Umi Fatehah

CUACA panas yang melanda seluruh Malaysia bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan pada manusia, malah reptilia berbahaya seperti ular juga turut kepanasan. Hal ini kerana, sebagai makhluk berdarah sejuk, suhu persekitaran amat mempengaruhi pencernaan ular. Suhu yang paling sesuai untuk ular mencerna ialah 30 °C (86 °F). Jika diperhatikan laporan berita kes ular masuk rumah, hampir semuanya berlaku ketika cuaca panas. Jadi, rakyat dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa periksa di sekitar kawasan rumah agar tidak ada ular yang berhabitat dan akan mengancam keselamatan seluruh isi rumah dan kawasan kejiranan. Disebabkan kita tidak dapat menjangka bila dan di mana ular berada, kita perlu…

Read More

SEIRING dengan kemajuan teknologi dalam era pendigitalan kini, masalah berkaitan keselamatan siber juga turut meningkat. Serangan siber bukan sahaja berlaku dalam tempoh masa yang sangat pantas, malah ia dilakukan menggunakan perisian dan peranti yang canggih menjadikan serangan itu sukar dihalang dan hampir mustahil untuk mendapatkan semula data yang hilang atau rosak. Banyak organisasi sedang berlumba-lumba mencari pekerja yang berkemahiran dalam bidang keselamatan siber sebagai langkah untuk melindungi data-data syarikat. Justeru itu, kerjaya dalam bidang keselamatan mempunyai permintaan yang tinggi pada peringkat global. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja dalam bidang keselamatan siber, berikut Relevan senaraikan lima sebab…

Read More

PERJALANAN untuk mengejar cita-cita menjadi seorang doktor atau mana-mana peranan dalam perubatan bukan senang. Ada kalanya anda menjadi tertekan kerana silibus pelajaran dan perlu meluangkan masa yang lama dalam sehari untuk belajar agar dapat menjadi doktor yang baik. Sehinggakan, kadang kala ketika anda mahu berehat sebentar daripada menelaah buku dan nota juga rasa serba salah. Jangan risau, anda boleh menonton rancangan perubatan. Melalui cara ini, anda dapat belajar tentang perubatan dengan lebih santai. Namun begitu, sebelum Relevan kongsikan beberapa rancangan perubatan, perlu diingatkan bahawa apa yang diceritakan mungkin tidak 100 peratus realistik tetapi mungkin hampir tepat dengan realiti dunia perubatan.…

Read More

JIKA mengimbas kembali pada zaman kanak-kanak, kita sering terbayang masa yang diluangkan bermain permainan seperti congkak, batu seremban, guli, gasing paku dan juga permainan papan carrom.   Berbeza dengan kanak-kanak di zaman pendigitalan kini, mereka kebanyakannya menghabiskan masa bermainan permainan di dalam talian seperti Roblox, sama ada di komputer atau di telefon pintar.  Dari sudut positifnya, ia bagus kerana kanak-kanak akan menjadi lebih celik teknologi dan tidak mempunyai masalah untuk beradaptasi dengan perkembangan digital mengikut pengedaran zaman. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari kemahiran seperti kepimpinan, bekerja di dalam kumpulan dan juga kemahiran istimewa yang lain. Namun begitu, terdapat juga banyak…

Read More

KONVENSYEN Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) yang dianjurkan untuk kali kedua terus cakna dalam mengetengahkan isu relevan mengenai kelestarian alam sekitar sejagat kepada bakal graduan bidang kewartawanan dan media. Konvensyen anjuran pelajar tahun akhir Program Kewartawanan, Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu bakal mengumpulkan lebih 60 mahasiswa daripada universiti dalam dan luar negara. Menurut ketua projek, Daniel Isqandar Ahmad Bakri, konvensyen kali ini membariskan panel-panel yang mempunyai kepakaran hebat dalam pelaporan berita mengenai isu alam sekitar. “Diharap dengan pengalaman dan perkongsian ilmu daripada wartawan berpengalaman ini dapat menyediakan dan…

Read More

TRANQ, juga dikenali sebagai xylazine, adalah ubat yang pada asalnya dikeluarkan sebagai ubat penenang veterinar untuk haiwan besar seperti kuda.  Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun ini, ia telah menjadi dadah berbahaya yang sering digunakan untuk menggantikan dadah terlarang lain seperti kokain atau heroin. Menurut New York Post, Tranq juga dikenali sebagai dadah zombie oleh kerana kesan sampingan jika diambil oleh manusia. Apabila ditelan oleh manusia, ia boleh menyebabkan halusinasi, khayal dan perasaan seakan-akan terasing daripada dunia di sekeliling mereka.  Sesiapa yang mengambil dadah ini juga mungkin mengalami gejala fizikal seperti pergerakan yang perlahan, hilang fokus atau kelihatan seperti pandangan kosong…

Read More

KETIKA sesi temu duga, akan ada sesi soal jawab bersama majikan atau pengurus syarikat dengan pemburu kerja. Berkaitan soalan, Relevan pernah kongsikan ‘soalan bocor’ yang akan ditanya oleh majikan. Di sesetangah syarikat, majikan akan meminta anda lampirkan bersama penyata gaji semasa atau penyata gaji pekerjaan yang lepas.  Mungkin anda tidak mahu mendedahkannya kerana khuatir tidak akan ada kenaikan gaji atau majikan akan menawarkan gaji di bawah jangkaan. Namun, anda juga takut mahu mengatakan tidak kepada permintaan tersebut.  Maka, pasti ramai yang tertanya-tanya, sebenarnya bolehkah bakal majikan mahu melihat penyata gaji semasa? Menurut Jurulatih Kerjaya Bertauliah, Jimmy Mak Chii Ping atau…

Read More

MUSIM panas yang melanda seluruh Malaysia dijangka akan berlarutan sehingga Ogos ini. Ekoran cuaca panas itu, beberapa kes maut akibat strok haba telah direkodkan. Sebagai langkah berjaga-jaga, mari kita kenali apa itu perbezaan ciri dan simptom antara strok haba atau keletihan haba agar langkah yang proaktif dapat diambil bagi mencegah masalah kesihatan atau lebih teruk, maut. Keletihan haba berlaku apabila badan kehilangan kandungan air dan garam, biasanya akibat berpeluh. Sebaliknya, strok haba adalah keadaan serius yang berlaku apabila badan tidak dapat mengawal suhu dalamannya. Strok haba Bagi strok haba, simptom pertama yang mungkin pesakit akan alami ialah peningkatan suhu badan…

Read More

MCDONALD’S Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023. AGI McDonald’s ini merupakan inisiatif dan komitmen McDonald’s Malaysia dalam mengiktiraf dan menyanjung warga pendidik yang telah banyak menyumbang dan menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi madani. Hasil daripada kolaborasi kukuh bersama Kementerian Pendidikan, AGI McDonald’s 2023 telah berjaya membongkar kisah guru luar biasa di seluruh Malaysia. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 16,000 pencalonan telah diterima iaitu melebihi tiga kali ganda daripada jumlah pencalonan tahun lepas. “McDonald’s amat menghargai kerjasama strategik dan erat yang telah diberikan oleh pihak KPM. Kejayaan kerjasama ini telah meningkatkan jumlah pencalonan yang…

Read More

SEJAK akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas. Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos. Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca. Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Relevan senaraikan 10 jenis makanan yang boleh membantu menyejukkan badan di samping nilai khasiat yang luar biasa dan sangat baik untuk badan kita. Pisang Pisang membantu mengecutkan tisu dalam badan yang meningkatkan keupayaannya…

Read More