Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

    Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

    By Umi FatehahAugust 5, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi? - GAMBAR HIASAN MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    BAYAR bil setiap bulan bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan. Berjimat cermat bukan gaya hidup tetapi terpaksa. Dan menyimpan? Itu satu usaha yang makin lama makin mustahil.

    Ramai antara kita sudah buat apa yang sepatutnya. Elak berbelanja mewah, masak di rumah, cuba menabung walau sedikit. Tetapi bila tengok baki akaun menjelang hujung bulan, rasa letih dan kecewa datang serentak. Duit hilang begitu sahaja. Apa yang tinggal hanyalah perasaan resah, gelisah dan bersalah.

    Lalu kita mula menyalahkan diri sendiri. Mungkin aku yang boros. Mungkin aku perlu lebih tegas. Tetapi hakikatnya, dalam sistem ekonomi yang menekan seperti hari ini, anda tidak kesunyian.

    Sebelum kita terus menghukum diri, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat isu ini dengan lebih jujur dan seimbang. Kadangkala, bukan kita yang gagal urus duit. Kita cuma sedang berusaha bertahan dalam sistem yang tidak memberi peluang untuk kita menang.

    Namun, bukan semua masalah datang daripada sistem. Ada juga keputusan yang kita buat sendiri yang menyebabkan hidup dalam kesempitan. Realitinya, dua-dua faktor ini bergerak serentak.

    Tidak buat salah tetpi masih terhimpit

    Sejak kecil kita diajar untuk jadi orang yang celik kewangan. Jangan boros. Simpan 10 peratus daripada gaji. Elak hutang tak perlu. Maka, kita pun cuba ikut semua nasihat itu.

    Ramai yang bayar bil tepat pada masanya, elak gaya hidup mewah dan masak sendiri di rumah untuk jimat belanja. Ada juga yang berhenti langgan perkhidmatan penstriman, kurangkan minum kopi mahal dan menangguhkan keinginan membeli barangan idaman.

    Namun, duit tetap tidak cukup. Segalanya habis hanya untuk perkara asas. Kita rasa gagal dan lebih menyedihkan, mula menyalahkan diri sendiri.

    “Kenapa aku tak pandai urus duit?”

    “Mungkin aku kena lebih berdisiplin.”

    “Patutlah susah nak menyimpan, asyik beli itu ini…”

    Sejujurnya, masalahnya bukan semata-mata pada disiplin peribadi.

    Gaji tidak berubah, bil menaik

    Selama bertahun kerja, adakah anda menerima kenaikan gaji? Jika ada pun, jumlahnya tidak besar. Dalam masa yang sama, sewa rumah, barangan dapur, segala bil elektrik dan air meningkat. Cukai juga tidak ada kurangnya.

    Keadaan ini bukan mimpi buruk individu tetapi realiti kolektif. Ramai yang gajinya hanya cukup-cukup untuk bertahan. Bila ada kecemasan kecil seperti tayar bocor, anak demam atau telefon rosak, bajet bulanan terus lari.

    BNPL, kad kredit dan hutang: Antara keperluan dan perangkap

    Dalam keadaan sebegini, pilihan yang nampak mudah tetapi berisiko adalah hutang. Kad kredit, pinjaman peribadi segera dan skim Buy Now, Pay Later (BNPL) menjadi penyambung nyawa buat ramai orang.

    Guna kad kredit untuk isi minyak atau beli susu anak bukanlah keputusan suka-suka. Malah, ada bank yang menawarkan diskaun, cashback atau ganjaran bagi pembelian tertentu dan menjadikan kad kredit pilihan lebih ‘berbaloi’ berbanding bayar secara tunai.

    Begitu juga dengan BNPL. Jika digunakan secara bijak, contohnya untuk beli barangan keperluan seperti susu formula, ubat atau barangan sekolah anak, ia boleh bantu meredakan tekanan kewangan buat sementara.

    Tetapi awas. Kalau digunakan secara sembarangan contohnya beli baju baharu tiap minggu, dapatkan gajet mahal kerana mengikut trend, anda sebenarnya sedang menggali lubang kubur sendiri. Daripada beli sekarang bayar kemudian, ada kalanya ia menjadi beli sekarang menyesal kemudian.

    Hutang mana satu?

    Tetapi bukan semua hutang itu buruk. Hutang perumahan atau pinjaman pendidikan yang dirancang rapi boleh menjadi pelaburan jangka panjang. Tetapi hutang jahat ialah:

    • Guna kad kredit untuk belanja impulsif, bukan keperluan.
    • Ambil BNPL untuk beli barangan bukan keperluan dan tak mampu bayar balik dalam masa ditetapkan.
    • Bayar jumlah minimum sahaja setiap bulan hingga kadar faedah melambung.
    • Ambil hutang baharu untuk bayar hutang lama.

    Kalau anda berada dalam situasi seperti ini, jangan salahkan sistem sepenuhnya. Kita perlu sedar bahawa kehidupan memang menekan dan tertekan tetapi kesedaran itu harus digunakan untuk melawan, bukan untuk menyerah.

    Ya, gaji tak naik.

    Ya, kos hidup naik.

    Ya, tekanan hidup makin berat.

    Namun, itu bukan lesen untuk kita korbankan masa depan kepada hutang yang tak terkawal.

    Jadi, jika anda rasa tersepit, jangan malu. Anda tidak keseorangan. Tetapi jangan pula anda terus menyalahkan dunia. Mungkin perlu ubah strategi, tambah ilmu dan kurangkan pembaziran yang tak disedari.

    Pada akhirnya, dua fakta ini berjalan seiringan. Sistem ini menyukarkan anda untuk ‘menang’. Tetapi anda juga berkuasa untuk perbaiki cara permainan dalam sistem ini agar hidup dapat diteruskan. – RELEVAN

     

    Previous ArticleMinum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini
    Next Article Titik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.