdasan buatan yang menjawab pertanyaan seperti anda sedang bertanya kepada manusia.  Ia telah dilatih dengan beribu, atau mungkin berjuta-juta maklumat yang pelbagai. Oleh itu, ia mampu memahami konteks berkaitan apa sahaja yang ditanya dan boleh…

Read More

TIDAK lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Hari Raya sinonim dengan juadah makanan yang jarang-jarang kita dapat makan seperti lemang, ketupat, rendang dan juga pelbagai jenis kuih raya. Selain itu, apa yang lebih menerujakan ialah duit raya. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah dalam Islam.  Bahkan, perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia merupakan amalan yang diberi ganjaran dalam tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibu…

Read More

JIKA anda perasan ada tompok atau gumpalan seakan tahi lalat pada mana-mana bahagian badan, ia mungkin tag kulit atau skin tag. Tag kulit ialah kulit lembut yang tergantung yang mungkin mempunyai tangkai dan ada kalanya kelihatan seperti tahi lalat biasa. Ia boleh kelihatan dalam pelbagai warna dan saiz, bermula dengan beberapa milimeter kecil sehingga 5cm lebar. Tag kulit boleh muncul di mana-mana bahagian badan, terutamanya di bahagian badan yang sering bergesel dengan kulit atau pakaian. Ia biasanya boleh didapati di kawasan seperti leher, ketiak, pangkal paha atau di bawah bahagian dada. Mereka juga boleh tumbuh pada kelopak mata atau di…

Read More

BUMI perlu berputar kira-kira 24 jam sehari dengan kira-kira 12 jam pada waktu siang dan selebihnya pada waktu malam. Namun, tahukah anda bahawa terdapat tempat di dunia ini yang sentiasa disinari cahaya matahari lebih daripada 70 hari? Di tempat-tempat ini, matahari tidak terbenam. Bayangkan bagaimanakah penduduk di tempat-tempat ini menjalankan kehidupan seharian. Ibarat bangun tidur dengan langit yang cerah, waktu tidur juga langit masih cerah. Berikut adalah enam tempat di bumi yang tidak mengalami fasa matahari terbenam dalam tempoh tertentu. Norway Norway, yang terletak di Bulatan Artik, dipanggil The Land of the Midnight Sun, di mana dari Mei hingga akhir…

Read More

BILAKAH kali terakhir anda benar-benar berehat daripada segala hal yang berkaitan dengan kerja semasa bercuti? Mematikan telefon, tidak menjawab e-mel dan berehat sepenuhnya daripada bekerja? Disebabkan kemajuan teknologi yang semakin canggih, sempadan yang menjarakkan kehidupan peribadi dan kehidupan profesional sudah semakin kabur. Ini bermakna, walaupun sedang bercuti, anda kemungkinan dikehendaki untuk memberi respon kepada apa-apa panggilan berkaitan kerja. Jadi, walaupun bercuti, anda tidak dapat bercuti sepenuhnya. Mungkin jasad anda berada di Pulau Perhentian tetapi minda anda sebenarnya masih di pejabat. Pernahkah anda mendengar istilah otak bercuti atau vacation brain? Vacation brain merujuk kepada anda memberi ruang dan masa kepada otak…

Read More

BARU-BARU ini, ramai rakyat Malaysia kongsikan notifikasi gempa bumi yang dihantar oleh Google Maps.  Rata-rata menyatakan mereka agak terkejut dengan notifikasi yang dihantar dengan bunyi yang kuat dan sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran.  Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), berlaku gempa bumi di Utara Sumatera, Indonesia kira-kira jam 10:59 malam, 3 April lalu. Laporan itu menjelaskan gegaran gempa bumi yang berlaku di Indonesia mungkin turut dirasai di sekitar Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Namun, dalam kenyataan tersebut MET menjelaskan bahawa ekoran daripada gegeran itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Bagaimana gempa bumi…

Read More

BERBELANJA untuk persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini mungkin sedikit mencabar dek kekangan kewangan. Hal ini kerana rata-rata ibu bapa baru sahaja berbelanja wang yang agak besar untuk persiapan sekolah anak-anak. Kalau diikutkan, perbelanjaan sekolah perlu dilakukan kerana pendidikan lebih utama berbanding perayaan. Justeru, mungkin agak sukar untuk rancang belanjawan dengan baik kerana segalanya berlaku dalam jangka masa yang dekat. Oleh itu, Relevan kompilasikan beberapa tip jimat berbelanja bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. 1. Senaraikan keperluan Senaraikan semua barang keperluan yang perlu dibeli seperti baju raya, kasut raya sehinggalah barang yang diperlukan untuk membuat…

Read More

BATU karang bersaiz kecil, keras dan diperbuat daripada bahan buangan dalam air kencing yang belum dikeluarkan sepenuhnya. Walaupun penyelidik masih mengkaji kaitan antara kopi dan risiko batu karang, kajian terbaharu membuktikan bahawa pengambilan kafein seperti kopi atau teh boleh membantu mencegah pembentukan batu karang. Apakah kaitan antara kopi dan batu karang? Secara umumnya, kopi mempunyai sifat diuretik. Ini bermakna kopi boleh menyebabkan anda lebih kerap kencing.  Kebanyakan orang termasuk beberapa pakar kesihatan berpendapat bahawa minum kopi mungkin menyebabkan dehidrasi, sekali gus meningkatkan risiko batu karang. Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan mengatakan sebaliknya. Malah, kajian terbaharu mengenai batu karang menunjukkan bahawa penggunaan…

Read More