Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

    Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

    By Umi FatehahAugust 7, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan. - GAMBAR HIASAN POLINA TANKILEVITCH/PEXELS

    ZAMAN sekarang, maklumat tentang pemakanan sihat sudah terlalu mudah diakses. Taipkan sahaja ‘tip jaga makan’ atau ‘bahaya gula berlebihan’ di internet, ribuan artikel dan video akan muncul. Di relevan.com.my juga ada bermacam-macam jenis artikel berkaitan penjagaan kesihatan.

    Namun peliknya, statistik penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lebih 50 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dengan peningkatan kes diabetes dan hipertensi. Lebih membimbangkan, bukan dalam kalangan warga emas sahaja tetapi juga remaja dan dewasa muda.

    Ini menunjukkan satu realiti yang menyedihkan. Kita sebenarnya tahu perlu jaga kesihatan tetapi kurang peduli.

    Kegagalan menjaga kesihatan

    Salah satu sebab utama kenapa ramai gagal menjaga pemakanan ialah kita hanya tahu secara teori, bukan sedar secara mendalam.

    Contohnya, kita tahu minum air manis boleh menyebabkan diabetes tetapi masih memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan boba atau matcha selepas kerja. Kita tahu makan lewat malam tidak elok untuk sistem penghadaman tetapi mee segera kari pada pukul 11 malam ketika cuaca hujan lebih menarik.

    Ilmu tanpa kesedaran ibarat lampu yang tak menyala. Ada tetapi tidak mengeluarkan cahaya. Dalam erti kata lain, sia-sia.

    Kesedaran biasanya hanya muncul selepas tubuh mula menunjukkan simptom penyakit berbahaya seperti kaki kebas, cepat letih, kolesterol tinggi atau bacaan gula tak normal. Ketika itu barulah kita mula panik, mula baca label makanan dan hanya minum air kosong.

    Jangan tunggu sakit baru sedar

    Bagi ramai orang, makanan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut. Ia menjadi satu cara untuk membebaskan diri daripada tekanan. Apabila tertekan, kita makan. Di kala hati berasa sedih, kita mencari makanan yang dapat memberi kepuasan seperti makanan pedas. Selepas penat bekerja pula, kita ‘hargai’ diri sendiri dengan makanan segera.

    Budaya ini disokong dengan gaya hidup moden yang serba sibuk dan penuh tekanan. Kerja tak habis-habis, trafik sesak, kos hidup makin tinggi. Akhirnya, makanan jadi ‘ubat’ yang paling mudah dicapai. Lebih-lebih lagi makanan tak sihat biasanya lebih sedap, murah dan cepat disediakan.

    Kesannya, kita mencipta tabiat yang tidak sihat. Makan jadi keperluan emosi, bukan fizikal. Dan malangnya, ramai tak sedar mereka sedang merisikokan kesihatan secara perlahan-lahan.

    Kos dan akses menjadi penghalang untuk pemakanan lebih sihat

    Ada yang mungkin berkata, “Senanglah cakap jaga makan tetapi makanan sihat semua mahal.” Ini bukan alasan semata-mata. Ia realiti yang dialami ramai rakyat Malaysia.

    Segelas air kosong di restoran mamak kadang-kadang sama harganya dengan teh tarik. Seketul ayam goreng mungkin hanya RM4 tetapi salad segar boleh cecah RM15. 

    Ikan segar, buah-buahan, kekacang dan sayuran hijau semua naik harga. Makanan segera dan makanan diproses pula kekal murah dan mudah dibeli.

    Jadi, untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pilihan makanan bukan semata-mata soal kesihatan tetapi kelangsungan hidup. Dalam keadaan poket semakin sempit, mereka akan ambil apa yang mengenyangkan walaupun ia bukan pilihan terbaik untuk kesihatan jangka panjang.

    Budaya makan tidak sihat

    Kita tak boleh nafikan bahawa budaya makan rakyat Malaysia juga tidak sihat. Pada waktu pagi, kita mengisi perut dengan nasi lemak. Tengahari pula makan nasi kandar dan dilengkapi dengan teh ais mangkuk. Makan malam pula, kononnya mahu makan makanan ringan sahaja jadi hanya makan roti canai kuah banjir dan secawan teh tarik. Sebagai pencuci mulut, sebatang dua rokok pula dihisap sebelum baring di atas katil sambil melayari TikTok.

    Kesemua menu yang disebutkan memang menyelerakan, mudah dan mengenyangkan. Tetapi kandungan kalori, gula dan minyak pula menyeramkan.

    Acara keluarga juga sinonim dengan makanan berat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka, perjumpaan kawan-kawan, semua berkisar tentang makanan. Malah ketika melawat orang sakit pun kita bawa buah tangan berupa kuih atau ayam goreng atuk berjanggut putih.

    Untuk mengubah budaya ini mungkin agak sukar dan mengambil masa yang lama. Kita tidak perlu berhenti mengamalkan makanan yang tidak sihat secara serta-merta. Cukup dimulakan dengan mengawal saiz hidangan dan tahu bila perlu berhenti.

    Perubahan kecil yang boleh dimulakan hari ini

    • Kurangkan gula dalam minuman.
    • Guna pinggan kecil untuk kurangkan saiz hidangan.
    • Lebihkan air kosong.
    • Masak di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
    • Lebihkan buah dan sayur sekiranya ada peluang.

    Sekiranya perubahan kecil ini dilakukan dengan konsisten, kita bukan sahaja akan nampak perubahan pada fizikal (seperti kurang letih, tidur lebih nyenyak atau berat badan lebih stabil) malah perubahan itu juga akan memberi kesan pada kesihatan mental, emosi dan produktiviti harian. – RELEVAN

    Previous ArticlePernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya
    Next Article Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.