Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu

    Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu

    By Umi FatehahAugust 29, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu. - GAMBAR HIASAN ANNUSHKA AHUJA/PEXELS

    TAHUKAH anda bahawa kecerdasan anak bukan hanya ditentukan oleh latihan minda atau kaedah pengajaran di sekolah? Otak mereka juga bergantung pada nutrisi asas terutamanya zat besi. 

    Menurut kajian Iron deficiency and impaired child development oleh National Institutes of Health (NIH), kekurangan zat besi boleh menyebabkan anak mudah penat, sukar fokus malah berisiko mempunyai intelligence quotient (IQ) lebih rendah berbanding rakan sebaya.

    Permasalahan ini bukan sekadar isu pemakanan tetapi berkait rapat dengan masa depan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak.

    Mengapa zat besi penting?

    Zat besi ialah mineral utama yang berfungsi membawa oksigen dalam darah melalui hemoglobin. Selain itu, ia membantu pembentukan neurotransmitter yang menyokong komunikasi antara sel otak.

    Apabila seseorang kanak-kanak mengalami kekurangan zat besi, jumlah oksigen yang dibawa ke otak akan berkurangan. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah berasa penat walaupun hanya melakukan aktiviti harian yang ringan. 

    Dalam jangka masa panjang, kekurangan oksigen ke otak turut menjejaskan daya ingatan serta keupayaan untuk memberi tumpuan. Lebih membimbangkan, kekurangan zat besi juga boleh meningkatkan risiko anemia yang akhirnya memberi kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal dan perkembangan keseluruhan anak.

    Tanda-tanda kanak-kanak kekurangan zat besi

    Ibu bapa boleh mula peka dengan tanda-tanda berikut:

    • Anak kelihatan pucat dan lesu.
    • Cepat penat walaupun bermain sekejap.
    • Hilang selera makan.
    • Sukar menumpukan perhatian di sekolah.
    • Pertumbuhan lebih perlahan berbanding rakan sebaya.

    Jika gejala ini berterusan, pemeriksaan doktor amat penting bagi mengesan kekurangan zat besi sejak awal.

    Peranan ibu bapa untuk tingkatkan zat besi anak

    Berita baiknya, kekurangan zat besi boleh dicegah dengan langkah mudah yang bermula dari rumah. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh ibu bapa lakukan.

    Sumber zat besi terbahagi kepada dua jenis iaitu heme dan bukan heme.

    Zat besi heme berasal daripada makanan berasaskan haiwan seperti daging merah, hati ayam, ikan dan ayam. Kelebihan zat besi heme ialah ia lebih mudah diserap oleh tubuh, kira-kira dua hingga tiga kali ganda lebih baik berbanding zat besi daripada tumbuhan.

    Zat besi bukan heme pula terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti bayam, kacang kuda, lentil, tauhu dan bijirin diperkaya zat besi. Walaupun ia kurang efisien diserap badan, ia tetap penting sebagai sumber tambahan, terutama untuk kanak-kanak yang kurang makan daging atau lebih banyak mengambil sayuran.

    Ibu bapa digalakkan untuk menggabungkan kedua-dua jenis sumber ini dalam diet harian anak. Dengan cara ini, tubuh anak akan mendapat bekalan zat besi yang lebih mencukupi dan seimbang.

    1. Vitamin C

    Zat besi daripada tumbuhan agak sukar diserap tetapi jika dimakan bersama makanan yang kaya dengan vitamin C, keberkesanannya meningkat. 

    Sebagai contoh, bayam yang dimakan bersama jus oren atau kacang dal dipadankan dengan buah jambu batu mampu membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Walaupun nampak mudah, kombinasi seperti ini memberi kesan yang besar terhadap kesihatan anak.

    1. Kurangkan makanan penghalang penyerapan

    Ada makanan dan minuman tertentu yang boleh menghalang tubuh daripada menyerap zat besi terutamanya teh, kopi dan susu yang tinggi kalsium. 

    Bukan bermaksud anak-anak dilarang untuk meminum minuman tersebut tetapi sebaiknya jangan diambil terlalu hampir dengan waktu makan utama. 

    Contohnya, elakkan memberi anak segelas susu sejurus selepas makan tengah hari. Sebaliknya, jarakkan antara satu hingga dua jam selepas makan.

    1. Amalkan pola makan seimbang

    Zat besi sememangnya penting tetapi otak kanak-kanak juga memerlukan nutrien lain seperti protein, folat dan vitamin B12 untuk berkembang secara optimum. 

    Sehubungan itu, ibu bapa digalakkan memastikan diet anak bervariasi, mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan sumber protein yang mencukupi. 

    Makanan seimbang bukan sahaja melindungi daripada masalah kekurangan zat besi tetapi juga menyokong kesihatan menyeluruh.

    1. Pertimbangkan suplemen jika perlu

    Jika anak benar-benar didiagnosis mengalami kekurangan zat besi, doktor mungkin menyarankan pengambilan suplemen. 

    Namun, ibu bapa tidak boleh memberikan sebarang pil zat besi tanpa rujukan pakar. Ini kerana dos yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan termasuk gangguan pada sistem pencernaan. 

    Nasihat daripada pakar perubatan amat penting untuk memastikan anak mendapat rawatan yang tepat dan selamat. – RELEVAN

    Previous ArticleGempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat
    Next Article Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.