DALAM artikel sebelum ini, Relevan membincangkan bagaimana media sosial telah menjadi platform utama untuk mencari pengiktirafan dan penerimaan sosial. Pengguna sering kali mengaitkan nilai diri mereka dengan jumlah tanda suka, komen dan perkongsian yang diterima, sehingga menjadikan validasi digital sebagai satu keperluan emosi. Fenomena ini bukan sahaja memberi kepuasan sementara tetapi juga mendorong ketagihan yang sukar dikawal. Namun, apabila pergantungan kepada validasi dalam talian semakin ketara, ia boleh memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan mental. Hal ini kerana pengguna cenderung membandingkan kehidupan mereka dengan gambaran sempurna yang dipaparkan dalam talian. Menyedari implikasi ini, adalah penting untuk memahami bagaimana…
Umi Fatehah
MEDIA sosial sepatutnya menjadi ruang untuk berhubung dan membuat perkongsian. Namun, dalam dunia digital hari ini, ia telah berubah menjadi medan mengukur nilai diri berdasarkan jumlah tanda suka, tontonan dan komen yang diterima. Fenomena ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia hasil reka bentuk algoritma yang sengaja dibangunkan untuk membuat pengguna terus terikat dengan setiap platform. Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr. Andrew Mohanraj menekankan bahawa ketagihan terhadap validasi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan golongan muda. Media sosial dan ketagihan validasi “Media sosial direka dengan algoritma yang menggalakkan interaksi dan keterlibatan pengguna, sekali gus menjadikannya…
DI Malaysia, perbincangan mengenai gaji sering menjadi topik hangat terutamanya dalam kalangan pekerja muda. Ramai yang merasakan gaji yang diterima tidak setimpal dengan beban kerja yang ditanggung. Persoalannya, adakah gaji di Malaysia benar-benar tidak mencukupi atau cara kita mengurus kewangan yang menjadi punca? Gaji vs. kos sara hidup Menurut laporan terkini, kos sara hidup di bandar utama Malaysia semakin meningkat. Harga rumah, sewa, makanan, pengangkutan dan perkhidmatan asas semuanya naik. Namun, purata gaji tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun berlaku kenaikan barang. Ramai pekerja, terutamanya golongan muda sering mengadu sukar untuk menabung atau memiliki rumah sendiri walaupun bekerja sepenuh masa. Sebagai…
SUDDEN Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu bapa. Ia merujuk kepada kematian bayi secara tiba-tiba dan tanpa sebab yang jelas. SIDS biasanya berlaku ketika bayi sedang tidur. Walaupun ia jarang berlaku, SIDS adalah punca utama kematian dalam kalangan bayi berusia antara satu bulan hingga satu tahun. Namun, apakah sebenarnya SIDS? Mengapa ia berlaku dan bagaimana ibu bapa boleh mengurangkan risiko ini? Apa Itu SIDS? SIDS adalah kematian mendadak dan tidak dijangka bagi bayi yang kelihatan sihat, selalunya ketika mereka sedang tidur. Walaupun punca sebenar SIDS masih tidak diketahui, pakar percaya ia…
DALAM kehidupan moden, ramai antara kita cenderung mengumpul pelbagai barang dan harta sama ada dalam bentuk pakaian, perabot, gajet atau wang simpanan yang tidak digunakan. Namun, Islam mengingatkan bahawa setiap harta yang dimiliki akan dipersoalkan kelak. Adakah barang-barang tersebut digunakan dengan baik atau sekadar disimpan tanpa manfaat? Harta: Nikmat atau ujian? Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 20: اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ…
MENJAGA kulit wajah bukan sekadar mencuci dan memakai pelembap. Apabila usia mencecah 25 tahun ke atas, kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, tona tidak sekata dan kulit tidak lagi anjal seperti dahulu. Salah satu bahan aktif yang sering disarankan oleh pakar dermatologi untuk menangani masalah ini ialah dengan pemakaian retinol. Tetapi apakah sebenarnya retinol dan mengapa ia begitu penting dalam rutin penjagaan kulit apabila usia semakin meningkat? Mari kita fahami manfaat retinol serta cara penggunaannya yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Apa itu retinol? Retinol ialah sejenis retinoid iaitu derivatif vitamin A yang terkenal dengan keberkesanannya dalam…
PERNAHKAH anda mengalami situasi begini – selepas bertungkus-lumus menyiapkan tugasan atau menghadapi peperiksaan yang sukar, tiba-tiba timbul keinginan untuk membeli sesuatu sebagai ganjaran? Mungkin sepasang kasut baharu, makanan yang mahal atau gajet terkini. Hati pun berdetik “Tidak mengapa, ini hadiah untuk diri sendiri.” Tetapi, adakah kita benar-benar menghargai diri atau sekadar mencari alasan untuk berbelanja tanpa kawalan? Memberi ganjaran kepada diri sendiri sebenarnya sesuatu yang baik. Ia boleh menjadi dorongan untuk terus berusaha dan sebagai penghargaan atas kerja keras. Namun, jika setiap kejayaan kecil dijadikan alasan untuk berbelanja, itu bukan lagi penghargaan tetapi satu bentuk pembaziran. Jika anda sering membeli…
INSPIRASI untuk menceburi bidang pergigian datang daripada kedua ibu bapanya yang merupakan doktor perubatan. Pada mulanya, Yasmin Lukman bercadang untuk menjadi pakar dermatologi tetapi bapanya, Dr. Lukman Mohd Rashid melihat potensi artistik dalam dirinya yang lebih sesuai untuk bidang pergigian. “Saya selesa menggunakan tangan dalam kerja-kerja seni dan terperinci, jadi ayah mencadangkan bidang pergigian. “Ternyata, selepas menceburi bidang ini, saya memang jatuh cinta dan rasa sejiwa dengan profesion ini,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Gusi sihat, gigi kuat Menurut Yasmin Lukman, bidang pergigian adalah gabungan antara seni dan sains yang memerlukan ketelitian, kreativiti dan kepekaan tinggi terhadap butiran kecil. Impian jadi kenyataan Impian…
APABILA berbicara tentang penjagaan oral, tumpuan utama kebanyakan individu adalah kesihatan gigi. Sejak kecil, kita diajar untuk menggosok gigi dua kali sehari dan mengelakkan makanan bergula untuk memastikan gigi putih dan sihat. Namun, jarang sekali kita mendengar nasihat mengenai penjagaan atau kesihatan gusi. Hakikatnya, penjagaan gusi adalah sama penting dengan penjagaan gigi kerana kedua-duanya berkait rapat. Menurut Dr. Yasmin Lukman dari Klinik Pergigian Yes Dental, gusi yang sihat adalah asas kepada kesihatan oral yang baik. “Gusi yang sihat adalah asas kepada kesihatan oral kerana ia bertindak sebagai pelindung dan sokongan utama kepada gigi. “Jika gusi bermasalah, ia boleh membawa kepada…
AINA merupakan seorang gadis berusia 25 tahun yang baru sahaja memulakan kerjayanya dalam bidang pemasaran. Setiap hujung bulan, dia dan rakan-rakannya dari zaman universiti akan berjumpa untuk meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan. Mereka semua bekerja di syarikat dan bidang yang berbeza dan setiap perjumpaan menjadi peluang untuk berkongsi cerita tentang kehidupan serta kerjaya masing-masing. Salah seorang rakannya, Farah, bekerja di sebuah syarikat multinasional terkenal. Farah sering berkongsi tentang ideanya untuk projek-projek besar diterima baik oleh bosnya, gaji dan faedah lumayan yang diterimanya. Aina turut gembira mendengar kejayaan Farah. Namun, jauh di sudut hatinya, ada satu perasaan halus yang mula…

